7 Tempat Menarik Di China Ini Akan Buat Anda Ternganga

Home » 7 Tempat Menarik Di China Ini Akan Buat Anda Ternganga

7 Tempat Menarik di China Ini Wajib Pergi!

Travel ke China dan anda akan belajar 1001 perkara mengenai negara ini dan ada banyak tempat menarik di China yang wajib anda lawati!

China, sebuah negara yang sangat besar dengan populasi manusia paling ramai di dunia. Ia juga merupakan sebuah negara yang mempunyai sejarah yang sangat lama.

China juga merupakan negara yang berada di tangga kedua selepas Amerika Syarikat memegang ekonomi dunia. Jika anda mahu travel ke China dan mencari lokasi yang sangat best, baca artikel ini.

Artikel ini mengumpul 7 negeri atau bandar yang anda mahu lawati jika ke China. Pun begitu selain daripada 7  tempat menarik di china yang kami nyatakan dalam artikel ini, banyak lagi lokasi-lokasi lain yang boleh dilawati dan juga sangat menarik.

7 tempat menarik di China adalah antara yang mainstream dan jika tidak ke China, tidak sah jika ke tidak ke 7 “tempat menarik di china” ini.

#1 Beijing – Bandar Menggabungkan Kerajaan Lama dan Moden

Sebut saja Beijing, kita akan teringatkan filem-filem klasik cina. File kungfu yang mana menayangkan kecantikan Forbidden City, Temple of Heaven, Great Wall dan Summer Palace.

Selama 700 tahun Beijing merupakan ibu negara China sehinggalah hari ini. Beijing kaya dengan gabungan sejarah dan kebudayaan klasik dan moden.

Forbidden City Beijing
Forbidden City Beijing

Bayangkan, istana maharaja, di sekelilingnya terdapat bangunan-bangunan moden dan gabungan ini sangat mengujakan. Disenaraikan kembali lokasi-lokasi yang wajib anda pergi jika melawat Beijing :

1. Great Wall

2. Forbidden City

3. Temple of Heaven

4. Tian’anmen Square

5. Summer Palace

6. 798 Art District

7. Beijing Central Business District

Beijing mempunyai sejarah yang sangat hebat dan sehingga hari ini masih mengekalkan kehebatannya. Di Beijing juga anda boleh melawat Bandar Olimpik iaitu lokasi bagi temasya sukan paling beprestij dunia, Olimpik pada 2008.

Beijing, ternyata bagi kami sangat mengagumkan dan menyeronokkan jika anda ke sana dan explore sendiri kota yang tersirat 1001 sejarah dan kebudayaan.

Jika anda ke Beijing, jangan lupa untuk ke NiuJie untuk menikmati Peking Duck, iaitu itik panggang yang sangat unik rasanya.

#2 Xi’an – Kota Tamadun Lama China

Lokasi kedua merupakan Xi’an. Xi’an merupakan ibu negara pertama pada abad 221 iaitu semasa Dinasti Qin memerintah. Xi’an juga menjadi ibu negara semasa pemerintahan Dinasti Han pada abad 206 – 220. Pada abad 618 – 907, Xi’an dijadikan ibu negara di bawah pemerintahan Dinasti Tang.

Jika anda ke Xi’an, anda akan terpegun dengan jumlah lokasi bersejarah yang sangat banyak dan besar. Lokasi bersejarah yang paling epik adalah Terracotta Army (calon keajaiban dunia), Buddhist Pagoda, Great Mosque, Ancient City Wall dan Muzium Banpo.

Terracotta Army Xi'an
Terracotta Army Xi’an

Jika anda pernah dengar ‘Laluan Sutera’ maka ketahuilah Xi’an adalah permulaan kepada laluan yang sangat bernilai itu. Laluan Sutera memainkan peranan sangat penting pada masa lalu menghubungkan Asia dan Eropah.

Ia membantu pertukaran ekonimi dan budaya ketika itu.

Di Xi’an, jumlah muslim juga agak ramai dan jika anda ke The Great Mosque, anda akan ke satu lokasi yang dipanggil 回民街 (hui min jie) yang bermaksud Jalan Kaum Hui.

Kaum Hui merupakan salah satu kaum minoriti di China dengan majoritinya merupakan penganut islam. Jika anda ke 回民街, jangan lupa untuk makan makanan cina yang halal dan sedap terutamanya 羊肉串,泡沫 dan lain-lain.

#3 Shanghai – Bandar Paling Maju Di China

Shanghai merupakan bandar terbesar di China. Bandar Shanghai merupakan antara bandar yang termaju di dunia. Ia juga merupakan bandar yang mendahului dari segi ekonomi dan bisnes.

Pemodenan Shanghai boleh dilihat daripada jumlah bangunan-bangunan tinggi mereka dan juga pengangkutan awam yang sangat efisen.

Shanghai
Shanghai

Tidak seperti Beijing, Shanghai tidaklah mempunyai lokasi klasik yang banyak. Namun di Shanghai masih ada lokasi seperti Yuyuan Garden, Jade Buddha Temple dan Huangpu River Cruise.

Tapi jika ke Shanghai, kami suka berkunjung ke The Bund, Shanghai Oriental Tower dan merasai kemajuan banda Shanghai itu sendiri.

Jika anda ke Shanghai, cubalah DimSum yang sangat terkenal sebagai makanan mereka.

#4 Guilin – Pemandangan Pada Wang 20  (yuan)

Terkenal dengan batu kapur dan bukit bakau, Guilin diakui merupakan salah satu daripada lokasi dengan pemandangan yang tercantik di dunia.

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon pernah ke sana dan mengeluarkan kenyataan “Saya telah melawat lebih daripada 8 negara dan lebih 100 bandar. Saya rasa tiada bandar yang boleh menandingi Guilin”.

Guilin
Guilin

Lokasi paling epik untuk dilawati di Guilin adalah Sungai Li, Yangshuo dan Longji Terraced Fields. Jika anda memiliki wang China, iaitu renminbi yang bernilai 1 yuan, anda akan lihat 1 pemandangan berupa sungai. Ia merupakan Sungai Li di Guilin.

Guilin berada di selatan China.

#5 Hangzhou – Ibarat Syurga Dunia

Terdapat satu pepatah China yang sangat terkenal, “Di langit ada syurga, di bawa ada Hangzhou dan Suzhou”. Pepatah ini ingin mengutarakan betapa cantiknya pemandangan di Hangzhou dan Suzhou.

West Lake Hangzhou
West Lake Hangzhou

Jika anda ke sana, lawatlag West Lake, Lingyin Temple dan Six Harmonies Pagoda. Pemandangan yang anda akan dapat lihat adalah tasik, taman, tokong, rumah teh dan bukit bakau yang sangat mengagumkan.

Di sana juga anda boleh melihat dan belajar cara membuat teh secara tradisional.

#6 Chengdu – Rumah Panda Terbesar

Chengdu terletak di Sichuan, merupakan kampung halaman kepada Panda. Di sana terletaknya Pusat Kajian dan Pembiakan Panda.

Panda Chengdu
Panda Chengdu

Selain daripada itu, anda boleh melawat lokasi bersejarah seperti Sanxingdui Ruins Museum, Qingyang Palace, Wide and Narrow Alleys dan Jinli Old Street.

Chengdu sangat terkenal dengan makanan Sichuan seperti ayam Kong Pao dan hotpot.

#7 Lhasa – Ibu Negeri Tibet

Bagi kami, jika anda pernah ke Lhasa maka anda ke salah satu lokasi yang rare untuk dilawati. Ia merupakan ibu negeri Tibet, merupakan tanah paling tinggi di dunia merupakan idaman setiap traveller jika ke China.

Potala Palace Lhasa
Potala Palace Lhasa

Lhasa adalah pusat agama dan budaya. Lhasa dalam bahasa Tibet bermaksud “Rumah Tuhan”. Di sana anda boleh melawat lokasi bersejarah agama Budha seperti Potala Palace, Jokhang Temple, Drepung Monastery, Sera Monastery dan Norbulingka.

Dari Lhasa anda boleh ke Lake Namtso kemudia ke Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia.

Kesimpulan

Untuk travel ke China dan pergi ke tempat menarik di china, persiapan yang betul sangat diperlukan kerana cabaran daripada segi bahasa, makanan halal dan lain-lain.

tempat menarik di china

Jadi sebelum anda travel ke China, buat kajian mendalam terlebih dahulu dan Limau Mandarin akan cuba mendapatkan informasi lengkap sebelum anda ke negara Tembok Besar ini.

Ketujuh-tujuh lokasi ini adalah lokasi yang paling asas jika anda mahu susun intinerari ke China. Terdapat banyak lagi negeri dan bandar yang menarik tempatnya.

Antaranya seperti :

1. Harbin

2. Suzhou

3. Macao

4. Yunnan

5. Lanzhou

6. Xinjiang

Dan lain-lain. Semua bandar dan negeri ini akan kami kupas satu persatu untuk bacaan anda sebelum anda travel ke China.

Scroll to Top