Aidilfitri di China ; 1001 Erti Kemenangan

Home » Aidilfitri di China ; 1001 Erti Kemenangan

Aidilfitiri disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia pada 1 Syawal. Kita di Malaysia menikmati erti Syawal dengan keamanan berbeza dengan sesetengah negara.

Berbeza dengan di negara-negara Islam bergolak seperti Afghanistan, Iraq, Palestin dan Syria, dimana keamanan yang kita rasai sangat jauh bezanya terutama menyambut Aidilfitri.

Suasana yang sama juga berlaku di negara China, di sesetengah provinsi iaitu di Xinjiang. Ada berita melaporkan mereka tidak dibenarkan berpuasa di Ramadhan, malah disuruh makan ketika siang hari. (Berita)

Pun begitu, ada daripada mereka berpuasa secara sembunyi dan bagi mereka, Syawal menandakan mereka menang daripada cabaran dihalang berpuasa.

Muslim di China

Lebih 10 daripada 56 kaum di China beragama Islam. Antara yang paling ramai muslim adalah daripada kaum Hui dan Uighur. Kaum Hui kebiasaannya boleh dijumpai di mana-mana di China terutama di Ningxia dan Yunnan.

Aidilfitri di China 2

Kebanyakan daripada mereka merupakan peniaga dari Laluan Sutera dan kelihatan seperti orang Cina biasa. Manakala Kaum Uighur pula berasal dari Xinjiang dengan karakter seperti orang dari negara Kazakhstan, Takijistan, berbadan besar dan wajah tak nampak kelihatan seperti orang Cina biasa.

Aidilfitri di China

Aidilfitri disambut oleh mereka sama sahaja seperti kita, setelah sebulan berpuasa. Cumanya Kerajaan China mengambil langkah berjaga-jaga dengan memantau orang Islam di China berikutan isu keganasan semasa di seluruh dunia.

Aidilfitri merupakan waktu kerajaan China paling berjaga-jaga kerana umat Islam akan berkumpul.

Di sana, menjelang Aidilfitri, provinsi Xinjiang dan Ningxia diberikan cuti umum bagi menghormati perayaan keagamaan kaum Hui dan Uighur.

Aidilfitri di China 1
Dataran Masjid Id Kah

Sambutan Aidilfitri terbesar di China adalah di Kashgar. Masjid Id Kah dijadikan pusat untuk merayakan Aidilfitri dengan ribuan Muslim berkumpul di sana melaungkan takbir dan juga solat Aidilfitri.

Setelah solat ditunaikan bersama, mereka memulakan jamuan menikmati hidangan yang sangat sedap dan khas sempena Aidilfitri.

Selain daripada di Xinjiang, antara lokasi yang meriah dengan perayaan Aidilfitri adalah di Xining yang terletak di provinsi Qinghai di mana seramai 200,000 muslim akan berkumpul bagi merayakan Aidilfitri.

Keistimewaan di Provinsi Qinghai adalah mereka akan berkumpul di kawasan tanah lapang di sekitar pergunungan untuk mengerjakan solat sunat aidilfitri. Hampir 90% daripada penduduk Qinghai adalah muslim, maka ia lebih memudahkan kerana tidak akan menganggu kesesakan lalu lintas.

Jika di Beijing, solat Aidilfitri dan sambutan biasanya dilaksanakan di Masjid Niujie, iaitu masjid tertua di Beijing dan menjadi simbol kepada Muslim di Beijing. Di sekeliling Masjid Niujie merupakan tempat tinggal orang Islam dan juga Institut Islam China.

Jika anda ada perancangan ingin berhari raya di China, kami sangat sarankan anda ke Beijing dan tinggal di sekitar Masjid Niujie bagi merasai bagaimana Ramadhan disambut, berbuka puasa bersama imam masjid di persekitaran masjid.

Dan menjelang Syawal, pergi solat hari raya Aidilfitri dan alami pengalaman yang berbeza daripada Syawal di Malaysia. Pastu anda akan teruja dan ia boleh menjadi satu pengalaman yang unik dan tidak akan dilupakan.

Suasana solat sunat aidilfitri (Kredit : Asyraf Adzhar)
Scroll to Top