Sejarah Temple of Heaven
Temple of Heaven merupakan sebuah kompleks bangunan keagamaan yang terletak di bahagian tenggara Beijing. Kompleks keagamaan ini dilawati oleh maharaja-maharaja Dinasti Ming dan Dinasti Ming untuk upacara sembah Syurga untuk tanaman yang baik.
Kompleks kuil ini mula dibina pada 1406 dan siap pada 1420 semasa pemerintahan Maharaja Yong Le iaitu Maharaja ketiga Dinasti Ming. Beliau merupakan anak keempat Maharaja Hong Wu yang merupakan pengasas Dinasti Ming.
Maharaja Yong Le jugalah yang membina Kota Larangan di Beijing.
Temple of Heaven diluaskan dan diberi nama baru semasa pemerintahan Maharaja Jiajing pada abad 16. Beliau juga menambah 3 kuil lain dalam kompleks tersebut iaitu Temple of Sun (Kuil Matahari), Temple of Earth (Kuil Tanah), dan Temple of Moon (Kuil Bulan).
Disebabkan perang dan pencerobohan, banyak kerosakan berlaku kepada kuil dan taman dan romakan ke atas artifak kuil juga tidak kurangnya. Dengan kejatuhan Dinasti Qing, kompleks kuil ditinggalkan tanpa sebarang penguruan dan mengakibatkan kemusnahan dewan-dewan di sekeliling kuil.
Pada tahun 1918 Temple of Heaven dijadikan sebagai taman awam dan pada 1998 diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu tinggalan yang sangat mengagumkan daripada segi senibina dan lanskap dan menjadi simbol pembangunan manusia.
Temple of Heaven Hari Ini
Temple of Heaven terletak di Dongcheng. Ia dibuka setiap hari pada pukul 6 pagi hingga 10 malam. Untuk memasuki tempat pameran ada caj dikenakan dan dibuka pada 8 pagi dan ditutup pada 5 petang.
Untuk ke Temple of Heaveng sangat mudah, ia boleh diakses dengan bas dan Subway.
10 Fakta Menarik Temple of Heaven
Fakta #1 – Mercu tanda terkenal
Selain daripada Tembok Besar China dan Kota Larangan, Temple of Heaven juga menjadi mercu tanda yang cukup terkenal untuk dimasukkan di dalam laman web travel, majalah travel malah katalog pakej pelancongan ke Beijing.
Fakta #2 – Temple of Heaven sangat luas
Keluasan sebenar kompleks Temple of Heaven (termasuk semua kuil, dewan dan taman) adalah 2,700,00 kaki persegi dan menjadikannya 4 kali lebih besar berbanding Kota Larangan!
Fakta #3 – Dewan Sembahyang Tanaman
Binaan yang paling jelas dan paling terkenal adalah Dewan Sembahyang untuk Tanaman yang mana lokasinya ditetapkan oleh seorang Ahli Fengshui dan lokasinya dikatakan berada di antara syurga dan dunia.
Fakta #4 – Binaan bulat
Semua kuil dibina dengan senibina bulatan dengan membawa maksud syurdga dan dunia. Tiang kayu yang digunakan untuk menyokong siling tidak menggunakan simen mahupun paku.
Fakta #5 – Dinding Gema
Untuk merasai keunikan dinding ini, anda wajib pergi awal ke sana. Walaupun berbisik pada dinding, anda di sebelah dinding sana akan dengar.
Fakta #6 – Taman Rekreasi
Jika anda ke sana pada waktu pagi atau petang terutama pada hujung minggu, anda boleh melihat Orang China sedang ber-Taichi, bermain kad, menari dan sebagainya.
Oleh kerana tamannya sangat luas, ia menjadi salah satu taman rekreasi yang sangat disukai terutama buat orang tua di sana.
Jika anda ke Beijing, jangan lepaskan peluang untuk ke Temple of Heaven. Masukkan tempat ini dalam itinerary anda.
Jika anda bersama pakej kami, anda akan dibawa ke Temple of Heaven dan anda boleh feel seperti berada dalam filem Kung Fu China dengan persekitaran moden.
Sumber : TianTan