Kami bawakan 10 fakta menarik Yunnan yang kami yakin anda tidak tahu dan inilah senarai fakta menarik Yunnan yang anda perlukan sebelum melancong ke Yunnan.

Yunnan sangat terkenal dengan pemandangan yang sangat cantik dan itulah tarikan pelancong ke sana.

Kedudukan Yunnan di barat daya China. Yunnan bersempadan dengan Vietnam, Laos dan Burma.

10 Fakta Menarik Yunnan Yang Anda Tidak Tahu

#1 – Yunnan lebih besar daripada Jerman

Keluasan Yunnan adalah 390,000 kilometer persegi. Dengan keluasan ini, datangnya pelbagai tarikan pelancongan dan banyak yang anda boleh lakukan di sana.

Anda perlukan sekurangnya seminggu untuk menghayati Yunnan.

minoriti yunnan
Minoriti di Yunnan

#2 – Yunnan rumah kepada 25 kaum minoriti

Yunnan sangat terkenal dengan kepelbagaian etnik. Secara rasminya mengikut statistik terdapat 25 kaum minoriti yang tinggal di Yunnan.

Ia merupakan tempat paling ramai penduduk China dengan pelbagai kaum. Selain daripada itu terdapat 16 bahasa dituturkan di situ.

shangri-la-yunnan
Shangri La

#3 – Barat Yunnan paling tinggi

Yunnan merupakan tempat berbukit bakau, bergunung ganang. Utara Yunnan adalah dataran Yunnan – Guizhou. Ketinggian dataran tersebut adalah 1,980 meter dari laut.

Manakala Shangri-La, daerah di sebelah barat laut Yunnan 3,200 meter dari laut manakala Gunung Meili adalah 6,740 meter dari laut.

Jika ke sana, anda perlukan beberapa hari untuk sesuaikan diri dengan altitud yang tinggi.

dali yunnan
Dali

#4 – Iklim yang selesa

Kawasan Yunnan terletak di kawasan tropikal menjadikannya tempat yang beriklim yang sederhana dan selesa.

Waktu sesuai travel ke Yunnan adalah sepanjang tahun. Oleh kerana tiap kawasan mempunyai rupa bumi berbeza, lain tempat lain iklimnya.

Kunming yang terletak di Timur Yunnan mempunyai iklim musim bunga sepanjang tahun. Pada Januari hingga Jun suhu dianggarkan 2 hingga 15 darjah celcius, manakala pada Julai dan bulan seterusnya adalah 17 hingga 24 darjah celcius.

Suhu di Dali pula tidak pernah di bawah 4 darjah pada musim sejuk dan pada musim panas sentiada di paras 25 darjah celcius ke atas.

Shangri-La pula paling sejuk adalah serendah -10 darjah celcius kerana ketinggiannya.

Impression Lijiang
Lijiang

#5 – Tempat wajib pergi China

Biasanya pelancong akan ke Beijing, Xi’an atau Shanghai. Jika ketiga-tiga tempat itu sudah dikunjungi, Yunnan adalah destinasi di China seterusnya yang kami sarankan.

Dengan keindahan alam sekitar (gunung ganang, tasik) hinggalah budaya yang berbagai menjadikan Yunnan permata negara China yang jarang dikunjungi.

#6 – Budaya Tibet

Jika anda tidak pernah ke Tibet dan mahu merasai kebudayaan Tibet, anda juga boleh lakukannya di Yunnan.

Tibet antara lokasi susah akses untuk kita, jadi Yunnan antara yang paling mudah untuk diakses dan merasai kebudayaan orang Tibet kerana persamaan mereka.

Tasik Erhai
Tasik Erhai

#7 – Syurga Backpacker

Rupa bentuk bumi Yunnan menjadikannya sebagai salah satu lokasi yang sangat terkenal buat pendaki dan backpacker.

Dali dan Lijiang antara 2 tempat yang terkenal dalam kalangan backpacker yang ke Yunnan.

#8 – 13 Lapangan Terbang

Di Yunnan terdapat 13 lapangan terbang yang sedia ada dan 3 lagi masih dalam pembinaan.

Yunnan merupakan wilayah kedua paling banyak lapangan terbangnya selepas Xinjiang.

Ini menjadikan Yunnan sangat mudah diakses melalui kapal terbang berbanding kereta api.

teh cina

#9 – Pengeluar Teh

Yunnan sangat terkenal dengan produk teh. Mengikut sejarah Yunnan merupakan laluan pedagang selatan terutama yang berkaitan dengan teh.

#10 – Pintu Masuk Asia Tenggara

Yunnan berkongsi sempadan sejauh 4,060 kilometer dengan Myanmar di bahagian barat.

Manakala di bahagian selatan pula, Yunnan bersempadan dengan Laos dan di bahagian Tenggara pula Yunnan bersempadan dengan Vietnam.

Jika anda merancang untuk ke Yunnan melalui darat, amat digalakkan jika anda seorang backpacker.

Di Kunming, terdapat 7 pejabat konsulat termasuklah Konlusat Malaysia, Kemboja, Bangladesh, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam.

About The Author

Scroll to Top