Street Food China

Sebelum anda travel ke China, anda pasti mencari-cari apakah makanan yang perlu dicuba jika ke sana terutama street food China. Kan?

Seperti dalam ARTIKEL INI, senarai makanan yang wajib dicuba banyak tapi kami nak senaraikan kepada anda senarai makanan ‘Street Food’ yang menjadi makanan orang China.

‘Street Food’ ni banyak dijual di tepi jalan, mahupun di kedai-kedai kecil. Kedai kecil itu saiznya 2 kali ganda lebih kecil daripada kedai-kedai kebiasaan.

Jika anda mencari ‘Street Food’ yang halal, ada beberapa petanda yang makanan dijual itu adalah halal.

1. Penjual memakai tudung atau kopiah – kebanyakan daripada yang menjual makanan halal merupakan muslim.

2. Ada karakter cina 清真 yang bermaksud halal

Halal China

3. Tanya kepada penjual adakah halal atau tidak. Ada juga kedai yang mahu menjual kepada Muslim dengan tidak menjual daging babi dan menjual daging yang dibeli dalam bungkusan yang dicop halal.

Jika ke Beijing, untuk dapatkan Street Food yang halal, boleh ke kawasan yang berdekatan dengan universiti terutama di kawasan BFSU dan BLCU.

Jadi, apakah street food sedap yang kami maksudkan? Sedap dia tu, memang sedap yang boleh makan banyak kali dengan harga yang sangat murah!

#1 手抓饼 – Shǒu zhuā bǐng

手抓饼 berasal dari Taiwan jika dilihat rupanya, kita akan teringat pada roti canai. Cuma beza dia adalah, roti canai dijadikan seperti sandwich yang dalamnya ada isi seperti daging ayam, sosej, telur bersama sos cili atau mayonis.

Biasanya 手抓饼 dimakan sebagai sarapan atau snek. Dan ia merupakan kegemaran kami semasa berada di sana.

手抓饼

#2 包子 – bāo zi

包子 jika di Malaysia kita panggil roti Pau. Di Malaysia Pau terkenal dengan inti kaya atau kacang. Kemudian terkenal dengan kari ayam dan sebagainya.

Di China, inti 包子 adalah seperti inti kari ayam, kacang merah dan sebagainya. Cuma rasa karinya berbeza. 包子 juga biasanya dimakan semasa sarapan.

包子

#3 煎饼 – jiān bing

煎饼 adalah sejenis pancake China yang dibuat daripada tepung dan telur dan biasanya diletakkan sekali di dalamnya daging ayam, sosej, ekstra telur bersama sos pilihan.

Rupanya semasa dimasak lebih kurang seperti lempeng kita, apabila dah siap, rupanya seperti apam balik yang dilipat-lipat. 煎饼 juga adalah makanan sarapan.

#4 肉夹饼 – ròu jiā bǐng 

Sama seperti 包子,dalam 肉夹饼 adalah daging dan ia merupakan sandwich yang menggunakan roti 包子, berbeza teksturnya dengan 手抓饼.

#5 串儿 – chuàn er

串儿 biasanya kita panggil sate. Di sana 串儿 merupakan snek dan sedap dimakan terutama semasa musim sejuk. Bayangkan, dalam kesejukan, ketulan daging kambing yang berempah pedas panas masuk dalam mulut kita.

yangrouchuan

Ada pelbagai jenis 串儿 seperti daging ayam, kepak ayam, dan lain-lain tapi yang paling digemari oleh semua adalah 羊肉串 iaitu sate kambing yang disalut dengan serbuk kumin, serbuk cili dan dibakar.

羊肉串儿 adalah yang paling wajib anda makan jika ke sana. Biasanya harganya adalah 1 yuan – 5 yuan bergantung kepada kedai.

#6 麻辣烫 – málà tàng

Rasai Yong TauFu original di sana. Rasakan kepedasan sup Mala bersama cucukan yang sangat meriah dengan pelbagai jenis dan dicicah dengan kuah kacang. Memang sedap dan boleh buat ketagih!

麻辣烫 adalah makanan yang dimakan bersama kawan-kawan semasa melepak dan berborak.

麻辣烫

Antara Street Food lain adalah seperti 臭豆腐, 糖葫芦, dan panjang lagi senarainya. Kami cadangkan, jika anda ke sana, pergi ke kawasan universiti terutama BFSU dan BLCU untuk makan street food. Dan mana tahu anda akan terserempak dengan pelajar Malaysia.

Comments

comments

Limau Mandarin merupakan laman web rujukan yang berkaitan dengan negara tembok besar iaitu China seperti Travel Ke China, Borong Di China dan Belajar Bahasa Mandarin.