Beijing Dan 6 Lokasi Yang Sangat Rare!

Home » Beijing Dan 6 Lokasi Yang Sangat Rare!

Apabila kita sebut mengenai Beijing, yang terlintas dalam kepala adalah Kota Larangan (baca Forbidden City), Tembok Besar, shopping di kedai teh kedai mutiara dan kedai sutera.

Betul, ramai yang ke Beijing hanya bertujuan untuk melawat tempat bersejarah, bersesakan dengan orang lain semata-mata hanya untuk mengambil gambar pagar Kota Larangan, tunjuk peace di atas Great Wall yang mainstream.

Apa kata kali ini, kita beralih arah, pergi melihat Beijing dari kaca mata yang berbeza. Jika anda tidak suka kepada kebiasaan, maka senarai ini memang untuk anda! Serius, jika anda buat 6 perkara ini, memang rare lah.

Lepak Di Restoran Atas Bumbung Menghadap Kota Larangan

Kota Larangan dan Istana Raja sangat besar mencecah hampir 8 juta kaki dan memang sangat memenatkan untuk berjalan ke setiap penjuru. Jika anda nak melihat tempat itu daripada tempat yang tinggi terutama pada waktu malam, carilah restoran atas bumbung yang menghadap kota larangan itu.

Kebanyakannya mungkin adalah bar namun panorama yang boleh didapati memang sangat mengancam. Anda boleh order minuman ringan sahaja.

Tunggang Basikal 3 Seat di Tasik Houhai

Tasik Houhai merupakan lokasi paling hipster di Beijing. Tapi hipster dia adalah hipster yang sangat klasik bertemakan tasik dan bangunan cina lama.

Di bangunan-bangunan tersebut terdapat restoran, cafe, bar dan butik. Paling rare adalah Starbucks di situ. Rekaan klasik dan moden menjadikkan Starbucks itu sangat unik.

Houhai
Kredit : SquareSpace

Untuk mengelilingi tasik itu memang agak memenatkan. Jadi, sewa basikal 3 seat dan tungganglah bersama kawan mengelilingi tasik. Ia sangat menyeronokkan.

Basikal itu dikatakan dicipta sejak dari zaman Presiden Mao lagi. Jadi, jangan lepaskan peluang menunggang bersama kawan.

Masak Dumpling Bersama Orang Tempatan

Dumpling, sedap dia tak payah cakap, memang sangat sedap. Tambah lagi yang berintikan kambing, dicicah dengan cili cina dan kicap mereka.

Untuk membuat dumpling, apa yang paling mencabar adalah untuk membuat doh dumpling itu sendiri. Terdapat agensi yang menawarkan trip untuk belajar buat dumpling.

Belajar membuat dumpling bermaksud anda sedang belajar membuat makanan tradisional Cina malah boleh bergaul dengan orang tempatan, peluang yang baik untuk networking.

Karaoke

Apa beza karaoke di China dengan di Malaysia? Di sana, untuk mencari karaoke anda tidak perlu bertutur bahasa Mandarin. Cukup dengan menyebut KTV, mereka akan tunjukkan di mana lokasi karaoke yang best.

Biasanya karaoke di sana, apabila anda buat bayaran, anda akan dibawa ke bilik karaoke bersama peralatan karaoke, makanan dan minuman.

Terdapat KTV yang mengenakan caj tambahan untuk makanan dan minuman yang disediakan.

Makanan Jalanan Unik

Pernah tengok kala jengking bakar? Atau kuda laut bakar? Oh dan zakar kambing bakar? Bunyi menggelikan kan? Di Beijing, berdekatan dengan Kota Larangan iaitu di kawasan WangFujing terdapat gerai-gerai seperti pasar malam menjual makanan-makanan pelik.

Makanan Pelik
Kredit : Tour-Beijing

Selain daripada kala jengking, kuda bakar, zakar kambing, terdapat juga ulat bakar, tapak sulaiman bakar malah ular bakar!

Tembok Besar Rare

Tembok Besar China memang besar dan sangat panjang. Kebanyakan daripada pelancong ke Tembok Besar yang sudah dibaikpulih. Jadi keadaan tembok besar tersebut agak baik.

Jika anda ke Simatai-Jinshanling, anda boleh melihat tembok besar yang ditinggalkan. Tembok besar tersebut dalam keadaan pecah-pecah dan pendakian yang berhati-hati diperlukan.

Tembok Besar China
Kredit : JimmyChin

Selain daripada tembok besar lama, anda juga boleh melawat lokasi-lokasi pergunungan yang sangat mengasyikkan!

Kesimpulan

Travel ke Beijing bukan sekadar melihat tempat yang mainstream. Masih banyak lagi lokasi yang sangat cantik, malah tak ramai orang ke lokasi-lokasi tersebut.

Bagi kami, travel yang best adalah ke tempat yang lain daripada orang lain. Apa kata anda pula?

Scroll to Top