Melancong ke Shanghai : 10 Tempat Anda Boleh Lawati

Home » Melancong ke Shanghai : 10 Tempat Anda Boleh Lawati

Jika anda melancong ke Shanghai, anda boleh pilih tempat yang boleh lawati daripada senarai ini.

Pengenalan Shanghai

Shanghai merupakan bandar yang paling tinggi populasinya di dunia dengan populasi 24,183,300 orang.

Ia merupakan pusat kewangan dunia, hub pengangkutan dengan pelabuhan kontena paling sibuk di dunia.

Shanghai terletak di Delta Sungai Yangtze juga merupakan pusat kebudayaan, perdagangan perindustrian dan komunikasi paling penting buat China.

Pada kurun ke-19 Shanghai mula jadi pelabuhan penting kerana lokasinya yang strategik dan potensi ekonomi yang bagus.

melancong ke shanghai 1

Pada 1990-an Deng Xiaoping dengan economic reform menambahbaik bandar Shanghai dan membawa lebih banyak pelaburan asing ke Shanghai dan menjadi hub dagangan dan kewangan antarabangsa.

Shanghai juga merupakan ibu kepada Shanghai Stock Exchange iaitu salah satu pasaran saham dengan permodalan terbesar di dunia.

Ayuh kami bawakan kepada anda 10 tarikan utama Shanghai yang wajib anda pergi jika melancong ke Shanghai.

Melancong ke Shanghai Wajib Ke 10 Tempat Ini

Shanghai Yuyuan

#1 Yu Yuan

Yu bermaksud aman dalam bahasa Cina. Taman Yu ini dibina oleh Pan Yunduan, seorang pegawai semasa Dinasti Ming untuk ibu bapanya luangkan usia tua dalam kegembiraan. Ia terletak di tengah kota lama Shanghai, beberapa blok daripada The Bund.

Alamat : 218 Anren Street, Yu Garden

Cara Pergi : Stesen Metro line 10 turun di stesen Yu Garden

shanghai People's Square

#2 People’s Square

Terletak di tengah Shanghai antara East Nanjing Road dan West Nanjing Road, dataran ini seluas 140,000 meter persegi. Di sana dibina pelbagai pusat beli belah, Muzium Shanghai dan Teater Shanghai. Pada hari ahad akan diadakan pasar yang sangat besar dan jangan lepaskan peluang anda untuk ke sana juga.

Alamat : People’s Square (Renmin Guangchang)

Cara Pergi : Stesen Metro line 1,2 dan 8 turun di stesen People’s Garden

shanghai the bund

#3 Wai Tan

The Bund atau dalam bahasa Mandarin Wai Tan terletak di tepi Sungai Huangpu di Puxi, tengah-tengah Shanghai. Ia merupakan laluan pejalan kaki yang membolehkan para pelancong untuk melihat Pudong Skyline termasuk Oriental Pearl Tour. The Bund juga adalah lokasi bangunan tinggalan koloni yang terletak di Jalan Zhongshan.

Alamat : Zhongshan Lu

Cara Pergi : Stesen Metro line 2 dan 10, turun di stesen East Nanjing Road

shanghai Jade Buddha Temple

#4 Jade Buddha Temple

Terletak di daerah Jing An, kuil ini dibina pada tahun 1882 untuk diletakkan 2 patung buddha (jed putih) yang dibawa oleh sami yang pulang dari Burma. Semasa perang saudara yang menamatkan Dinasti Qing, kuil ini musnah tetapi 2 patung itu berjaya diselamatkan. Pada tahun 1928 kuil ini dibina semula dan boleh dilawati sehingga hari ini.

Alamat : 170 Anyuan Lu, Jing’An

Cara Pergi : Stesen Metro line 7 dan turun di stesen Changshou Road

#5 Rumah Sun Yat Sen

Dalam sejarah China, Sun Yat Sen merupakan nama yang sangat penting dalam mencorak negara itu. Bapa revolusi 1911 dan merupakan Presiden pertama Republik China mengepalai Kuomintang.

Alamat : 7 Xiangshan Lu, Jing’An

Cara Pergi : Bas line 10 dan 13 perhentian Xintiandi

shanghai Jing An Temple

#6 Jing An Temple

Kuil Jing An bermaksud Kuil Tenang dan Damai merpakan kuil Budhha. Ia terletak di tengah Shanghai. Dibina 247 sebelum Masihi. Pada waktu malam, ia bercahaya dengan lampu yang sangat cantik.

Alamat : 1686 West Nanjing Lu, Jing’An

Cara Pergi : Stesen Metro line 2 dan 7, turun di stesen Jing An Temple

cruise huangpu river

#7 Pelayaran Sungai Huangpu

Pergi melancong ke Shanghai tidak menaiki bot mengharungi Sungai Huangpu tidak menjadikan perjalanan anda unik. Naiklah bot pada waktu malam dan lihat kecantikan suasana malam Shanghai.

Alamat : Beli tiket di Shiliupu (十六铺), 171 Zhongshan Nanlu, Bund

Cara Pergi : Stesen Metro line 10 turun di stesen Yu Yuan atau line 9 turun di Xiaonan Men

Bund Sightseeing Tunnel

#8 Bund Sightseeing Tunnel

Untuk jadikan trip melancong ke Shanghai lebih unik, anda perlu melalui terowong bawah Sungai Huangpu yang menghubungkan Puxi ke Pudong.

Alamat : 88 Century Avenue, Pudong

Cara Pergi : Stesen Metro line 2 turun di stesen Lu Jia Zui

shanghai oriental pearl tower

#9 Oriental Pearl Tower

Oriental Pearl Tower merupakan menara kemegahan Shanghai. Jika anda lihat gambar pemandangan Shanghai, anda tidak akan terlepas pandangan menara yang mempunyai bulatan di atasnya.

Ia merupakan lambang kelahiran semula Shanghai.

Alamat : 1 Century Avenue, Lujiazui, Pudong

Cara Pergi : Stesen Metro line 2 turun di stesen Lu Jia Zui

beautiful shanghai

#11 Shanghai Tower

Alamat : 88 Century Road, Lujiazui, Pudong

Cara Pergi : Stesen Metro line 2 turun di stesen Lu Jia Zui

#10 Jin Mao Tower

Alamat : 501 Yincheng Middle Rd, Pudong

Cara Pergi : Stesen Metro line 2 turun di stesen Lu Jia Zui

Melancong ke Shanghai merupakan salah satu tempat wajib pergi jika anda melancong ke China selain daripada Beijing dan Xi’an.

Scroll to Top