3 Perkara Menarik Tentang China Yang Perlu Anda Tahu

Untuk artikel kali ini, kami bawakan kepada anda 3 perkara menarik tentang China yang pasti buat anda kagum.

Sistem Pengangkutan

Perkara menarik tentang China adakah sistem pengangkutan awam mereka. Jika anda tinggal di Beijing tidak mempunyai kenderaan sendiri bukanlah masalah yang besar, perkhidmatan bas dan kereta api laju bawah tanah yang efisien membolehkan anda kemana sahaja dengan mudah, cepat dan menjimatkan.

Beijng Subway

Perkhidmatan bas di Beijing sangat efisien, dengan tambang serendah 1 yuan(jika menggunakan kad pengangkutan) dan 2 yuan (jika menggunakan wang tunai) dalam satu perjalanan membolehkan anda kemana sahaja. Stesen bas juga ada dimana-mana dan bilangan bas yang banyak memudahkan pergerakan dan menjimatkan masa.

Bas di China

Oh ya, bagi warga emas tiada caj dikenakan.

Bas di China
Papan penunjuk arah di setiap stesen bas menunjukkan nombor bas, perhentian bas yang akan dilalui juga masa operasi

Selain perkhidmatan taxi, di sini juga ada ”didi kuaiche” atau dikenali sebagai UBER yang menjadi pilihan utama kerana servisnya yang jauh lebih murah dari taxi dan pengguna boleh memilih pelbagai jenis kereta mengikut kesesuaian contohnya memilih kereta yang lebih besar untuk lebih dari 4 orang, berkongsi kereta dengan orang lain bagi mendapatkan tambang yang lebih murah dan lain-lain lagi mengikut keselesaan pengguna.

Satu lagi yang menarik mengenai perkhidmatan ”didi kuaiche” ini, kereta yang digunakan semuanya bersih dan jika bernasib baik anda akan dapat kereta yang sangat mewah.

Basikal Elektrik China

Penggunaan basikal elektrik juga sangat meluas di China dan menjadi salah satu perkara menarik tentang China.

Basikal Elektrik China
Antara basikal elektrik kepunyaan pelajar Malaysia di China

Hanya perlu mengecas baterinya anda sudah boleh bersiar-siar kemana-mana sahaja, tapi pastikan baterinya mencukupi, jika tidak terpaksalah anda menuntunnya pulang! Harga bagi sebuah basikal elektrik juga tidak mahal dalam lingkungan 1000 – 3000 yuan berbeza mengikut jenis.

 Urus niaga atas talian

Di China urus niaga atas talian sangat meluas, sama ada untuk membeli belah, urusan perbankan atau perniagaan segalanya dapat dilakukan semudah menekan butang di skrin. Perkara menarik tentang China yang merupakan online transaction ini sangat hebat.

Di China, kita tak perlu untuk membawa wang tunai yang banyak untuk membeli barang, cukup sekadar membawa telefon yang ada akses internet, dan anda boleh membuat bayaran melalui telefon. Sangat mudah,pantas dan mengurangkan risiko membawa wang tunai yang banyak.

Tidak kiralah anda membeli buah-buahan berharga 10 yuan,mahupun membeli telefon bimbit berharga 4000 yuan, semuanya boleh dibayar terus melalui telefon anda yang sudah didaftarkan dengan akaun bank anda. Dalam berapa saat sahaja, urus niaga telah selesai!

Uber China
Anda hanya perlu mengimbas kod QR kedai tersebut dan masukkan kata laluan bank anda, urus niaga selesai !

Di sini juga terdapat banyak saluran membeli-belah dalam talian untuk memenuhi permintaan masyarakat yang semakin meningkat terutamanya dikalangan orang muda.

Antara yang paling popular ialah Taobao yang dikendalikan oleh Alibaba dan juga TMall.com dan banyak lagi pilihan laman-laman  sesawang yang seumpama dengannya.

Kemajuan membeli-belah atas talian ini dipermudahkan lagi dengan sistem penghantaran barang yang efisien, tidak kiralah seberapa jauh jarak anda dengan barang yang dibeli, mereka akan pastikan barang yang dibeli akan sampai secepatnya di hadapan pintu anda.

Di laman web tersebut juga anda boleh memeriksa lokasi terkini barang yang dibeli dan mereka akan sentiasa mengemaskini segala maklumat tentang barang yang dibeli.

Pembelian barang atas talian bukanlah satu perkara yang asing lagi di China, dengan hanya menggunakan telefon bimbit, dalam sekelip mata anda boleh membeli barang yang dihajati.

Ramai orang lebih memilih untuk membeli barang atas talian berbanding di kedai kerana pilihan yang lebih banyak selain tawaran harga yang jauh lebih murah. Bagi saya sendiri, segala keperluan rumah seperti beras, minyak, gula dan lain-lain semuanya akan dibeli atas talian. Mudah kan?

Perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai juga membuatkan lebih ramai orang membeli-belah tanpa perlu meninggalkan kediaman mereka.

11.11

Baru-baru ini, Alibaba Group melancarkan Pesta Membeli-belah Sedunia 11.11 untuk menunujukkan pada dunia potensi kepenggunaan di China serta peluang masa depan bagi syarikat kecil serta sederhana di seluruh dunia.

Pesta membeli-belah dalam talian 24 jam itu yang diadakan pada 11 November menjana jumlah dagangan sebanyak A$9.3 billion. Mereka menawarkan perkhidmatan dan jenama dari barangan elektrik, makanan dan minuman, automotif, pakaian dan macam-macam lagi.

Taobao
Online Shopping China

Sudah menjadi kebiasaan kami di sini apabila menjelang 11 Nov setiap tahun semua orang sudah mula sibuk mencari barang yang ingin dibeli, apabila tepat jam 12 pagi 11 Nov, semua orang akan secepatnya membayar barangan yang sudah dipilih.

Sudah menjadi kebiasaan juga tidak sampai 5 minit barang yang ingin dibeli sudah kehabisan stok.

Di China, segalanya bergerak pantas daripada orang hinggalah pada perniagaan. Boleh dikatakan pada hari ini, masyarakat di China tidak boleh hidup tanpa kemudahan talian yang telah banyak memudahkan urusan seharian mereka.

Penggunaan media sosial

Mungkin masih ramai yang tidak tahu beberapa media sosial yang popular seperti Facebook, Instagram, Twitter disekat akses di China.

Pemimpin di China mahu meluaskan pasarannya kepada seluruh dunia dengan membuka ekonominya pada dunia tetapi China masih lagi menggunakan undang-undang ketat ke atas teknologi dan akses kepada media.

Instagram contohnya laman foto popular ini dilarang selepas penunjuk perasaan pro-demokrasi mengadakan protest di Hong Kong pada 2014.

Sebab sebenar ia dilarang tidak diketahui. Google dan segala yang berkaitan dengan juga disekat aksesnya di China.

Namun, jangan bimbang kita masih lagi boleh mengakses semua laman sosial tersebut dengan menggunakan Virtual Private Network (VPN). Jadi bagi mereka yang ingin datang ke China bolehlah terlebih dahulu memuat turun aplikasi VPN untuk akses ke laman-laman sosial kegemaran anda.

Disebabkan banyak laman sosial dan web yang disekat penggunaannya, China telah mewujudkan laman sosial dan web mereka sendiri seperti Baidu bagi menggantikan Google, Youku bagi menggantikan Youtube, Weibo bagi menggantikan Twitter dan banyak lagi.

Wechat

Jika anda ke China, jangan terkejut bahawa rakyat China ialah pengguna tegar Wechat. Wechat di China bukanlah sekadar digunakan untuk ‘‘berchatting’’ tetapi di China penggunaan Wechat lebih daripada itu. Ini antara penggunaan Wechat di China:

  1. Mesej – Ini ialah pengunaan umum sama seperti aplikasi seperti Whatsapp
  2. Tempah dan bayar taxi
  3. Beli tiket kapal terbang/kereta api
  4. Transaksi duit
  5. Beli kredit telefon/data internet
  6. Beli tiket wayang
  7. Tempah hotel
  8. Membeli-belah
Wechat
Wechat
wechat wallet
Contoh perkhidmatan yang boleh digunakan melalui Wechat.
Wechat
Transaksi wang juga boleh dilakukan melalui Wechat.

Kesimpulan

Macam mana?

Menarik bukan kehidupan di China. China merupakan salah satu negara dimana perkembangan teknologinya antara terpantas di dunia.

Nampaknya China benar-benar menggunakan kemajuan teknologi sebaiknya untuk kemajuan negara mereka.

Kemajuan sistem pengangkutan mereka kini pula menjadi salah satu prasarana yang penting dalam meningkatkan ekonomi dan perkembangan negara China sendiri.

1 thought on “3 Perkara Menarik Tentang China Yang Perlu Anda Tahu”

  1. Pingback: Sambutan Tahun Baru Cina di Negara China - Limau Mandarin

Leave a Comment

Scroll to Top