11 Fakta Tembok Besar China Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Kami senaraikan 13 fakta Tembok Besar China khas untuk anda yang mahu melancong ke Beijing. Semestinya jika ke sana, jangan lepaskan peluang untuk ke binaan kebanggaan negara China.

Tembok Besar China tidak asing lagi buat semua orang melihatkan ia merupakan binaan yang menjadi salah satu daripada 7 keajaiban negara di samping Piramid di Mesir dan lain-lain.

Tembok besar China terletak di negara China, iaitu di Asia dan hari ini negara China sedang menuju ke arah negara ekonomi paling maju di dunia menjelang tahun 2030.

Pakej Beijing 3

Fakta Tembok Besar China #1 – Tempoh Pembinaan Tembok Besar China lebih 1,800 tahun

Tembok Besar China bukanlah tembok pertama yang digunakan untuk menghalang daripada penjajah asing masuk ke wilayah China. Malah sejak kurun ke-8 lagi halangan telah dibina untuk menghalang orang nomad daripada merampas harta dan tempat tinggal orang China

Pada 221 sebelum Masihi, setelah Qin Shi Huang menjadi Maharaja, beliau memulakan pembinaan dinding sejauh 5,000 kilometer untuk melindungi wilayah pemerintahannya.

Bermula daripada binaan itu, dinasti seterusnya menyambung kerja-kerja pembinaan Tembok Besar China itu.

fakta tembok besar china 2

Walaupun pembinaan bermula di bawah pemerintahan Dinasti Qin, bahagian yang kita lihat hari ini adalah hasil kerja Dinasti Ming yang dibina antara abad 14 hingga abad 17.

Fakta Tembok Besar China #2 – Tembok Besar China adalah himpunan tembok-tembok yang berasingan

Ramai salah sangka bahawa Tembok Besar China hanya satu tembok yang panjang  dibina sekaligus. Tidak, sebenarnya Tembok Besar China adalah gabungan tembok-tembok sejauh 20,000 kilometer di bahagian utara China zaman kuno dan pemerintahan Maharaja.

fakta tembok besar china 4

Fakta Tembok Besar China #3 – Beras pulut antara bahan binaan Tembok Besar China

Tembok Besar China dibina menggunakan bahan binaan seperti tanah dan batu namun yang lebih menarik adalah, beras pulut juga digunakan di antara bahan binaan untuk mengukuhkan lagi binaan tembok yang dibina.

Kajian moden mendapati isi kandungan beras pulut yang membuatkannya melekit menguatkan teori ia mengukuhkan binaan Tembok Besar China.

Fakta Tembok Besar China #4 – Tembok Besar China dibina oleh penjenayah

Semasa pemerintahan Dinasti Qin, pembinaan dan tugas lain yang melibatkan Tembok Besar China adalah melibatkan penjenayah.

fakta tembok besar china 7

Untuk membezakan antara penjenayah dan pekerja biasa, rambut para penjenayah dicukur, muka dihitamkan dan mereka dirantai.

Penjenayah ada daripada mereka yang hanyalah mengelak daripada membayar cukai sehinggalah para pembunuh.

Kerja-kerja pembinaan Tembok Besar China sangat berbahaya dan dianggarkan 400,000 pekerja mati ketika membina Tembok Besar China.

Fakta Tembok Besar China #5 – Ayam dibawa ke Tembok Besar China memperingati mereka yang mati

Ahli keluarga yang kehilangan ahli keluarga ketika pembinaan Tembok Besar China takut roh orang kesayangan mereka terperangkap di binaan itu. Jadi mereka membawa ayam ke  sana untuk membantu roh yang terperangkap untuk pergi daripada situ.

fakta tembok besar china 5

Fakta Tembok Besar China #6 – Ramalan Shijing mengenai Tembok Besar China benar

Shijing merupakan kumpulan sajak kuno yang ditulis antara abad 7 dan 11 sebelum Masihi meramalkan akan ada Maharaja akan membina sebua tembok besar untuk melindungi negara daripada penjajah.

Fakta Tembok Besar China #7 – Tembok Besar China gagal

Walaupun usaha yang sangat jitu dalam membina Tembok Besar China, sebenarnya ia gagal daripada menghalan penjajahan orang Manchu pada abad 17 yang mengakibatkan kejatuhan Dinasti Ming.

Fakta Tembok Besar China #8 – 1/3 daripada Tembok Besar China sudah tiada

Sejauh 21,000 kilometer Tembok Besar China sudah tiada.

Fakta Tembok Besar China #9 – Bahan binaan Tembok Besar China dicuri

Pada abad ke-20 tercetusnya Revolusi Kebudayaan yang menyebabkan kerosakan teruk pada Tembok Besar China oleh kerajaan China.

fakta tembok besar china 6

Mao Ze Dong mendapati bahawa tembok tersebut hanyalah binaan lama dan sudah tidak diperlukan lagi. Arahan untuk mengambil batu bata Tembok Besar China diarahkan antara tahun 1966 hingga 1876 untuk membina rumah orang awam.

Fakta Tembok Besar China #10 – Tembok Besar China akan kehilangan lagi bahagian

Dijangkakan sebelum 2040 terdapat bahagian-bahagian penting Tembok Besar China akan musnah disebabkan suhu dan cuaca serta pembinaan manusia. Dijangkakan bahagian di Gansu dalam risiko untuk musnah.

Fakta Tembok Besar China #11 – Bahagian baru Tembok Besar China ditemui

Walaupun ada bahagian akan musnah, bahagian baru Tembok Besar China masih ditemui. Bahagian baru yang ditemui paling akhir adalah pada tahun 2012.

Menarik bukan? Jadi apa tunggu lagi? Jom kita pergi ke Beijing untuk melawat salah satu binaan agung ini.

Whatsapp kami untuk Pakej Beijing yang sangat berbaloi untuk anda ke sana.

Pakej Beijing 3

3 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila Tulis Komen Anda!
Masukkan Nama Di Sini