Kenapa Melancong Ke Beijing?

Apa yang menarik di Beijing? Kenapa pilih Beijing sebagai lokasi travel seterusnya? Melancong ke Beijing, lokasi apa yang best?

Beijing, bagi kami yang sudah 5 tahun menetap di sana mempunyai 1001 keunikan. Bercerita tentang Beijing, ada beberapa perkara yang kami sangat kagumi.

Antaranya merupakan tempat menarik di Beijing, makanan mereka, budaya orang China dan semestinya sejarah yang berkurun lamanya.

Melancong Ke Beijing

Bayangkan, anda berada di kota larangan, dalam masa yang sama di kelilingnya terdapat bangunan-bangunan moden.

Bayangkan juga anda di Temple of Heaven dan melihat pemandangan dari langit melihat seluruh Beijing yang mempunyai bangunan yang lama ditinggalkan dengan bangunan yang sangat moden dan hidup.

Selain daripada budaya, sejarah dan makanan, antara perkara yang menarik adalah Beijing merupakan bandar yang mempunyai musim. Jika anda bernasib baik, pergi semasa musim sejuk dan anda akan jumpa salji di sana.

Klik Sini untuk dapatkan harga pakej travel muslim ke Beijing yang berbaloi dan memudahkan perjalanan anda!

Tempat-tempat menarik di Beijing yang anda wajib pergi adalah :

  1. Forbidden City
  2. Tian’anmen Square
  3. Temple of Heaven
  4. Great Wall
  5. Summer Palace
  6. Olympics Village
  7. CBD
  8. Yonghe Temple
  9. Wangfujing
  10. 798 Art Zone
  11. Houhai Lake

Dan senarai ini masih panjang lagi. Akan kami senaraikan sepenuhnya dalam artikel akan datang untuk anda masukkan dalam senarai lokasi yang wajib anda pergi jika melancong ke Beijing.

Sebelum Melancong Ke Beijing, Apa Yang Diperlukan?

Keperluan asas yang wajib anda bersedia sebelum ke Beijing adalah merangkumi perkara yang perlu jika anda mahu keluar negara terutama jika anda ke tempat yang mempunyai 4 musim.

Antara keperluan-keperluan tersebut adalah :

  1. Passport
  2. Visa
  3. Tiket Penerbangan
  4. Pertukaran Matawang
  5. Insurans
  6. VPN
  7. Pakaian & Ubatan
  8. Keperluan eletronik
  9. Tandas
  10. Bahasa & Makanan Halal

Passport Malaysia

Untuk keluar dari Malaysia, benda wajib yang perlu adalah passport yang sah untuk tempoh 6 bulan akan datang.

Jika melancong ke Beijing adalah trip pertama anda, maka anda perlu buat passport Malaysia di Jabatan Imigresen. Sekarang, dengan wujudnya UTC, anda boleh ke UTC untuk membuat passport.

Passport Malaysia

Apa yang perlu dibawa dan dibuat semasa memohon passport? Ikuti langkah di bawah :

  1. Bawa kad pengenalan asli
  2. Jika pemohon berusia bawah 18 tahun, bawa sijil kelahiran asli dengan kehadiran ibu
  3. Ambil nombor giliran (inform staf nombor nak buat passport kali pertama)
  4. Isi borang yang diberikan menggunakan pen hitam
  5. Apabila nombor giliran dipanggil, terus ke kaunter yang memanggil
  6. Untuk perempuan, pakai tudung warna hitam
  7. Jika berkaca mata, anda akan diminta untuk membukanya
  8. Anda akan diberi arahan untuk mengambil gambar untuk passport anda
  9. Semak kembali butiran dalam borang
  10. Tandatangan borang
  11. Tunggu nama dipanggil untuk pembayaran
  12. Bayar dan tunggu passport siap

Berapa kadar bayaran passport?

Tempoh sah passport adalah selama 5 tahun dengan kadar bayaran :

  1. Pemohon yang berusia 13 – 59 tahun : RM200
  2. Warga emas yang berusia 60 tahun ke atas : RM100
  3. Kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah : RM100
  4. Jemaah haji : RM100
  5. OKU : Percuma

Bagi mereka yang mahu Renew Passport, anda boleh lakukan melalui online. MYonline Passport merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia kepada warganegara untuk memohon pembaharuan Passport Malaysia.

Kaedah bayaran permohonan pembaharuan passport adalah menggunakan kad kredit atau debit melalui platform FPX.

Pemohon boleh dapatkan passport baru di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan waktu pengambilan passport akan diberitahu oleh sistem.

Pembaharuan Passport Malaysia boleh dilakukan melalui LINK INI.

Klik Sini untuk dapatkan harga pakej travel muslim ke Beijing yang berbaloi dan memudahkan perjalanan anda!

Visa China

Untuk melancong ke Beijing, Visa China diperlukan. Untuk memohon visa, terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan.

Visa China

  1. Mohon Melalui Ejen

Mohon Visa ke China melalui ejen adalah antara cara yang paling senang. Ia kerana anda tidak perlu ke Kuala Lumpur hanya untuk memohon visa di Chinese Visa Application Service Centre. Cuma apa bila anda menggunakan servis ejen, pastikan ejen tersebut merupakan ejen yang sah untuk mengendalikan proses pembuatan visa. Elakkan daripada tertipu dengan harga ejen yang terlalu murah kerana ia mungkin adalah penipuan.

  1. Pergi ke Chinese Visa Application Service Centre

Anda boleh pergi sendiri ke Chinese Visa Application Service Centre di Kuala Lumpur untuk memohon visa ke China. Apa yang mesti disediakan adalah :

  • Sekeping gambar berukuran gambar passport
  • Passport asal dan sah untuk 6 bulan akan datang
  • Salinan muka depan passport
  • Salinan tiket penerbangan ke China
  • Sertakan alamat hotel yang ditempah
  • Pilih sama ada single entery atau double entry

Waktu yang diperlukan untuk siap adalah selama 4 hari.

Tiket Penerbangan

Pastikan anda beli tiket sebelum memohon visa kerana ia akan memudahkan urusan permohonan visa nanti.

Tiket penerbangan, jika anda mencari tiket murah, semestinya anda wajib semak tiket AirAsia. Jika anda tidak berkira dengan harga tiket penerbangan, maka syarikat penerbangan yang kami galakkan selain daripada AirAsia adalah Malaysia Airlines (MAS) dan Cathay Pacific.

Tiket penerbangan boleh dibeli terus daripada laman web mereka (klik pada nama) :

  1. AirAsia
  2. MAS
  3. Cathay Pacific

Ingat, pastikan anda daftar sebagai member untuk kumpul point untuk anda gunakan untuk masa akan datang.

Anda juga boleh beli tiket daripada syarikat travel agency.

Lapangan Terbang Beijing akan menjadi pilihan anda jika mahu melancong ke Beijing. Kod Beijing Capital International Airport iala BJS atau PEK.

Hotel & Penginapan

Pastikan anda sudah menempah hotel atau hostel sebelum ke sana sebelum memohon visa. Kadar hotel dan hostel di sana tidaklah terlalu mahal jika anda mahu mencari dengan harga yang murah.

Insuran

Pastikan anda mempunyai insuran sebelum travel ke luar negara bagi memastikan anda sentiasa dilindungi semasa di sana.

Klik Sini untuk dapatkan harga pakej travel muslim ke Beijing yang berbaloi dan memudahkan perjalanan anda!

Tukaran Matawang

Matawang China dipanggil Renminbi atau Yuan. Anda boleh semak berapa nilai tukaran MYR-CNY di website XE Currency Converter.

Sebelum anda melancong ke Beijing, tukar wang anda di pengurup wang di Malaysia. Elakkan membawa ringgit ke sana kerana tiada tukaran matawang MYR-CNY dibuat di sana termasuklah di bank.

Renminbi

Kami galakkan anda untuk tukar wang di pengurup wang selain di lapangan terbang kerana caj yang dikenakan di lapangan terbang lebih tinggi berbanding di tempat lain.

Berapa banyak kena bawa? Terpulang kepada anda. Tengok pada keperluan tiket masuk ke tempat berbayar, pengangkutan awam, shopping dan backup.

Biasanya kami syorkan RM1,500 untuk semua sekali.

VPN Untuk Akses Internet

Jika anda perlu menggunakan laman web atau app seperti Google, Facebook, Instagram, Youtube, Twitter, Blogspot dan lain-lain laman web yang diblok di China, maka anda perlukan VPN.

Apa itu VPN? VPN (Virtual Private Network) merupakan satu software atau app yang digunakan untuk menjadi topeng kepada IP Address anda melihatkan ia seperti diakses dari negara lain.

VPN membenarkan anda untuk melepasi firewall dan akses ke website yang diblok. Pemilihan VPN yang betul sangat penting untuk mengelakkan anda daripada membayar VPN yang tidak boleh digunakan atau sangat terhad.

Klik Sini untuk dapatkan harga pakej travel muslim ke Beijing yang berbaloi dan memudahkan perjalanan anda!

Pakaian & Ubatan

Beijing merupakan kawasan 4 musim. Pada musim sejuk, suhu paling rendah adalah sekitar -20 darjah celcius. Pada musim panas, suhu paling tinggi adalah sekitar 40 darjah celcius. Musim bunga dan luruh, suhu adalah pada sekitar 15-25 darjah celcius.

Pastikan anda semak dahulu semasa anda ke sana, apakah musim yang bakal anda alami. Berapa suhu setiap hari dan bagaimanakah cuaca di sana.

Musim Sejuk Beijing

Musim sejuk, pastikan anda bawa :

  1. Baju sejuk
  2. Long John
  3. Stokin tebal

Musim panas, pastikan anda bawa pakaian nipis

Udara di Beijing sangat kering dan berdebu. Pastikan anda bawa losyen untuk melembapkan kulit dan bawa sekali lip balm untuk bibir kering.

Ubat-ubatan asas wajib dibawa. Jika anda jatuh sakit di sana, pastikan anda berehat sepenuhnya sebelum keluar.

Jika anda bawa toileteries, pastikan semua toileteris yang berbentuk cecair disimpan dalam beg yang dimasukkan ke dalam kargo. Elakkan membawa cecair ke dalam kabin.

Peralatan Eletronik

Plug di China berbeza dengan plug di Malaysia. Jadi untuk anda menggunakan eletrik, sila bawa adapter yang membolehkan anda menggunakan perkakas eletronik anda.

Universal Adapter

Tandas Di China

Peringatan awal! Jangan terkejut dengan tandas yang kotor, tanda yang tiada pintu, tandas boleh nampak orang sebelah, tandas boleh nampak tahi orang lain dan sebagainya.

Jika anda seorang penggeli, pastikan anda selesaikan hajat di bilik hotel secukupnya sebelum keluar berjalan.

Di sana, tandas tidak menyediakan air mahupun tisu, jadi pastikan anda bawa tisu dan penyembur air sendiri.

Klik Sini untuk dapatkan harga pakej travel muslim ke Beijing yang berbaloi dan memudahkan perjalanan anda!

Bahasa & Makanan Halal

Bahasa yang digunakan di Beijing adalah Bahasa Mandarin. Anda boleh dapatkan buku frasa Bahasa Mandarin bagi memudahkan trip anda semasa di sana atau install app di telefon pintar anda.

Makanan halal di Beijing mudah untukj ditemui kerana jumlah muslim di sana sangat tinggi termasuklah masjid. Perkataan halal dalam bahasa Mandarin adalah 清真 (Qīng zhēn) dan biasanya anda boleh lihat, ada logo yang berwarna hijau dengan perkataan tersebut. Menandakan restoran mereka menyediakan makanan halal.

Halal China

Kesimpulan

Melancong ke Beijing sangat mengujakan. Pada tiap musim, akan ada lokasi berbeza dengan permandangan berbeza yang anda boleh pergi dan hayati.

Jika anda mempunyai soalan berkenaan Bahasa Mandarin dan China, komen sahaja di ruangan bawah. Kami bersedia untuk membantu anda.

Selamat melancong ke Beijing! Oh, jika anda sedang mencari pakej Muslim ke Beijing, klik terus di bawah!

Klik Sini untuk dapatkan harga pakej travel muslim ke Beijing yang berbaloi dan memudahkan perjalanan anda!

Comments

comments

Limau Mandarin merupakan laman web rujukan yang berkaitan dengan negara tembok besar iaitu China seperti Travel Ke China, Borong Di China dan Belajar Bahasa Mandarin.