Wajib Curi Masa Sehari Ke Tianjin Dan Wuqing Jika Datang Ke Beijing

Home » Wajib Curi Masa Sehari Ke Tianjin Dan Wuqing Jika Datang Ke Beijing

Jika anda ke bercuti ke Beijing wajib curi masa sehari untuk ke Tianjin dan Wuqing. Tianjin hanya terletak hanya lebih kurang 120 km dari Beijing manakala Wuqing pula terletak di tengah antara Beijing dan Tianjin.

Train Beijing ke Tianjin

Berapa Lama di Sana?

Sehari di sana cukup ke?

Cukup! Tapi jika anda lebih suka akan perjalanan yang lebih rilex dan santai boleh ambil masa 2 atau 3 hari.Kebiasaaannya pelancong akan menggunakan route Beijing-Wuqing-Tianjin- Beijing.

Bagaimana Ke Sana?

kereta api laju China

Ada beberapa pilihan pengangkutan dari Beijing ke Tianjin antaranya dengan menaiki bas dan kereta api laju. Bagi pelancong luar yang tidak boleh berbahasa mandarin saya lebih menggalakkan anda memlih kereta api laju(bullet train).

Tiket kereta api laju boleh dibeli di Beijing South Railway Station (line 4 dan 14). Anda tidak perlu membuat tempahan awal kerana train ke Tianjin sangat banyak dengan jarak masa satu jam setiap satu train.

Dengan menaiki bullet train yang berkelajuan 300 km sejam ataupun dalam bahasa mandarin kita panggil “高铁”(gaotie),Beijing ke Tianjin hanya mengambil masa selama 35 minit sahaja. Tetapi jika anda bercadang untuk singgah ke Wuqing terlebih dahulu, anda perlu membeli dua tiket berasingan iaitu Beijing- Wuqing kemudian Wuqing- Tianjin . Perjalanan Beijing ke Wuqing pula hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja.

Tiket kereta api ke Tianjin
Tiket kereta api laju dari Wuqing ke Tianjin hanya 15.5 yuan

Harga tiket kereta api laju untuk keseluruhan perjalanan lebih kurang 110 yuan sahaja!

Wuqing: Venice versi China

Tidak perlu ke Venice lagi kerana landskap seni bina disini tidak ubah seperti di Venice, Italy. Tarikan utama disini ialah Italia Florentia Village. Florentia Village ialah shopping mall pertama di China yang menerapkan konsep Itali.

Wuqing Italian city
wuqing

Disini terdapat lebih daripada 200 outlet jenama-jenama mewah serata dunia seperti Nike, Michael Kors, Guess,Coach dan macam-macam lagi.Disini juga terdapat banyak coffee shop untuk anda berehat seketika setelah penat membeli-belah.

Wuqing

Waktu Operasi:

April – Oktober :10:00am – 9:00pm

November – Mac :10:00am – 8:00pm

Dibuka pada jam 9:00pagi pada hujung minggu dan cuti umum.

Wuqing
Kredit: GAW Capital

Tips: Keluar sahaja dari stesen kereta api Wuqing terus menaiki jejantas untuk ke seberang jalan. Florentia Village ini hanya terletak bertentangan dengan stesen kereta api,tidak perlu menaiki teksi mahupun bus. Sangat mudah!

Apa Boleh Buat Sehari Di Tianjin?

Tianjin ialah sebuah kota metropolitan yang sedang pesat membangun sama seperti Kota Beijing dan Shanghai. Menariknya Tianjin berbanding negeri mahupun provinsi lain di China ialah kebanyakan seni bina disini berkonsepkan Eropah. Jika anda berada disini seolah-olah anda sedang melancong ke kota-kota Eropah.

Tianjin Colonial Building
Tianjin
Kredit: China Daily

Jika anda berkunjung ke Tianjin jangan risau mengenai pengangkutan mahupun makanan. Pengankutan paling mudah untuk diakses ialah subway ataupun kereta api bawah tanah selain teksi juga ada dimana-mana. Makanan halal juga tidak sukar untuk didapati.

Five Great Avenues

Five Great Avenue Tianjin

Five Great Avenues juga dikenali sebagai Wudadao, terletak di selatan pusat bandar Tianjin, terdapat 5 jalan lurus yang dinamakan sempena lima kota di barat daya China, iaitu Chongqing, Chengde, Dali, Munan, dan Machang.

Wudadao Tianjin

Terdapat lebih daripada 230 bangunan yang tersergam indah persis seni bina Britain, Perancis, Itali, Jerman, dan Sepanyol.Gaya seni bina berwarna-warni ini berkisar dari latar zaman Renaissance, Greek, Gothic, Romantik dan Eclectic.

Cara ke sana: Metro line 1 berhenti di Xiao Bailou Station, dari situ anda perlu berjalan ke arah barat menuju Chongqing Avenue.

Italian Street

Italian Style Street

Datang ke Tianjin wajib bersiar-siar disini.Lebih kurang dengan tempat sebelum ini yang banyak mempamerkan seni bina Eropah cumanya tempat ini lebih santai. Disini anda boleh membeli pelbagai cenderahati serta mencuba makanan barat.

Italian Style Street
Italian Street Tianjin

Cara ke sana: Ambil bas no 27, 868atau 901dan berhenti di East Station.

Eye On Tianjin

Tianjin

Eye On Tianjin atau 天津之眼 dibangunkan diatas Sungai Haihe, Tianjin.Eye On Tianjin yang berketingggian 120m ini merupakan landmark utama Kota Tianjin. Mempunyai 64 capsules dan 1 capsule kebiasaanya boleh membawa maksimum 8 orang dalam satu masa dan setiap putaran mengambil masa lebih kurang 30 hingga 40 minit.

eye on tianjin

Pada waktu malam Eye On Tianjin ini akan dihiasi dengan lampu berwarna-warni. Sangat seronok untuk bersiar-siar dikawasan ini terutamanya ketika waktu malam.

Waktu Operasi: 9:00pagi – 9:00malam (tutup pada Isnin pagi)

Pengangkutan :

  1. Ambil bas No.1, 4, 12, 18, 34, 609, 610, 611, 619, 632, 641, 646, 659, 670, 671, 818, 878, 904,dan turun di Jingang Bridge Station.
  2. Ambil bas No.5, 37, 161, 606, 635, 642, 653, 657, 658, 687, 801, 824, 836, 855, 906 dan turun di Beidaguan Station.

Tianjin Binhai Library

perpustakaan viral di Tianjin

Perpustakaan lima tingkat yang merupakan sebahagian daripada Binhai Cultural Centre ini mempunyai ruang sebanyak 33,700 meter persegi.Ia mempunyai rak buku bertingkat yang mampu menampung 1.2 juta buku.

Tianjin Binhai Library

Pepustakaaan ini memiliki ruang yang besar dan bercahaya di tengah-tengah yang berfungsi sebagai sebuah auditorium dengan kapasiti 110 orang.

Tianjin Binhai Library

Pada minggu pertama selepas hari pembukaanya, sekitar 10,000 orang datang dan ia menyebabkan kesesakan dan barisan panjang di luar. Perpustakaan ini semakin lama semakin popular selepas ianya viral di media sosial.

Jangan tertipu!! Deretan buku yang anda lihat dari bawah hingga atas keseluruhan perpustakaan ini sebenarnya hanya illusi semata-mata. Ianya hanya gambar deretan buku sahaja,buku sebenar ada tetapi tidak banyak bilangannya.

Tianjin Binhai Library
perpustakaan Tianjin

Perpustakaan ini terletak sedikit jauh dari pusat bandar Tianjin,perjalanan dari pusat bandar mengambil masa lebih kurang satu jam, jadi rancang perjalanan anda sebaiknya!

Cara ke sini: ambil subway line 9 dari Tianjin Railway Station ke Shimin Guangchang Station, kemudian anda perlu berjalan kaki sejauh 1.7 km ke destinasi. Untuk lebih mudah naik sahaja teksi, tambang lebih kurang 20 yuan.

Ancient Culture Street Tianjin

Tianjin

Jika anda ingin merasai suasana China pada zaman dahulu maka anda wajib datang kesini .Ancient Culture Street Tianjin atau lebih dikenali sebagai 天津古文化街 merupakan kawasan yang kaya dengan nilai seni dan kebudayaan China purba.

Old city Tianjin

Disini anda boleh dapatkan cenderahati dengan harga yang lebih rendah dan jangan lupa untuk tawar-menawar juga!

Cara ke sini:

  1. Ambil bas no. 1, 605, 609, 610, 619, 632, 633, 641, 646, 670, 671, 804, 849, 904, 908, 954 atau sightseeing bus no. 2 dan berhenti di Dongbeijiao Station.
  2. Ambil bas no. 4, 12, 333, 461, 600, 658, 659, 675, 681, 856, 861, 863, 878, 903, 907 or 913 dan berhenti di Dongmalu Station.

Tianjin Radio and Television Tower

Tianjin tv tower

Tianjin Radio and Television Tower atau天津广播电视塔 merupakan menara radio dan televisyen tertinggi keempat di dunia selepas Toronto TV Tower.Tianjin Radio and Television Tower  merupakan TV Tower tertinggi keempat di dunia setelah Toronto TV Tower, Moscow TV Tower and the Shanghai Oriental Pearl TV Tower. TV Tower di Tianjin ini mempunyai ketinggian 1,362 feet (415 meter).

Waktu Operasi 08:00 – 20:00

Tiket masuk: CNY 50

Pengangkutan:

  1. Subway: Ambil Subway Line 3 anddan turun di Tianta (Tianjin Radio and Televison Tower) Station.
  2. Bas: Ambil bas no. 8, 12, 157, 161, 168, 377, 380, 612, 615, 628, 643, 658, 675, 686, 710, 712, 713, 832, 859, 866, 872,  atau sightseeing bus no. 2 dan berhenti di Tianta Station.

Tianjin Haihe River

Tianjin Haihe River

Haihe River ialah nadi Kota Tianjin. Di sekitar Haihe River juga terdapat Haihe Park, Haihe Cultural Square, dan Haihe Fountain Amusement Park. Anda juga boleh menaiki bot menyelusuri sungai ini . Permandangan di sepanjang sungai ini sangat cantik terutamanya pada waktu malam.

Tianjin Haihe River
Tianjin

Haihe River hanya terletak berhadapan dengan Tianjin Railway Station.

Cukup satu hari untuk mengembara kota Tianjin dan Wuqing. Jangan lepaskan peluang untuk datang kesini jika anda melancong ke Beijing. Selepas ini jangan lupa masukkan sekali Tianjin ke dalam itinerary anda. Selamat mengembara!

Scroll to Top