Warisan Tinggalan Islam Tertua Di Beijing

Masjid Niujie adalah antara masjid tertua dan terbesar di Beijing. Masjid Niujie juga merupakan sebuah pusat kerohanian untuk kota yang dianggarkan 200 000 umat islam. Pertama kali Masjid Niujie ini di bina adalah pada tahun 996 masihi oleh dua orang arab semasa Dinasti Liao.

niujie
Masjid Niujie Di Beijing

Masyarakat islam tempatan dilarang daripada membina masjid dengan gaya dan reka bentuk lain selain tradisonal China dengan pengecualian hanya penggunaan kaligrafi arab sahaja dibenarkan. Oleh sebab itu, kebanyakkan masjid di China di bina mengikut gaya dan reka bentuk tradisional China.

Ketika pemerintahan Dinasti Ming, Masjid Niujie dibina semula pada tahun 1442 dan diperluaskan lagi pada tahun 1696 di bawah Dinasti Qing. Ketika kini, Masjid Niujie merupakan salah satu masjid yang terbesar di Utara China. Masjid Niujie telah mengalami 3 renovasi sejak penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949, iaitu pada tahun 1955, 1979 dan 1996.

masjid niujie
Dato Dr Awang Sariyan bersama pelajar Malaysia di Masjid niujie

Masjid Niujie membawa kita kembali kepada sejarah masyarakat islam di China terutama sekali pada Dinasti Ming dan Qing. Masyarakat islam terus berkembang di China sepanjang pemerintahan Dinasti Ming. Ibu kotanya pada ketika itu terletak di Nanjing yang juga merupakan pusat pembelajaran islam pada ketika itu.

Penutupan Pelabuhan Perdagangan

Akibat penutupan kesemua pelabuhan perdagangan dengan dunia luar, populasi masyarakat islam menurun dengan dasyat. Namun tentera umum islam telah dilantik dan mereka telah berkempen di Yunnan dan Shandong yang menjadi pusat pembelajaran islam yang terkemuka.

masjid china
Pelajar Malaysia Berbuka Puasa dengan Masyarakat Islam Di China

Namun masyarakat islam di China menjadi semakin tersisih dari masyarakat islam di tempat lain, lama kelamaan mereka menggunakan bahasa dan budaya china dalam kehidupan seharian mereka. Selama tempoh ini umat islam juga mula menggunakan nama keluarga China seperti Ma untuk Muhammad, Ha untuk hassan, Hu untuk Hussain. Oleh sebab itu, masyarakat islam tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan rakyat china bukan islam yang lain.

Kebangkitan Dinasti Qing menyebabkan hubungan antara masyarakat islam dan china lebih sukar. Islam mengalami penurunan status dan disebabkan tercetusnya beberapa pemberontakan dari kaum hui muncul sepanjang pemerintahan Dinasti Qing. Banyak sekatan telah dilakukan oleh mereka terhadap orang islam. Mereka melarang melakukan penyembelihan haiwan, pembinaan masjid baru dan larangan ke Mekah untuk menunaikan haji.

masjid chinaPemerintahan Dinasti Qing pada ketika itu adalah Kaum Manchu dan bukan dari kalangan kaum Han. Kaum Manchu adalah salah satu kaum minoriti di China. Mereka menggunakan taktik pecah belah untuk menawan umat islam, kaum han, Tibet dan Monggolia dengan menimbulkan konflik antara satu sama lain.

Kebangkitan Semula Islam Di China

Umat islam di China tetap mempunyai banyak masjid di Bandar Bandar besar di China seperti Beijing, Guangzhou, Xi’an, Tianjin dan tempat-tempat lain. Mereka membina masjid dengan gaya dan reka bentuk tradisional China. Ramai orang islam memegang jawatan kerajaan termasuk kedudukan penting terutama dalam tentera. Semakin hari terdapat banyak pertukaran antara Negara China dan dunia luar.

masjid niujie
Salah sebuah Masjid Di Tian Jin, China

Dibawah kepimpinan China ketika ini islam mengalami kebangkitan yang sederhana dan terdapat banyak masjid di China sekarang. Banyak badan islam di seluruh dunia telah ditubuhkan untuk menyatukan antara masyarakat islam di luar negara dengan masyarakat islam di China.

Sehingga kini, Masjid Niujie berdiri tegak di Niujie Street atau lebih dikenali sebagai Jalan Lembu oleh masyarakat tempatan. Ini kerana terdapat banyak kedai di kawasan tersebut yang menjual daging lembu halal. Selain itu, terdapat banyak kemudahan yang disediakan di Niujie untuk masyarakat islam. Antaranya pusat membeli belah yang menjual semua barangan halal dan restoran- halal yang banyak di Niujie Muslim Mart.

Dengan adanya kemudahan seperti ini, masyarakat islam di sekitar Masjid Niujie dapat menjalani kehidupan yang baik sekali. Masjid Niujie juga merupakan tempat beribadah untuk umat islam di Niujie. Keadaan sekeliling Masjid Niujie ini akan membuatkan kita berasa aman kerana dihiasai dengan taman-taman kecil yang indah.

Masjid Niujie Mampu Memuatkan 1000 Jemaah

masjid chinaMereka yang beragama islam hadir ke Masjid Niujie untuk mendirikan solat secara berjemaah. Masjid Niujie ini boleh memuatkan 1000 orang jemaah untuk menunaikan solat dalam satu masa. Ramai juga di antara umat islam dari pelbagai Negara datang ke Masjid Niujie untuk menunaikan ibadah solat antaranya dari Pakistan, Indonesia, Mesir, Malaysia dan banyak lagi.

Sukar bagi kita untuk membezakan masyarakat islam dengan rakyat china yang lain kerana mereka mempunyai warna kulit yang sama dan menggunakan bahasa yang sama. Di Masjid Niujie ini juga kita dapat melihat perbezaan kehidupan masyarakat islam di china dan masyarakat islam di Malaysia. banyak perkara yang berlaku menyebabkan perkara ini terjadi. Walaubagaimana pun masyarakat islam di China masih kukuh dan wujud.

Dianggarkan terdapat lebih 80 buah masjid yang terdapat di sekitar Beijing. Bagi Negara yang bukan berstatus Negara Islam, jumlah tersebut boleh dianggap banyak berbanding Negara Negara lain.

Masjid-Masjid Di Beijing 清真寺 (Qīngzhēnsì)

1. Masjid Fayuan

masjid china
Masjid Fayuan

Masjid Fayuan 
Alamat: No. 200, Dewai Street, Xicheng District, Beijing
Tel: 010-62016131
kapasiti: 300
Nama lain: Beijing Dewai Mosque, Dewai Guanxiang Mosque

2. Masjid Nan Dou Ya masjid china

Masjid Nandouya

Alamat : No.4, Douban Hutong, Dongcheng District, Beijing
Tel: 010-84066979
Kapasiti: 200
Nama lain: Beijing Douban Hutong Mosque

3. Masjid Hou He Yan

masjid chinaAlamat: No.23, Lane 1 Shunhehe, Guang’anmen,
Xicheng District, Beijing

4. Masjid Huashi
Alamat: No. 80, Xihuashi Street, Dongcheng Street, Beijing
Tel: 010-65130828
Kapasiti: 100
Nama lain: Beijing Huashi Mosque

5. Masjid Dongzhimenwai
Alamat: No.6, Waichaci, Dongzhimenwai, Dongcheng District, Beijing
Tel: 010-64685890
Kapasiti: 300

6. Masjid Dongsi
Alamat: No. 13, South Street of Dongsi, Dongcheng District, Beijing
Tel: 010-65257824
Kapasiti: 300

7. Masjid Haidian
Alamat: Zhalan Road, Haidian Town, Haidian District, Beijing
Tel: 010-62558296
Kapasiti: 200

masjid china8.Masjid Nanxiapo
Alamat: No. 63, Jinshifang Street, Xicheng District, Beijing
Tel: 010-66036165
Kapasiti: 100

Kredit foto: Nudinmi 

About The Author

Scroll to Top