9 Tempat Menarik Di Beijing Yang Wajib Anda Lawati

cycling in Beijing

Tempat Menarik Di Beijing Dan Nilainya

Terus terang kami cakap, terlalu banyak tempat menarik di Beijing yang wajib dilawati. Melancong ke Beijing merupakan salah satu pengalaman yang mengujakan buat mereka yang pertama kali pergi ke sana. Malah mungkin untuk mereka yang kali kedua dan seterusnya.

Beijing merupakan salah satu lokasi yang paling ramai pengunjungnya di dunia. Setiap tahun, jutaan manusia ke Beijing (ibu negara China). Ia merupakan sebuah banda metropolitan yang menggabungkan bangunan lama dan bangunan baru.

Terdapat banyak lokasi pelancongan yang sesuai untuk semua kategori pelancong. Sama ada anda merupakan backpacker, pelancong atau hanya sekadar bersiar-siar, Beijing sangatlah sesuai untuk anda.

pakej-beijing
Atau Klik Sini untuk Whatsapp

Cuma apa yang diperlukan adalah stamina yang kuat untuk anda berjalan jauh. Jika anda tidak mahu berjalan kaki, sewa basikal, teksi dan pengangkutan awam juga boleh menjadi pilihan.

Pun begitu, lokasi pelancongan juga mempunyai saiz yang sangat besar untuk anda berjalan. Jadi, nak taknak, pastikan anda mempunyai stamina yang tinggi, kesihatan yang baik sebelum ke Beijing.

Jika anda ke Beijing untuk tempoh yang lama, ambil masa untuk ke tempat-tempat yang disenaraikan. Jika anda ke sana untuk tempoh masa yang pendek, pastikan anda ke tempat-tempat menarik di Beijing ini.

Tempat menarik di Beijing hampir semuanya mempunyai nilai sejarah, budaya dan tamadun China lama yang dikekalkan sehingga hari ini.

Forbidden City

Forbidden City atau Kota Larangan adalah yang pertama dalam kebanyakan senarai. Ia merupakan lokasi paling jelas mengenai sejarah China dan Mahajara.

Kota Larangan  dibina pada 1402 dan 1420 dengan mempunyai sebanyak 9,000 bilik. Kota Larangan mempunyai keluasan 250 ekar. Ia pernah dibakar kemudian dibaiki dan dibaikpulih.

Forbidden City Beijing

Senibina Forbidden City adalah senibina semasa Dinasti Qing pada abad ke 18. Jika anda mahu berjalan ke seluruh kawasan, anda perlukan stamina yang tinggi dan kasut yang selesa untuk berjalan.

Bagaimana mahu ke Forbidden City?

Forbidden City boleh diakses  dengan bas atau subway. Tiket masuk ke dalam Forbidden City adalah sebanyak 60 yuan. Forbidden City dibuka pada pukul 8:30 pagi hingga 5:00 petang.

pakej-beijing
Atau Klik Sini untuk Whatsapp

Tian’anmen Square

Jika anda seorang yang suka pada sejarah, maka Tian’anmen Square adalah yang kedua selepas Forbidden City. Pada tahun 1989 demonstrasi yang sangat besar diadakan di sana dan kerajaan ketika itu mengambil langkah menggunakan tentera membunuh hampir beratus demonstran.

Jumlah kematian ketika itu dianggarkan hampir mencecah ribuan. Tian’anmen Square menjadi simbol yang sangat kuat kepada keberanian para demonstran melawan kerajaan ketika itu.

Tian'anmen Square Beijing

Tian’anmen terletak bertentangan dengan Forbidden City.

Di sekitar Tian’anmen Square terletaknya Great Hall of the People, Monument to the People’s Heroes dan Chairman Mao’s Mausoleum.

Setiap hari pada waktu pagi akan dinaikkan bendera dan pada waktu senja akan diturunkan bendera kebangsaan China.

Tiada bayaran dikenakan untuk ke Tian’anmen Square namun anda perlu melalui sekuriti yang akan memeriksa barangan anda sebelum memasukinya.

Tembok Besar Badaling, Juyongguan, Mutianyu, Simatai dan Jinshangling

tembok besar

Jika ke Beijing, tidak sah sekiranya anda tidak ke Tembok Besar! Tembok Besar sepanjang 600 kilometer mempunyai 8 seksyen yang dibaikpulih seperti :

1. Badaling

2. Juyongguan

3. Huanghuacheng

4. Jiankou

5. Mutianyu

6. Gubeikou

7. Jinshanling

8. Simatai

Tiap seksyen great wall mempunyai caj yang berbeza. Great Wall yang mudah untuk anda pergi adalah Badaling. Pastikan anda berkasut yang selesa, berkaca mata hitam dan air.

pakej-beijing
Atau Klik Sini untuk Whatsapp

Summer Palace

Summer Palace Beijing

Taman dan istana musim panas ini adalah tempat maharaja beristirehat. Taman ini mempunyai keluasan sebesar 290 ekar. Di sini anda boleh tengok beberapa temple, istana dan pemandangan yang cantik (jika udara bersih).

Tiket masuk adalah sebanyar 40 yuan pada waktu biasa dan 50 yuan pada waktu peak.

Temple of Heaven

Temple of Heaven adalah salah satu tarikan yang sangat menarik. Ia merupakan lokasi paling suci untuk hampir 5 abad. Ia merupakan lokasi di mana pengorbanan dilaksanakan dan digunakan oleh maharaja dinasti Ming dan Qing.

Temple of Heaven Beijing

Jika anda ke sana pagi dan petang, anda boleh melihat jumlah orang yang ramai sedang bersenam, sedang melakukan taichi dan sebagainya.

Tiket masuk adalah sebanyak 35 yuan.

pakej-beijing
Atau Klik Sini untuk Whatsapp

Beihai & Houhai

Jika anda ingin melihat permandangan tasik dalam bandar makan Houhai Lake dan Beihai Park adalah lokasi yang terbaik.

Beihai Park Beijing

Beijing Olympics Village

Pada tahun 2008 diadakan temasya sukan paling berprestij di dunia iaitu Sukan Olimpik di Beijing. Kerajaan Beijing telah membina Olympic Village.

Di situ terdapat Bird Nest Stadium dan Water Cube yang rekaannya sangat cantik!

Beijing Olympics Stadium

798 Art Zone

798 Art Zone merupakan zon seni yang sangat unik. Daripada patung yang pelik, gerabak kereta api lama sehinggalah grafiti dinding yang kreatif.

Ia sebenarnya merupakan kilang ketenteraan lama kemudiannya dijadikan sebagai zon kesenian.

Tiada tiket masuk dikenakan.

798 Art Zone Beijing

Klik Sini untuk dapatkan harga pakej travel muslim ke Beijing yang berbaloi dan memudahkan perjalanan anda!

Kesimpulan

Senarai ini tidak terhad kepada 9 lokasi sahaja. Masih terdapat lagi lokasi-lokasi lain seperti Lama Temple, Old Summer Palace, CBD dan lain-lain.

Apa yang diperlukan adalah kajian dan usaha untuk mencari lokasi-lokasi lain. Jika anda ke Beijing, pergilah ke 9 tempat menarik di Beijing ini dan kongsikan pengalaman anda!

Tempat Menarik Di Beijing

5 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila Tulis Komen Anda!
Masukkan Nama Di Sini