Anda seorang fotografer dan sedang mencari destinasi atau lokasi seterusnya untuk portfolio anda?
China Untuk Fotografer Tegar
Kami cadangkan anda ke 10 destinasi China untuk fotografer untuk sesi fotografi anda yang seterusnya!
China, nama negara yang tidak asing lagi buat kita, dan jika anda merupakan seorang fotografer, jangan lepaskan peluang untuk ke China dan ambil gambar yang cantik dan unik untuk portfolio anda.
China kaya dengan binaan lama seperti Tembok Besar China, kaya dengan bandar metropolitan seperti Shanghai dan taman negara yang sangat cantik seperti Jiuzhaigou.
Di semua lokasi di China, anda boleh merakam timelapse atau mengambil foto yang bagi kami betul-betul mengujakan.
Bayangkan timelapse di Tembok Besar China, dengan keindahan alam, ditemani matahari terbit kemudian pada waktu malam dengan bintang begermalapan. Waw kan?
Mungkin anda mahu letakkan dalam portfolio anda atau mungkin anda mahu jual gambar-gambar yang diambil di Shutterstock dan sebagainya.
China mempunyai banyak tempat yang sangat mengujakan dan boleh dijadikan lapangan fotografi anda. Cuma, hati-hati untuk tidak mengambil gambar atau merekod video perkara terlarang seperti bangunan-bangunan rasmi kerajaan China di Beijing.
Jadi, apakah 10 lokasi di China untuk fotografer beraksi dengan skil fotografi? Teruskan dengan senarai-senarai di bawah.
#1Bukit & Padi Teres di Guilin
Permata di selatan China, Guilin sangat terkenal dengan pemandangan yang dijadikan lukisan klasik orang Cina.
Jika anda pernah ke China dan pernah lihat wang kertas 20 Yuan, di belakang not itu ada 1 pemandangan dan pemandangan itu merupakan pemandangan bukit-bukit di Guilin.
Di Guilin, selain daripada pemandangan bukit dan sungai yang cantik, anda juga boleh ke sana untuk mengambil gambar padi teres yang sangat tersusun.
Guilin juga mempunyai suasana yang sangat menenangkan.
Waktu terbaik untuk pergi ke Guilin adalah pada bulan Mac – Mei dan September – Oktober.
#2 Tembok Besar China
Tarikan nombor 1 China juga merupakan lokasi di China untuk fotografi tegar melepaskan geram.
Tembok Besar China mempunyai banyak bahagian yang boleh pergi, bergantung kepada anda mahu melihat Tembok Besar yang macam mana.
Ada yang dijaga baik, ada juga yang sudah tidak dapat dibaiki lagi. Antara bahagian yang paling terkenal untuk anda lawati adalah Badaling, Mutianyu dan Simatai.
Tambah lagi ketiga-tiga bahagian ini mudah untuk pergi dari Beijing.
Tips : Pergi awal pagi atau lewat petang bagi mengelakkan orang ramai dan elakkan hujung minggu atau cuti umum China.
#3 Huangshan di Anhui
Terletak di wilayah Anhui, Huangshan bermaksud Gunung Kuning merupakan salah satu tapak warisan UNESCO dan dianggap gunung paling romantik di China.
Pemandangan pagi cantik dengan matahari terbit dan kabus dan apabila musim sejuk, jika salji turun, cantiknya tak dapat digambarkan dengan perkataan.
Ia juga menjadi lukisan klasik orang Cina Pastikan anda naik ke puncak gunung untuk pemandangan paling cantik dan bermalam di atas sana.
Waktu terbaik untuk pergi adalah pada musim luruh iaitu pada bulan September – November.
#4 The Bund di Shanghai
Jika anda lebih suka mengambil fotografi bandar metropolitan dengan bangunan tinggi, Shanghai adalah tempat di China untuk fotografer paling sesuai.
Oh, jika ke Shanghai jangan lepaskan peluang ke The Bund. Di sana anda berpeluang untuk mengambil gambar pemodenan negara China dengan bangunan-bangunan tinggi.
Tidak dilupakan Oriental Pearl Tower, Shanghai World Financial Centre dan semua tempat ini berhampiran dengan The Bund!
Anda boleh mengambil gambar seluruh bandar Shanghai di The Bund.
#5 Terracotta Warriors di Xi’an
Sejarah China bermula lama sebelum masihi lagi dan Xi’an antara saksi kepada tamadun China.
Terracotta Warrior adalah tinggalan Maharaja Qin Shi Huang iaitu tentera buatan dengan 6,000 tentera dan kuda.
Tips : Jangan gunakan flash untuk mengambil gambar kerana ia dilarang sama sekali.
#6 Taman Negara Jiuzhaigou di Sichuan
Alam sekitar yang dijaga rapi di wilayah Sichuan, Jiuzhaigou juga diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Tasik yang sangat bersih airnya dan hutan yang merimbun sangat sempurna buat fotografi.
#7 Bandar Lijiang di Yunnan
Jika ke Lijiang di wilayah Yunnan, anda seperti mengembara ke masa lalu semasa pemerintahan Dinasti Cina.
Bangunan yang masih terjaga rapi dengan binaan klasik Cina, di luar bandar adanya Jade Dragon Snow Mountain & Black Dragon Pool menjadikan Lijiang juga tempat di China untuk fotografer.
#8 Panda di Chengdu
Panda yang berasal dari Chengdu mempunyai pusat kajiannya sendiri. Di sana anda boleh mengambil binatang terpelihara, Panda.
Jika anda ke sana pada Mac – Mei, anda boleh lihat bayi Panda yang baru lahir. Kami galakkan anda pergi pada awal pagi iaitu pada waktu paling mereka aktif.
#9 Xi Hu di Hangzhou
Orang China memanggil Hangzhou syurga dunia. Hangzhou merupakan bandar bersejarah juga dengan tasik yang cantik dan binaan yang mengagumkan.
CNN menyenaraikan Xi Hu salah satu tempat untuk melihat matahari terbenam di dunia.
Waktu terbaik untuk pergi adalah semasa musim bunga iaitu pada bulan Mac – Mei.
#9 Zhangjiajie di Hunan
Zhangjiajie merupakan Taman Negara yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Jika anda pernah tonton filem Avatar arahan James Cameron maka anda boleh lihat persamaan lokasi.
Pergi pada waktu pagi dan anda boleh lihat kabus di sebalik bukit-bukit yang sangat cantik.
Waktu terbaik untuk pergi adalah pada bulan Mac – Mei dan September – November.