Perancangan Masa Yang Sesuai Untuk Travel ke China

Sebelum travel ke China, perkara yang perlu anda ambil perhatian adalah masa. Masa yang sesuai akan memberi keselesaan sepanjang masa anda berada di China. Jumlah penduduk di negara China melebihi 1.3 bilion.

Oleh itu, pada musim cuti umum mereka pasti akan keluar bersama ahli keluarga atau rakan ke destinasi pilihan masing-masing. Dalam artikel ini akan membincangkan beberapa tip mengenai perancangan masa yang sesuai untuk travel ke China.

Klik Sini untuk dapatkan harga pakej travel muslim ke China yang berbaloi dan memudahkan perjalanan anda!

6 Kesilapan Meletakkan Anda Bersama Ribuan Pelancong Ketika Travel di China

Memilih negara China sebagai destinasi pelancongan merupakan pilihan yang tepat kerana negara ini kaya dengan pelbagai tempat menarik. Akan tetapi, satu masalah utama yang sering dihadapi oleh pelancong di setiap destinasi adalah bertembung dengan ribuan rakyat China. Ini kerana rakyat negara China terlampau ramai.

Tidak kira bila atau di mana destinasi yang anda tuju, anda akan berkemungkinan besar bertembung dengan ribuan rakyat China. Oleh itu, anda perlu membuat perancangan yang rapi untuk mengelakkan diri dari bertembung dengan mereka. Berikut merupakan kesilapan yang biasanya dilakukan oleh pelancong ketika travel di China.

#1 Travel Ketika Hari Kebangsaan China

Hari Kebangsaan China merupakan hari di mana seluruh rakyat China akan bercuti selama 7 hari. Mereka akan menggunakan masa cuti ini untuk berkunjung ke tempat-tempat percutian. Oleh itu, tempat-tempat percutian akan dipenuhi dengan ribuan orang pada ketika itu.

#2 Hanya Travel ke Destinasi Terkenal Sahaja

Telah menjadi kewajiban bagi setiap pelancong untuk ke destinasi yang famous apabila travel di China. Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi tempat yang boleh anda kunjungi yang mungkin anda tidak tahu.

suasana sesak di Forbidden City
suasana sesak di Forbidden City kredit : https://www.google.com/

Contohnya di Beijing, selain melawat Forbidden City dan Great Wall, anda boleh pergi ke tempat-tempat seperti 798, Shidu, Longqingxia dan sebagainya. Anda bukan sahaja boleh elakkan diri dari kesesakan orang ramai, malah tempat tersebut juga dijamin akan memberi kenangan terindah untuk pelancong.

#3 Melawat Tempat Tarikan Utama Semasa Cuti Hujung Minggu

Selain daripada Hari Kebangsaan China, rakyat China juga kebiasaannya akan ke tempat percutian pada cuti hujung minggu. Cuti hujung minggu di China ialah pada Sabtu dan Ahad.

Untuk mengelakkan diri dari bertembung dengan lautan manusia, elakkan ke tempat-tempat tarikan utama atau tempat yang perlu untuk membeli tiket pada masa hujung minggu.

Pada waktu cuti umum, cuba elakkan diri daripada ke tempat yang memerlukan anda untuk membeli tiket. Contohnya di Beijing terdapat beberapa tempat yang boleh dilawati ketika cuti umum seperti yang tersenarai di artikel ini.

Klik Sini untuk dapatkan harga pakej travel muslim ke Beijing yang berbaloi dan memudahkan perjalanan anda!

#4 Tiba Lewat ke Destinasi Pelancongan

Kesilapan yang sering pelancong lakukan adalah tiba lewat ke destinasi pelancongan. Ini akan memberi masalah terutama bagi tempat-tempat yang memerlukan anda untuk membeli tiket masuk.

Jika lewat tiba ke destinasi pelancongan, anda berkemungkinan besar akan beratur panjang membeli tiket. Anda sepatutnya bangun terlebih awal, makan sarapan pagi dan segera ke destinasi yang ingin dituju.

Orang ramai beratur membeli tiket masuk kredit : https://www.baidu.com/

#5 Rehat Semasa Makan Tengah Hari

Antara kesilapan lain yang ramai orang tidak sedari adalah berehat ketika waktu makan tengah hari. Kebanyakan rakyat China akan berehat makan tengah hari pada pukul 12:00-02:00. Ada di antara mereka akan tidur sebentar pada waktu berkenaan.

Anda perlu merangcang waktu perjalanan dengan bijak. Ia akan menjadi satu kesilapan jika anda juga turut berehat pada waktu berkenaan. Untuk mengelakkan kesesakan bersama orang ramai, anda boleh menikmati makan tengah hari dengan lebih awal dari waktu tersebut. Oleh itu, ketika mereka sedang berehat, anda boleh berjalan ke destinasi pelancongan dengan lebih selesa dengan kesesakan orang yang tidak begitu ramai.

#6 Salah Memilih Travel Agency

Anda perlu bijak memilih travel agency untuk melancong di China. Anda perlu memastikan travel agency yang dipilih mahir dalam selok belok pelancongan di China. Dengan itu, anda boleh travel dengan baik tanpa sebarang masalah.

Sila whatsapp untuk mendapatkan travel agency yang berpengalaman dalam pengurusan travel ke China. Mereka merupakan bekas pelajar selama 5 tahun di China dan menawarkan servis perkhidmatan yang sangat baik. Antaranya adalah :

  • Pakej untuk Muslim
  • Makanan enak dan terjamin halal
  • Tour guide fasih berbahasa Mandarin
  • Tour guide Melayu
  • Pakar mengenai selok-belok China
  • Harga berbaloi dengan servis

Pakej Private Beijing

Masa Terbaik Untuk Travel Ke China

#1 Oktober

Masa yang paling sesuai dan disyorkan untuk travel ke China adalah pada awal musim luruh (Oktober). Pada waktu itu cuaca amat baik sekali, suhu panas adalah sederhana dan taburan hujan di kebanyakan tempat adalah kurang. Pemandangan suasana musim luruh pasti memukau tarikan anda.

Antara tempat yang boleh anda travel adalah Beijing, Xi’an, Shanghai, Guilin, Jiuzhaigou dan Chengdu.

musim luruh di Beijing
Musim luruh di Beijing

Peringatan :

Elakkan daripada travel pada 1-7 Oktober kerana ianya merupakan cuti bersempena Hari Kebangsaan bagi negara China. Minggu pertama bulan Oktober antara waktu kemuncak di mana ramai rakyat China turut melancong ke destinasi utama di China.

Klik Sini untuk dapatkan harga pakej travel muslim ke Beijing yang berbaloi dan memudahkan perjalanan anda!

#2 Akhir Spring (April hingga Mei)

Penghujung “spring” atau musim bunga di China kebiasaannya di antara bulan April hingga Mei. Ia merupakan waktu kedua terbaik untuk travel ke China. Bunga sudah mula mekar berkembang, suhu semakin panas daripada musim sejuk dan persekitaran amat nyaman.

Suhu pada masa itu begitu nyaman dan selesa tetapi berkemungkinan hujan akan sesekali turun. Antara tempat yang boleh anda lawati seperti di Beijing, Xi’an, Guilin, Huangshan, Guizhou dan Zhangjiajie.

Musim bunga di China

Peringatan :

Elakkan daripada travel pada 29 April dan 1 Mei kerana ianya merupakan cuti bersempena Hari Pekerja. Banyak destinasi utama di China dipenuhi dengan ribuan rakyat China.

#3 September

Waktu ketiga terbaik untuk travel ke China adalah pada bulan September. Keadaan pada waktu itu hampir serupa dengan bulan Oktober, cuma suhunya sedikit panas dan kadang kala hujan akan turun.

Antara tempat yang boleh anda travel seperti di Beijing, Xi’an, Chongqing, Huangshan dan Xinjiang.

#4 Summer (Jun-Ogos)

Musim panas di China kebiasaanya pada bulan Jun hingga Ogos setiap tahun. Cuaca agak panas dan hujan kadang kala akan turun. Amat juga dicadangkan travel ke China pada waktu ini.

Antara tempat yang boleh dilawati ialah Guilin, Sanya, Lasha, Xinjiang dan Inner Mongolia.

#5 Low Season

Musim pelancongan dari bulan November hingga awal Mac agak slow sedikit berbanding dengan bulan lain. Antara faktornya adalah pada ketika itu adalah musim sejuk. Orang tidaklah begitu ramai berbanding dengan bulan lain.

Bagi yang ingin merasai musim sejuk di China, anda boleh travel pada waktu tersebut. Di antara tempat menarik yang boleh anda lawati ialah seperti di Harbin. Rujuk artikel ini untuk mengetahui info mengenai travel di Harbin.

Salji di Beijing

Peringatan :

Elakkan dari travel pada Hari Tahun Baru Cina. Musim perayaan Tahun Baru Cina kebiasaannya di antara bulan Januari atau Februari. Sila semak semula pada kalender tahun berkenaan.

Klik Sini untuk dapatkan harga pakej travel muslim ke Beijing yang berbaloi dan memudahkan perjalanan anda!

Masa Yang Perlu Anda Elakkan Untuk Travel Ke China

#1 National Day

Cuti bersempena National Day atau Hari Kebangsaan bagi negara China bermula dari 1 Oktober hingga 7 Oktober. Pada masa itu, seluruh rakyat di China akan bercuti dan kebanyakan daripada mereka akan melancong bersama-sama keluarga atau kawan. Anda pasti akan kecewa apabila bertembung dengan jutaan rakyat China di tempat pelancongan.

National Day
National Day kredit : https://www.google.com/

#2 Cuti Musim Panas dan Musim Sejuk

Pelajar di kebanyakan negara di dunia ini akan bercuti panjang pada musim cuti sejuk dan musim panas. Begitu juga dengan negara China di mana cuti musim sejuk kebiasaannya pada bulan Januari dan Februari manakala cuti musim panas pula pada bulan Julai hingga Ogos. Oleh itu, kebanyakkan daripada mereka akan travel ke tempat-tempat pelancongan.

Antara masalah yang bakal dihadapi pada waktu tersebut adalah seperti tiket keretapi cepat habis dijual.

suasana orang ramai di stesen keretapi
Suasana orang ramai di stesen keretapi

#3 Chinese New Year

Cuti bersempena Chinese New Year merupakan musim paling sibuk selepas cuti bersempena Hari Kebangsaan di mana seluruh rakyat di China akan bercuti bagi menyambut perayaan mereka. Hal ini kerana kebanyakan tiket keretapi akan cepat habis dijual. Oleh itu, anda perlu membuat perancangan dengan lebih awal jika mahu travel pada waktu tersebut.

Walau bagaimanapun, waktu tersebut adalah waktu terbaik bagi mereka yang ingin mempelajari budaya tradisional mereka.

Bermesra dengan masyarakat tempatan

#4 Perayaan Umum Lain di China

New Year : 1-3 Januari

Tomb-Sweeping Day : 2-4 April 2017

Labor Day : 1 Mei

The Dragon Boat Festival : 28-30 Mei 2017

The Mid-Autumn Festival : 4 Oktober 2017

Tempoh cuti bersempenaan perayaan di atas adalah pendek. Oleh itu terdapat dua kemungkinan bagi rakyat China akan lakukan iaitu berehat di rumah atau pun pergi ke tempat-tempat melancong bersama ahli keluarga.

Jadual cuti umum di China :

Cuti UmumTarikh (2017)
National Day1-7 Oktober
Musim SejukPertengahan Januari – Februari
Musim PanasJulai – Ogos
Tahun Baru1-3 Januari
Tomb-Sweeping Day2-4 April 2017
Labor Day1 Mei
The Dragon Boat Festival28-30 Mei 2017
The Mid-Autumn Festival4 Oktober 2017
Tahun Baru Cina27 Januari – 2 Februari 2017

 

Jadi, rancanglah perjalanan anda dengan baik sebelum ke China dengan melihat secara teliti waktu-waktu puncak di sana.

Jika anda masih ragu-ragu dan memerlukan khidmat servis pelancongan ke Beijing dan Xian, kami mensyorkan kepada anda whatsapp kami untuk menempah servis pelancongan premium khas untuk anda dan teman melancong anda. Pastinya berbaloi!

Klik Sini untuk dapatkan harga pakej travel muslim ke Beijing yang berbaloi dan memudahkan perjalanan anda!

travel ke china 18

Comments

comments

阿诗拉夫 (Ā shī lāfū)berasal dari Sungai Petani, Kedah. Merupakan graduan dari Beijing Foreign Studies University BFSU 2011/2016. Kini melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma pendidikan lepasan ijazah di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah