Anda sedang mencari panduan Tembok Besar China? Inilah panduan Tembok Besar China yang anda perlukan. Terus membaca.
Panduan Tembok Besar China untuk Anda
Tembok Besar China adalah salah satu daripada keajaiban dunia yang wujud sejak kurun ke-7 sebelum Masihi di China.
Ia menjadi kebanggaan orang China dan diiktiraf sebagai salah satu Tapak Warisan UNESCO.
Tembok Besar China diibaratkan seperti seekor naga yang sangat besar sepanjang 8,850 kilometer. Kepalanya di Beijing dan ekornya di padang pasir di wilayah Gansu berdekatan dengan Laluan Sutera.
Walaupun kita boleh ke semua bahagian Tembok Besar China, harus kita tahu bahawa tiap bahagian Tembok Besar China mempunyai keistimewaannya sendiri.
Biasanya ramai ke bahagian Badaling, Mutianyu atau Juyongguan. Ini kerana itulah antara bahagian yang mudah untuk pergi dan dekat dengan Beijing.
Artikel ini memberi informasi kepada anda mengenai bahagian-bahagian Tembok Besar China untuk menambah pengetahuan anda dan memilih untuk ke Tembok Besar China yang mana satu.
Panduan Tembok Besar ini juga membantu anda bagaimana mahu ke tiap bahagian dengan harga tiket masuk dan sebagainya.
Kepala Tembok Besar China : Di Beijing
Tembok Besar China Badaling (八达岭)
Tembok Besar Badaling terletak di 80 kilometer barat laut bandar Beijing. Ia merupakan bahagian Tembok Besar yang paling dijaga dan paling ramai pengunjungnya.
Musim panas merupakan musim puncak bagi pengunjung ke sana. Jika anda tidak mahu melihat lautan manusia di atas Tembok Besar China, maka elakkan daripada pergi pada musim panas dan cuti umum China.
Cara pergi ke Badaling :
- Pergi ke stesen subway line 2, turun di stesen Jishuitan
- Berjalan ke stesen bas Deshengmen
- Ambil bas nombor 919 ke Badaling
Atau anda boleh menaiki kereta api dari Stesen Kereta Api Utara terus ke Badaling.
Tiket masuk pada November – Mac adalah sebanyak 40 Yuan dan 45 Yuan semasa April – Oktober.
Tembok Besar Juyongguan
Tembok Besar Juyongguan (居庸关) merupakan bahagian yang terletak 50 kilometer dari Beijing. Bahagian ini juga mempunyai ramai pengunjung.
Cara pergi ke Juyongguan :
- Pergi ke stesen subway line 2, turun di stesen Jishuitan
- Berjalan ke stesen bas Deshengmen
- Ambil bas nombor 919 ke Nankou
- Turun di stesen Nankou Donjie
- Ambil bas nombor 68 ke Juyongguan
Tiket masuk pada November – Mac adalah sebanyak 40 Yuan dan 45 Yuan semasa April – Oktober.
Tembok Besar Mutianyu
Tembok Besar Mutianyu (慕田峪) terletak 70 kilometer dari Beijing dan bahagian ini bersambung dengan Tembok Besar Jiankou. Anda boleh mendaki dengan tangga atau kereta kabel dan turun dengan toboggan.
Walaupun pada musim panas Mutianyu sangat ramai pengunjung, jika anda ke sana semasa musim sejuk, kemungkinan pengunjung sangatlah sikit.
Mutianyu dikelilingi gunung ganang yang pada musim sejuk akan menjadi sangat sejuk tetapi jika turunnya salji, anda akan melihat pemandangan yang sangat-sangat cantik!
Mutianyu mempunyai pemandangan yang sangat cantik terutama jika anda tidak mahu ke bahagian lain terutama pada musim sejuk.
Cara pergi ke Mutianyu (15 Mac – 15 November) :
- Dari stesen bas Zongzhimen naik bas 867
- Naik bas terus ke Mutianyu
Cara pergi ke Mutianyu (musim sejuk) :
- Dari stesen bas Zongzhimen naik bas 936 atau 916
- Turun di Huairou
- Naik teksi ke Mutianyu
Kos Mutianyu :
- Tiket masuk sahaja – 45 Yuan dewasa, 25 Yuan kanak-kanak bawak 12 tahun
- Tiket masuk & kereta kabel sehala : 80 Yuan dewasa, 45 Yuan kanak-kanak bawah 12 tahun
- Tiket masuk & kereta kabel 2 hala : 100 Yuan dewasa, 60 Yuan kanak-kanak bawah 12 tahun
- Tiket masuk, lif & toboggan (turun) : 100 Yuan dewasa, 60 Yuan kanak-kanak bawah 12 tahun
- Tiket masuk & toboggan (turun) : 80 Yuan dewasa, 60 Yuan kanak-kanak bawah 12 tahun
Tembok Besar Simatai
Tembok Besar Simatai (司马台) terletak 120 kilometer dari Beijing. Ia bersambung dengan bahagian Jianshanling dan Gubeikou. Tembok Besar Simatai sesuai untuk orang yang mahu pergi mendaki Tembok Besar China.
Ramai memilih untuk bermalam di atas Tembok Besar China setelah pendakian kerana ia mengambil masa yang panjang untuk naik dan turun.
Cara pergi ke Simatai :
- Di Beijing naik bas 980 dari stesen bas Dongzhimen
- Turun di Miyun
- Naik teksi ke Simatai
Tiket masuk Simatai adalah sebanyak 40 Yuan.
Tembok Besar Jianshanling
Tembok Besar Jianshanling (金山岭) terletak 125 kilometer dari Beijing dan bersambung dengan Tembok Besar China Simatai.
Anda juga boleh naik kereta kabel untuk sampai ke puncak Tembok Besar Jianshanling.
Cara pergi ke Jianshanling :
- Di Beijing naik bas 980 dari stesen bas Dongzhimen
- Turun di Miyun
- Naik teksi ke Jianshanling
Tiket masuk pada November – Mac adalah sebanyak 55 Yuan dan 65 Yuan semasa April – Oktober.
Kereta kabel berharga 40 Yuan.
Tembok Besar Gubeikou
Gubeikou (古北口) merupakan salah satu kampung lama yang berada 120 kilometer dari Beijing. Ia terletak di antara Tembok Besar Wohushan dan Panlongshan.
Bahagian-bahagian ini tidak dibaiki dan sangat sesuai untuk pendakian yang lebih mencabar.
Cara pergi ke Gubeikou :
- Di Beijing naik bas 980 dari stesen bas Dongzhimen
- Turun di Miyun
- Naik teksi ke terus ke Gubeikou (120 Yuan)
Atau dari Miyun naik bas di stesen 密25 terus ke Gubeikou dengan kos 7 Yuan.
Tembok Besar Jiankou
Tembok Besar Jiankou (箭扣) dekat dengan bahagian Mutianyu. Jiankou mempunyai pemandangan yang sangat cantik
Cara pergi ke Jiankou :
- Di Beijing naik bas 916 dari stesen bas Dongzhimen
- Turun di Huairou Fangshan
- Naik bas ke Jiankou
Tiada tiket masuk tetapi ada daripada penduduk tempatan akan minta bayaran 10-15 Yuan.
Tembok Besar Huanghuacheng
Tembok Besar Huang Hua Cheng (黄花城) berada 60 kilometer dari Beijing dan bersambung dengan Tembok Besar Mutianyu.
Di sini terdapat takungan air yag cantik dan salah satu bahagian yang terkenal untuk pendaki.
Cara pergi ke Huang Hua Cheng :
- Di Beijing naik bas 980 dari stesen bas Dongzhimen
- Turun di Huairou Dishui
- Naik bas ke Shuichangcheng
Tiket masuk berharga 45 Yuan.
Tembok Besar Huangyaguan
Tembok Besar Huang Ya Guan (黄崖关) berada 120 kilometer dari Tianjin. Bahagian ini dibina berhampiran dengan gunung.
Cara pergi ke Huang Ya Guan :
- Dari Beijing naik bas dari stesen bas Sihui
- Turun di Jixian
- Naik teksi terus ke Huang Ya Guan
Tiket masuk berharga 50 Yuan.
Tembok Besar Shanhaiguan
Tembok Besar Shan Hai Guan (山海关) adalah penghujung Tembok Besar China di sebelah timur. Ia juga sangat terkenal kerana ia merupakan Tembok Besar yang berakhir di tepi pantai.
Ia terletak di wilayah Hebei.
Cara pergi ke Shan Hai Guan :
- Naik kereta api dari Beijing ke stesen kereta api Shan Hai Guan
- Untuk paling pantas naik kereta api kelas D
Tiket masuk berharga 15 Yuan pada November – April dan 40 Yuan pada Mei – Oktober.
Ekor Naga : Wilayah Gansu
Tembok Besar Jiayuguan
Tembok besar Jiayuguan (嘉峪关) terletak di 6 kilometer dari bandar Jia Yu Guan di wilayah Gansu. Bahagian ini terletak di tengah-tengah padang pasir dan menjadi pintu masuk Laluan Sutera berkurun lamanya.
Jia Yu Guan adalah simbol kepada Tembok Besar Dinasti Ming.
Cara pergi ke Tembok Besar Jia Yu Guan :
- Naik teksi dari bandar Jiayuguan
Tiket masuk adalah 102 Yuan pada November – April dan 122 Yuan pada Mei – Oktober.
Kesimpulan
Panduan Tembok Besar China adalah salah satu pengenalan kepada anda bahawa Tembok Besar China ada banyak bahagian.
Dan tiap Tembok Besar China ada keistimewaan masing-masing seperti lokasi setiap satu. Ada yang di tepi laut, ada juga yang di dalam hutan.
Ada Tembok Besar China yang diselenggara secara berkala dan ada juga yang tidak diselenggara.
Bergantung kepada trip anda, mungkin anda mahukan Tembok Besar untuk dijadikan pendakian, boleh pilih Gubeikou. Jika anda hanya melancong ke Beijing dan mahu ke Tembok Besar China, Badaling dan Mutianyu menjadi pilihan.
Kongsikan Panduan Tembok Besar China ini jika ia berguna untuk anda dan rakan travel anda.
Jika anda mahu ke Beijing melalui pakej Limau Mandarin, klik saja gambar di bawah untuk terus Whatsapp kami.
Moga panduan Tembok Besar China ini membantu anda jika anda seorang backpacker atau pendaki yang pergi ke sana sendiri.