Taiwan dan China ; Apa Bezanya?

Home » Taiwan dan China ; Apa Bezanya?

Taiwan dan China. Tidak asing bagi kita orang Asia, kita tahu Taiwan dan China adalah 2 entiti berbeza tapi keduanya berkait rapat antara satu sama lain. Jika anda tertanya-tanya apakah perbezaan antara 2 negara ini, jom kami bezakan Taiwan dan China untuk anda.

Bendera China
Bendera China

Nama Taiwan dan China

Taiwan ketika era penjajahan dikenali sebagai Formosa, satu nama yang diberikan kepada pulau tersebut (Taiwan adalah sebuah pulau) oleh seorang kelasi Portugis yang selalunya dipanggil “Ilha Formosa” yang bermaksud pulau cantik.

Nama rasmi Taiwan sebenarnya ialah Republic of China. Jika anda lihat pada akhbar Taiwan ditulis Taiwan (ROC) ataupun Republic of China (Taiwan).

Bendera Taiwan
Bendera Taiwan

China pula dikenali sebagai China atau Tanah Besar China (Mainland China) dengan nama rasmi, People’s Republic of China. Lebih mudah untuk anda bezakan kedua negara ini dengan menggunakan “Taiwan dan China” sahaja tanpa nama rasmi kedua-dua negara ini.

Namun jika melibatkan tugas rasmi, pastikan anda gunakan nama rasmi negara ini.

Bahasa Taiwan dan China

Bahasa Mandarin merupakan bahasa rasmi Taiwan sejak 1945 walaupun 70% daripada bahasa komunikasi harian orang Taiwan merupakan Hokkien.

Slang lain yang ramai juga gunakan adalah Hakka dan terdapat bahasa lain yang digunakan oleh orang asli Taiwan. Tulisan yang digunakan di Taiwan adalah karakter tradisional.

Karakter Cina

Di China, Bahasa rasmi mereka adalah Bahasa Mandarin. Di China terdapat 56 kaum yang mana 1 kaum adalah kaum majoriti iaitu kaum Han dan 55 kaum lagi adalah kaum minoriti jadi bahasa yang dituturkan juga sangat banyak di sana. Pun begitu, jumlah kaum Han ramai menjadikan Mandarin adalah bahasa paling banyak digunakan setiap hari.

Di China, karakter mudah digunakan. Ia diperkenal pada 1950-an untuk menggalakkan dan memudahkan lebih ramai rakyat China untuk mempunyai pendidikan.

Budaya Taiwan dan China

Orang Taiwan juga merupakan Orang China pada dahulu kala dan perayaan mereka dan orang China sama sahaja, termasuklah orang Cina di seluruh dunia.

Persepsi Dunia Terhadap Taiwan

Dulu dunia melihat Taiwan sebagai pengeluar barang murah, namun hari ini Taiwan dianggap sebagai salah satu pengeluar barang elektronik terutama komputer dan komponennya yang sangat hebat. Dahulu dianggap sebagai negara kilang sahaja, hari ini Taiwan dilihat salah satu negara yang semakin maju.

Taiwan juga menjadi salah satu destinasi pelancongan pilihan dan juga jika anda ke sana, jangan lupa untuk melihat menara Taipei 101.

Pemandangan Taipei
Pemandangan Taipei

Persepsi Dunia Terhadap China

Tidak asing lagi dengan “Made in China”, masih ramai melihat produk keluaran China tidak berkualiti dengan tenaga buruh yang murah. Sebenarnya, pada mata bisnes besar seperti Apple mahupun Samsung, China dilihat sebagai negara yang mempunyai tenaga buruh dengan skil yang sangat bagus walaupun murah. Dan hari ini, banyak produk yang tinggi kualitinya terutama mesin-mesin besar dan elektronik dibuat di China.

Pun begitu, masa yang perlu diambil oleh China untuk mengubah persepsi mungkin seperti Taiwan, panjang.

China, terlalu banyak dengan tinggalan binaan zaman Maharaja termasuklah Tembok Besar China, Kota Larangan dan lain-lain yang menarik minat para pelancong untuk ke sana di samping pemodenan yang sedang rancak berjalan.

Pemandangan Beijing

Melancong ke China dan Taiwan

Nak pergi yang mana satu? Bagi kami, pergilah keduanya dan alami 2 pengalaman berbeza. Lain tempat lain orangnya. Yang pasti, kedua negara mempunya makanan yang sangat sedap dan kalau kami ke sana, kami akan buat food hunting!

Scroll to Top