Lokasi Terbaik Beli Kamera Di Beijing

Home » Lokasi Terbaik Beli Kamera Di Beijing

Syurga Kamera Di Beijing Yang Perlu Anda Tahu

Nak beli kamera di Beijing? Di manakah lokasi terbaik untuk membelinya? Ramai yang bertanya kepada saya, jadi saya akan menjawab pertanyaan tersebut di sini sebagai rujukan yang mudah bagi mereka yang melancong ke Beijing dan ingin beli kamera di Beijing dan peralatan lain.

Bila bercakap tentang kamera, lokasi yang terlintas dalam fikiran saya tentunya Wukesong Camera Market (五棵松摄影器材城). Wukesong setakat ini merupakan tempat yang paling popular untuk beli kamera di Beijing serta peralatan kamera lain.

Wukesong terletak di sebelah barat Bandar Beijing. Anda boleh menggunakan perkhidmatan subway untuk ke sana dengan lebih cepat. Jika kita lihat di peta subway, Wukesong terletak di Line 1 yang berwarna merah. Harga tiket ke sana sekitar 3 yuan sekiranya anda dari station subway tian’an men.

Beijing Subway

Apabila anda keluar dari pintu subway wukesong anda perlu berjalan ke arah utara sekitar 100 meter. Selepas itu,anda akan berjumpa dengan jejambat yang bertulis  DingHui Qiao (定惠桥 – dìng  huì qiáo), atau DingHui Bridge. Akhir sekali, Wukesong Camera Market tu terletak di bahagian tenggara Dinghui Bridge.

Ianya agak mudah untuk di kesan kerana kebiasaanya akan ada papan iklan gambar Jackie Chan memegang kamera Canon. Di bawah papan iklan besar itulah terletaknya Wukesong Camera Market.

wukesong

Sebaik sahaja anda masuk ke dalam komplek tersebut, anda perlu bersedia dengan nafsu dan wang ringgit anda. Anda cuba bayangkan  lowyat yang menjual peralatan telefon bimbit tetapi di penuhi dengan peralatan kamera dan aksesori kamera di segenap penjuru.

Canon, Nikon, Lecca, Fujifilm, Sony dan pelbagai jenis kamera dan lens paling terkini ada di jual di sini. Apabila masuk di sini, adalah penting untuk anda mengambil masa melihat di sekeliling dan tidak terlalu terburu untuk membuat pilihan. Jika anda mempunyai model kamera yang di cari, lihat harga di beberapa kedai dan bandingkan harganya terlebih dahulu. Setiap kedai berbeza harganya.

beli kamera di beijing

Pastikan Anda Tawar Menawar!

Dan pastinya orang Malaysia terkenal dengan skill tawar menawar, gunakan skill ini kerana harganya sangat fleksibel. Tawarlah pada harga logik akal, kamera Canon 5D mark II  anda minta pada harga 2000 元  memang akan dapat, tetapi hanya penutup lens sahaja. Mungkin anda boleh minta kurang dari harga market semasa. Sedikit sebanyak boleh menyelamatkan sedikit wang anda.

Selepas membeli kamera di kedai tersebut, pujilah tuan kedai  你很帅 (nî hên shuài) awak sangat kacak bagi lelaki, jika wanita 你很漂亮 (nî hên piào liang) awak sangat cantik. Selepas itu, mintalah beberapa hadiah percuma seperti bag, filter, tripod, dan banyak lagi. Saya yakin tuan kedai pasti akan memberinya.

Di harapkan tulisan saya sedikit sebanyak membantu anda para penggemar kamera yang datang ke Beijing. Jika anda mempunyai sebarang pengalaman sila tinggalkan komen di bawah ini.

Scroll to Top