China merupakan sebuah negara yang sangat menarik, wajib ada dalam senarai negara wajib pergi anda. Apa yang ada di kebanyakan negara, mungkin boleh ditemui di negara China.
Artikel ini tidak hanya berkisar mengenai Beijing, tapi keseluruhan China, negara keempat terbesar di dunia. China juga memegang rekod populasi tertinggi di dunia.
Lawat China & Anda Akan Kagum
Kami senaraikan 8 sebab kenapa anda wajib melawat negara Middle Kingdom ini.
Pemandangan cantik dan pelbagai
Jika ke China dalam tempoh masa yang panjang pada musim yang sesuai, anda boleh melawat ke lanskap yang berbeza-beza. Jika anda ke bahagian utara terutama di bahagian Harbin pada musim sejuk, anda boleh merasa salji tebal hingga paras lutut.
Jika anda ke bahagian barat China, anda boleh melihat pemandangan padang pasir dengan bukit bukau yang sangat cantik. Malah ada kawasan yang berwarna warni.
Belum lagi kami sebut kawasan hutan yang sangat mengagumkan hingga dijadikan lokasi penggambaran Avatar seperti di wilayah Hunan.
Jika ke bahagian selatan, taman-taman yang cantik, lokasi yang sangat ‘rare’ seperti Yunnan akan menjadi memori yang akan sentia mengagumkan.
Di China juga adanya pantai seperti di Hainan. Banyak lagi lokasi-lokasi menarik di China, yang jika nak disenaraikan, perlukan artikel panjang mengenai sesuatu tempat.
Orang China pelbagai kerenah
Bak kata pepatah melayu, banyak orang banyak ragam. Di China, populasinya sangatlah tinggi, bermaksud orangnya sangat ramai dan kerenah yang ada pun sangat banyak.
Ini menjadikan mereka sangat unik. Daripada segi budaya, perbezaan kaum dan sebagainya. Mereka juga sangat ramah dengan orang dan jika anda tahu berbahasa Mandarin, mereka pasti akan berborak panjang dengan anda.
Kepelbagaian Slang
Pergi ke China dan ke tempat yang berlainan, slang yang didengari mungkin sangat jelas. Setibanya di bahagian selatan, kebanyakan daripada mereka berbahasa Kantonis, manakala jika ke utara China, anda akan dengar mereka berbahasa Mandarin.
Nasib anda baik, anda mungkin juga akan terdengar slang yang jarang anda dengar.
Makanan, makanan dan makanan
Bagi kami, yang pernah menuntut di sana, apa yang paling menyeronokkan adalah kepelbagaian jenis makanan mereka. Malah pilihan pun terlalu banyak.
Kebanyakan makanan sangat sedap dan ada makanan yang memang kena pada lidah kita, rakyat Malaysia.
Kaya dengan sejarah
Seperti yang kita tahu, China kaya dengan sejarah 4000 tahun dahulu dengan senibina bangunan tamadun mereka. Sebutlah Kota Larangan, Temple of Heaven, Istana Musim Panas, semua diiktiraf oleh UNESCO sebagai tinggalan sejarah yang sangat berharga.
Pembangunan Pesat
Tidak perlu ke negara barat untuk melihat pembangunan yang sangat laju dan pesat. Kemudahan pengangkutan awam, bangunan tinggi, sistem teknologi moden, semua anda boleh jumpa di China terutama di bandar-bandar besar seperti Shanghai, Beijing dan Hong Kong.
Lubuk Bisnes
Anda seorang usahawan? Mencari produk untuk dijual ke seluruh dunia melalui ecommercer atau marketplace seperti eBay? China merupakan tempat yang wajib anda kunjungi untuk dapatkan produk hot mahupun produk evergreen untuk dijual.
Jumlah eksport di China adalah paling tertinggi di dunia.
Kesenian
Jika ke China, dapatkan hasil seni mereka seperti kaligrafi, lukisan dan lain-lain. Balik dan gantunglah di bilik anda, pasti dapat ‘feel’ kesenian China.