5 Fakta Menarik Mengenai Kota Larangan

Home » 5 Fakta Menarik Mengenai Kota Larangan

Kota Larangan (Forbidden City) adalah salah satu tempat destinasi yang wajib pergi kepada sesiapa yang ingin melancong ke Bandar Beijing (9 tempat menarik di Beijing).

Kota Larangan Destinasi Wajib Pergi

Sebelum anda ke melancong ke sana kami ingin kongsikan fakta ringkas dan mudah mengenai Kota Larangan ini. Terdapat 5 fakta menarik mengenai Forbidden City ini.

Bilik

Cerita rakyat mengatakan jumlah bilik di Forbidden City adalah sebanyak 9999 buah. Kenapa tidak 10 000? Ini kerana orang dahulu mempercayai angka “10 000” buah bilik hanya layak kepada “Dewa Syurga” sahaja.

Namun jumlah bilik sebenar  yang dikira oleh pakar adalah hanya mempunyai 8707 buah bilik. Bilangan ini termasuk dewan, bilik kecil dan besar, menara dan lain-lain lagi. Jumlah bilik 9999 adalah cerita lagenda semata-mata.

Peta Kota Larangan
Peta Kota Larangan

Pelawat

Setiap tahun Forbidden City ini mempunyai lebih dari 14 juta pelancong yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

Malah, pada tahun 1987 UNESCO juga telah mewartakan Kota Larangan sebagai “World Herritage Site” dan mempunyai koleksi terbesar struktur kayu purba yang dipelihara di dunia.

Jangan lupa untuk melawat ke Forbidden City ini kalau anda ke Beijing!

Kota Larangan sentiasa penuh dengan pengunjung
Kota Larangan sentiasa penuh dengan pengunjung

Kuning

Hampir setiap bangunan di Kota Larangan mempunyai bumbung berwarna kuning.

Hal ini kerana, pada waktu dulu, kuning adalah warna rasmi untuk Maharaja.

kekuningan kota larangan
kredit gambar : www.nipic.com

Patung

Setiap penjuru bumbung bilik atau dewan akan dihiasi dengan patung.

Makin banyak patung di sesuatu bilik, makin tinggi taraf bilik tersebut. Paling tinggi jumlah patung adalah di  “Hall of Supreme Harmony” yang mempunyai 10 patung.

Simbol taraf sesebuah bilik (Kredit: Slideshare)

“Rumah Maharaja”

Forbidden City menjadi rumah kepada 24 maharaja selama 491 tahun, dari 1420 hinggalah tahun 1911. Selepas “penyingkiran” maharaja terakhir (Puyi) pada tahun 1911, Puyi dan keluarganya tinggal di ‘Fasting Palace’ di dalam kompleks ini sehingga tahun 1924. Kemudian mereka terpaksa meninggalkan Forbidden City ini dan dibuka kepada orang ramai.

Pemerintahan Maharaja

Sumbangan artikel daripada Sheikh Faisol, Alumni Pelajar Program Bahasa Mandarin ke Beijing Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Scroll to Top