Bagaimana agaknya sambutan Tahun Baru Cina di China? Bagi mereka yang kali pertama ingin merasai pengalaman berada di China untuk menyambut tahun baru cina, ada beberapa perkara yang anda semua kena tahu.

Jalan lengang

Satu perkara yang sinonim dengan China terutamanya bagi ibu kota seperti Beijing ialah kesesakan jalan raya.

Pun begitu, beberapa hari menjelang tahun baru cina kita akan lihat Beijing umpama bandar kosong yang berhantu, sunyi dan sepi.

Jalan raya lengang dari kenderaan yang selama ini memenuhi jalan raya, dan mungkin waktu inilah anda boleh cuba baring di atas jalan raya!

Jalan raya lengang
Jalan raya yang lengang

Bagi masyarakat cina di China, sesibuk mana anda bekerja atau sejauh mana anda tinggal setiap tahun sekurang-kurangnya sekali mesti pulang ke kampung halaman untuk bersama ahli keluarga yang lain menyambut tahun baru cina.

Jika anda merancang untuk bercuti pada waktu ini, pastikan anda membeli tiket kapal terbang atau tiket kereta api sekurang-kurangnya 3 minggu awal kerana jika tidak besar kemungkinan semua tiket akan habis dijual.

Suasana sunyi Tahun Baru China
Majoriti mereka yang tinggal dibandar akan pulang ke kampung halaman masing-masing menjelang tahun baru

Menjelang tahun baru cina anda boleh lihat stesen kereta api misalnya umpama lautan manusia yang bersesak-sesak untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Tiada tempat untuk anda pergi

Cuti Tahun Baru Cina bukanlah masanya untuk anda keluar berjalan-jalan kerana kebanyakan kedai akan ditutup selama beberapa hari.

Kedai makan pun tutup!

Biasanya beberapa hari sebelum tahun baru, mereka yang masih tinggal di Beijing untuk menyambut tahun baru akan membeli barang keperluan seperti ayam,ikan dan sayur-sayuran sebagai bekalan kerana kebanyakan kedai mahupun pasar juga akan tutup dan jika ada yang buka pun barang-barang akan dijual dengan harga yang mahal.

Bagi traveller juga, melancong ke China pada waktu ini bukanlah waktu yang sesuai.

Sunyi Tahun Baru Cina
Kedai makan juga tutup

Ramai pelancong yang salah membuat pilihan untuk datang ke Beijing terutamanya pada waktu ini, bukan sahaja tempat-tempat tarikan pelancong kebanyakannya ditutup,perkhidmatan pengangkutan awam juga dikurangkan.

Kementerian Pengangkutan China melaporkan terdapat lebih kurang 80 juta perjalanan menjelang tahun baru cina pada tahun ini dan ia meningkat sekitar 3% dari tahun sebelumnya.

Subway Beijing

Kementerian Pengangkutan China juga dalam masa yang sama meminta semua kementerian yang berkaitan untuk bersiap sedia bagi memastikan perayaan tahun baru cina pada tahun ini berjalan dengan lancar.

Tidak boleh tidur

Malam sebelum tahun baru tidur anda pasti akan diganggu dengan dentuman mercun dan bunga api. Mereka akan mula memasang bunga api pada malam tahun baru hingga awal pagi.

Walaupun arahan untuk tidak memasang mercun atau bunga api telah dikeluarkan namun rakyat China seolah tidak menghiraukannya.

Tahun Baru China

Larangan dikeluarkan kerana bunga api bukan sahaja akan mencemarkan udara malahan akan menyebabkan berlakunya kebakaran.

Tahun Baru China

Bagi masyarakat cina, malam sebelum tahun baru itu jauh lebih penting berbanding hari pertama tahun baru cina.

Malam tersebut,seluruh ahli keluarga akan berkumpul bersama-sama hingga awal pagi. Pada malam tersebut mereka akan membungkus ”jiaozi” atau dikenali sebagai dumpling.

Mercun akan dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalang segala nasib malang.

Pada keesokan harinya seperti biasa aktiviti ziarah-menziarahi rumah ahli keluarga serta rakan-rakan yang lain.

Disebabkan masyarakat di China kebanyakannya tidak beragama, jadi mereka tidak akan pergi ke kuil untuk menyambut tahun baru. Menurut pensyarah saya juga, sekarang kebanyakan orang pada hari raya pertama hanya akan tidur di rumah kerana kepenatan semalaman berjaga.

Semoga dengan tips-tips ini akan membantu anda yang ingin merasai pengalaman menyambut tahun baru cina di bumi tembok besar!

Klik sini untuk baca 3 perkara menarik tentang China.

About The Author

Scroll to Top