Artikel ini ditulis sebagai panduan Travel ke Yunnan yang terletak di barat daya China. Panduan Travel ke Yunnan ini ditulis untuk anda yang mahu travel ke Yunnan dengan rujukan yang betul.

Bergantung kepada gaya travel dan budget travel anda, panduan ini boleh dijadikan bacaan asas untuk mengenali Yunnan serta pengetahuan asas tentang Yunnan.

Kedudukan Yunnan di barat daya China. Yunnan bersempadan dengan Vietnam, Laos dan Burma.

Panduan Travel ke Yunnan

Panduan Travel ke Yunnan ini ditulis mengikut :

  • Perkara asas Travel ke Yunnan
  • Contoh itinerari
  • Shilin berhampiran Kunming
  • Bandar lama Dali
  • Bandar Lama Lijiang
  • Shangri-La
  • Tasik Lugu
  • Padi Bukit Yuanyang

Yunnan sangat terkenal dengan kepelbagaian pemandangan dan merupakan rumah buat 3 kaum minoriti China. Yunnan pasti akan buat anda teruja!

puzhehei
Pemandangan Puzheihei

Perkara asas Travel ke Yunnan

Tempoh untuk travel ke Yunnan yang disarankan sekurang-kurangnya seminggu. Namun jika anda mahu ke semua tempat-tempat di Yunnan, kami sarankan lebih 12 hari.

Travel ke Yunnan adalah satu pengalaman yang mengujakan dengan pemandangan yang cantik dan budaya masyarakat tempatan yang unik.

Anda boleh lihat matahari terbit dan terbenam di sawah padi bukit Yunyuang atau lari daripada kesibukan orang ramai dan lepak do Tasik Lugu. Atau anda juga boleh get lost dalam kalangan masyarakat minoriti ditemani binaan bandar lama di Lijiang atau di Dali.

Iklim Yunnan berbeza-beza di setiap tempat kerana bentuk muka bumi yang berbeza-beza. Contohnya di Dali, tempat ini ibarat musim bunga sepanjang tahun dengan suhu yang ideal untuk para pelancong.

Manakala di Shangri-La yang berdekatan dengan dataran Tibet pula sangat sejuk semasa musim sejuk.

Waktu terbaik untuk travel ke Yunnan adalah pada bulan April hingga Oktober. Pada bulan-bulan ini, cuaca sangat baik dengan bunga dan sayuran yang sedang mekar dan segar.

Yunnan sangat mudah untuk diakses melalui udara dan darat dengan kemudahan lapangan terbang, stesen bas dan stesen kereta api di Yunnan.

Kunming, ibu negeri Yunnan mempunyai lapangan terbang yang pada tiap hari ada penerbangan domestik ke sana dari mana-mana lapangan terbang.

Jika anda dari Kuala Lumpur, Air Asia ada penerbangan ke Kunming dari KLIA. Tiket kapal terbang KLIA – KMG lebih kurang RM600 dan ke atas bergantung kepada masa dan musim.

Jika anda suka travel dengan kapal terbang maka dari lapangan terbang Kunming anda boleh terus ke Lijiang, Dali dan Shangri-La.

Jika masa bukan halangan, anda boleh pilih untuk menaiki kereta api atau bas untuk ke semua tempat ini.

peta yunnan
Peta Yunnan

Itinerari Yunnan

Di bawah merupakan beberapa contoh Itinerari yang anda boleh ambil untuk dijadikan itinerari asas anda.

  • Kunming – Shilin – Dali – Lijiang – Shangli-La – Kunming
  • Kunming – Shilin – Dali – Lijiang – Tasik Lugu – Lijiang
  • Kunming – Yuan Yang – Kunming
Shilin
Shilin

Shilin – Rimba Batu

Shilin merupakan taman yang sangat cantik dan dipanggil rimba batu kerana ia dipenuhi dengan batu kapur yang tumbuhnya pokok di atasnya.

Anda boleh ke sana dengan menaiki teksi atau bas dari Kunming yang bertolak setiap satu jam. Perjalanan ke sana dari Kunming memakan masa satu jam setengah.

Pada jam 9 pagi sudah ramai pelancong yang ke sana jadi, pastikan anda susun jadual anda semasa ke sana. Ramai yang tidak suka ke Shilin kerana terlalu ramai orang.

Sangat digalakkan untuk bersama travel agency ke sana kerana mereka akan bawa anda seawal pagi.

Atau anda boleh bermalam di bandar Lunan dan awal pagi anda boleh bertolak dari bandar itu dengan bas yang akan tiba paling awal.

pintu masuk dali
Pintu Masuk Dali

Bandar Lama Dali

Dali adalah salah satu daripada tempat yang ramai dengan backpacker China. Ada daripada mereka suka duduk di kaki lima dan memetik gitar serta bercerita tentang perjalanan backpacking mereka.

Dengan sejarah lebih 2,000 tahun, Dali merupakan ibu negara kerajaan Nanzhao dengan entiti yang berbeza daripada China.

Dali terletak berdekatan dengan Tasik Erhai dengan altitud 1,900 meter dan di situ anda boleh lihat Chang Shan atau Jade Green Mountain.

Anda boleh mendaki dengan tangga namun perlu berhati-hati. Biasanya Chang Shan tidak ramai pendaki dan jika anda seorang pendaki, ia merupakan salah satu gunung yang wajib anda daki.

Untuk ke Dali, anda boleh menaiki kapal terbang atau kereta api.

three pagodas
Three Pagodas

Dari Dali anda boleh kunjungi Three Pagodas. Ia dibina pada abad kesembilan dengan ketinggian 72 meter.

Jika anda ke kuil Zhonghe, anda boleh lihat pemandangan Tasik Erhai dari tingkat paling atas.

Anda boleh berbasikal ke Tasik Erhai atau menaiki feri yang ke sana.

24 kilometer utara Dali, anda boleh pergi ke kota lama Xizhou.

tasik erhai
Tasik Erhai

Bandar Lama Lijiang

Di datarang Qinghai – Tibet anda boleh ke Lijing, sebuah bandar lama yang menjadi rumah kepada kaum Naxi.

Dipenuhi dengan bangunan lama, dan jalan berbatu, ia menjadikan salah satu lokasi yang seakan dalam filem Kung Fu.

Di sini anda boleh lihat Jade Dragon Snow Mountain yang menjadi latar belakang Lijiang.

Jade Dragon Snow Mountain
Jade Dragon Snow Mountain

Lijiang boleh diakses dengan kapal terbang, bas atau kereta api dari Kunmin atau dari bandar-bandar lain di China.

Anda memerlukan masa sekurangnya 2 hari untuk merayau di Lijiang dan ke tempat-tempat yang wajib pergi jika ke Lijiang.

Tempat-tempat yang wajib pergi jika ke Lijiang adalah  :

  • Black Dragon Pool
  • Muzium Budaya Dongba
  • Jade Dragon Snow Mountain
  • Tiger Leaping Gorde
  • Suasana malam
shangri-la
Shangri-La

Shangri-La

Jika anda ke sebelah Utara Yunnan, Shangri-La adalah hentian wajib pelancong. Di sini anda boleh lihat kuil tinggalan, pemandangan cantik dan suasana Tibet.

Nama asal Shangri-La adalah Zhongdian dan dengan pemandangan yang sangat cantik, seorang penulis buku British menulis novel berdasarkan tempat ini.

Jika anda tidak ke Tibet, Shangri-La sudah cukup untuk anda merasai budaya Tibet.

Di sini anda boleh ke :

  • Gyelthang
  • Ganden Sumtseling Gompa
  • Istana ala Potala
  • Bita Hai
  • Tasik Shudu

Anda boleh menunggang kuda atau merayu di sekeliling sambil menghayati keindahan alam sekitar.

Anda juga memerlukan kereta sewa dengan pemandu jika anda mahu ke sana sini di Shangri-La kerana di sini kurang pengangkutan awam.

tasik lugu
Tasik Lugu

Tasik Lugu

Di kawasan sini, ramai orang Tibet tinggal di sini. Pemandangan yang cantik serta budaya kaum minoriti menjadi tarikan pelancongan.

Untuk ke Tasik Lugu, anda boleh mulakan perjalanan anda dari Luoshui.

Tasik ini dikelilingi bukit dengan air yang sangat jernih hingga boleh lihat ikan berenang-renang.

Tasik ini dan sekeliling antara tempat yang tidak dijadikan pembangunan ekonomi dan tiada pencemaran alam sekitar.

Jadi Luoshui anda boleh ke Pulau Liwubi, Pulau Nixi dan Pulau Heiwawu.

Untuk ke Tasik Lugu anda boleh ke sana dengan bas selama 7 jam perjalanan.

Waktu terbaik untuk ke Tasik Lugu adalah pada bulan April – Mei dan September – Oktober semasa suhunya sederhana dengan udara yang tidak terlalu kering.

yuanyang
Yuan Yang

Sawah Padi Yuan Yang

Yuan Yang terletak di selatan Yunnan adalah salah satu tempat bagi pencinta alam sekitar yang menghargai pemandangan yang cantik.

Sawah padi ini wujud sejak beratus tahun oleh orang Hani dan keluasannya adalah 125 kilometer persegi.

Ramai daripada fotografe ke sini untuk matahari terbit dan terbenam di atas sawah padi.

Digalakkan untuk ke sini pada Januari – Mac dan iklim di sini tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

Jika anda ke Yunnan, kongsikan pengalaman anda di sana bersama kami!

Comments

comments