Melawat tarikan Beijing wajib anda pergi sekiranya anda berada di Beijing, sama ada untuk melancong ke Beijing mahupun hanya untuk lawatan.
Sebelum kami berikan anda 11 tarikah Beijing wajib anda pergi, kami jawab soalan-soalan biasa ditanyakan mengenai melancong ke Beijing.
Berapa hari diperlukan jika ke Beijing?
Kebiasannya jika anda pergi ke sana dengan pakej pelancongan, biasanya 5 ke 6 hari dan itu sudah mencukupi untuk pergi ke semua tarikan Beijing.
Mungkin anda boleh tambah 1 hari lagi untuk merayau dalam Beijing sendiri untuk feel Beijing macam mana bandarnya, macam mana kawasan kejiranannya dan sebagainya.
Bilakah waktu terbaik untuk ke Beijing?
Anda boleh ke Beijing bila-bila masa pada setiap tahun bergantung kepada musim apa yang anda nak. Beijing merupakan tempat 4 musim iaitu musim sejuk (pernah cecah -20º), musim bunga, panas (pernah cecah 40º) dan musim luruh.
Musim sejuk Beijing sangat sejuk dan kering manakala musim panas Beijing terlalu panas dan selalu hujan.
Pada musim bunga anda perlu sediakan baju hujan kerana kerap hujan dan angin kuat. Musim luruh iaitu pada bulan September – Oktober antara musim yang terbaik untuk dilawati.
Apa pun, terpulang pada anda, mungkin anda mahu lihat salji turun di Tembok Besar China, jadi anda kena pergi pada bulan November – Februari (musim sejuk).
Tarikan Beijing dan Aktiviti
Beijing sangat luas, kaya dengan tempat yang boleh diziarahi. Di bawah merupakan senarai tarikan Beijing yang bagi kami, wajib pergi untuk pastikan kos dan masa anda berbaloi semasa anda di Beijing.
- Forbidden City : Istana Maharaja China ini betul-betul terletak di tengah-tengah bandar Beijing. Ia dibina sekitar 600 tahun lalu dan hari ini ia dijadikan muzium dengan 980 bangunan dan hampir semua bangunan dibuka kepada para pelancong.
- Tian An Men Square : Dataran ini menjadi saksi kepada rusuhan berdarah pada tahun 1992. Ia terletak bertentangan dengan Forbidden City dan di sekitarnya terdapat Muzium Negara China, Makam Mao Ze Dong dan Teater Negara.
- Jing Shan Park : Terletak di belakang Forbidden City, ia merupakan lokasi paling strategik untuk mengambil gambar Forbidden City secara menyeluruh dan pemandangan yang sangat cantik.
- Tembok Besar China : Pergi China tak pergi Tembok Besar China memang tak sah! Cuma Tembok Besar China ada beberapa bahagian yang boleh dilawati.
- Makam Ming : Makam ini dibina pada tahun yang sama Forbidden City dibina dan terletak di 40 kilometer utara Beijing. Jika anda ke Tembok Besar bahagian Mutianyu maka anda boleh pergi ke sana.
- Summer Palace : Terletak di daerah Haidian, Summer Palace merupakan taman Maharaja di Beijing. Di sana terletaknya Tasik Kunming.
- Temple of Heaven : Ia merupakan kuil Taoism dibina lebih kurang semasa Forbidden City dan Makam Ming dibina.
- Hutong : Hutong bermaksud jalan kecil dan ia merupakan jalan-jalan yang memisahkan Siheyuan (rumah 4 segi). Ini antara tempat rare untuk dilawati jika anda ke Beijing terutama Gulou Dajie.
- Lama Temple
- 798 Art Zone : Pada asalnya ia adalah kilang dan hari ini diubah menjadi zon seni.
- Wang Fu Jing : Ini merupakan pusat beli belah yang sangat besar dan jika anda ke sana pada waktu maghrib, anda boleh lihat kedai-kedai tepi jalan menjual makanan eksotik.
Tak cukup dengan 11 tarikan Beijing ini? Ada lagi. Kita ada Beihai Park, Tasik Houhai, Zhong Lou, San Li Tun, Wu Dao Kou, Bei Da dan banyak lagi tempat-tempat lain di Beijing yang anda boleh lawati.
Adakah saya perlukan pakej tour ke Beijing?
Tidak perlu sekiranya anda seorang backpacker atau hanya mahu merayau sendiri. Pun begitu, jika anda perlukan orang yang boleh berbahasa Mandarin, yang kenal Beijing dan tahu di mana nak cari makanan halal, anda perlukan pakej tour ke Beijing.
Adakah saya perlukan tour guide jika mahu ke Tembok Besar China?
Tidak perlu tetapi jika anda tidak tahu berbahasa Mandarin, kami sangat galakkan anda ambil tour guide untuk ke Tembok Besar China. Ia tidak semudah menaiki 1 trip bas dan sampai.
Dan pemilihan Tembok Besar China bahagian mana satu juga penting, jadi, kami sarankan pergilah dengan tour guide.
Di manakah tempat shopping di Beijing?
Ada beberapa pusat beli belah yang anda boleh pergi seperti Pearl Market atau Silk market tapi, hati-hati takut anda dikapak di sana jika anda tidak tahu bahasa Mandarin.
Adakah selamat untuk travel ke Beijing?
Beijing merupakan salah satu bandar yang selamat di dunia cuma berhati-hati dengan penyeluk saku di dalam bas atau subway.
Apakah jenis penipuan boleh berlaku di Beijing?
- Pemandu teksi tidak menggunakan meter
- Duit 100 Yuan palsu (apabila beli barang cek baki betul-betul)
- Minum teh percuma kemudian dicaj
- Tourist trap seperti tempat jual jed & minyak urut