8 Makanan China Utama di China

Home » 8 Makanan China Utama di China

Jom kenali 8 makanan china utama di China.

Pengenalan Makanan China Utama

Makanan orang Cina sangat terkenal di seluruh dunia dengan populasi orang Cina (dari Tanah Besar mahupun dari negara lain) yang sangat ramai di dunia. Pun begitu, makanan negara China yang utama ada 8 dan dalam artikel ini akan kami kupas satu persatu.

Makanan orang Cina di Malaysia, Singapura dan Indonesia adalah makanan yang biasa dimakan oleh orang Cina bahagian selatan China terutama dari Fujian dengan berlakunya imigrasi besar-besaran dahulu oleh orang China dari sana.

Jadi rasa makanan Cina di Asia Tenggara adalah rasa yang authentic, berbeza dengan makanan orang Cina di negara-negara barat, rasa makanan Cina merangkumi rasa yang berbeza-beza dan ada yang mengikut tekak orang di sana.

Rasa yang berbeza-beza adalah disebabkan gabungan 8 jenis makanan China utama yang akan ditulis dalam artikel ini.

Kenapa ada 8 jenis masakan? Ia kerana perbezaan iklim sesuatu tempat, pertanian termpat tersebut dan banyak faktor lain yang mempengaruhi perbezaan antara 8 jenis makanan China utama ini.

makanan panggang china

Masakan Kantonis (Masakan Yue)

Masakan Kantonis berasal dari wilayang Guangdong. Kebanyakan masakan dan makanan digoreng atau dikukus. Disebabkan Guangdong merupakan lokasi di tepi laut, kebanyakan makanan adalah daripada makanan laut seperti ikan, udang dan sotong berbanding daging lembu atau ayam.

Pun begitu mereka makan hampir semua jenis binatang termasuk katak, siput dan lain-lain.

Orang China sendiri mempunyai kata-kata yang terkenal mengenai orang Guangdong iaitu ” 广东人有三不吃:天上飞的不吃飞机;水里游的不吃潜艇;陆上跑的不吃汽车” yang bermaksud :

3 perkara orang guangdong tidak makan : kapal terbang yang terbang di langit;kapal selam yang di dalam air;kereta yang bergerak di darat.

Maksudnya, orang Guangdong makan apa saja binatang yang terbang, berenang dan berlari.

Masakan Guangdong yang terkenal adalah Char Siu yang menggunakan madu, 5 herba, tauhu, sos tiram dan sos hoisin dihidang bersama mee atau nasi. Rasa masam manis masakan juga merupakan pati kepada masakan mereka dengan menggunakan cuka, plum kering dan buah beri.

Oh, tidak dilupakan, makanan Kantonis paling terkenal adalah dim sum mereka. Dim Sum biasanya dikukus dan ia termasuklah pau, dumpling, dan sebagainya.

dim-sum

Masakan Sichuan (Masakan Chuan)

Masakan Sichuan berasal dari wilayah Sichuan. Rasanya? Pedas dan berminyak. Rahsia resepi makanan Sichuan adalah dengan menggunakan bawang, cili api dan paling penting Cili Mala. Satu lagi adalah paste pedas yang dibuat daripada kacang yang diperam, soya dan herba lain.

Makanan paling terkenal Sichuan adalah Ayam Kung Pao yang mana ayam digoreng bersama sayur, kacang, cuka dan sos tiram.Manakala Mapo Tofu pula dihidangkan bersama cili dan sos kacang hitam dan daging cincang.

Sichuan juga terkenal dengan Hot Pot, dihidang apabila makan bersama kawan atau keluarga.

Masakan JiangSu (Masakan Su)

Masakan JiangSu berasal dari wilayang Jiangsu, yang juga merupakan wilayah tepi laut. Jiangsu juga digelar 渔米之乡 yang bermaksud Tempat ikan dan nasi. Di sini anda boleh lihat makanan mereka adalah berdasarkan ikan segar dan makanan laut.

Makanan paling terkenal mereka adalah 狮子头, shi zi tou yang bermaksud kepala singa iaitu bebola daging yang direbus bersama sayur. Manakala di Nanjing, itik asin kering dan nasi goreng Yangzhou adalah makanan yang sangat terkenal.

nasi goreng cina

Masakan Hunan (Masakan Xiang)

Masakan Hunan dilihat masakan yang sangat berwarna warni dengan rasanya yang pedas. Jika di Sichuan, cili Mala digunakan maka di Hunan masakan mereka terkenal dengan penggunaan cili api sahaja. Namun mereka mempunyai persamaan iaitu, berminyak.

Makanan terkenal masakan Hunan ialah Ayam Dong’an, iaitu ayam yang direbus bersama cili, cuka beras, halia kemudian dihidang sejuk. Oh, Mao Ze Dong berasal dari sini dan ada makanan yang dinamakan sempena beliau.

Masakan Zhejiang (Masakan Zhe)

Tidak sama seperti Jiangsu, walaupun wilayah Zhejiang juga berada di tepi laut, makanan mereka dihidangkan dengan rasa yang tidak terlalu kuat.

Kebanyakan makanan mereka dimasak dengan api yang perlahan dalam clay pot.

Masakan Anhui (Masakan Hui)

Masakan Anhui adalah dari wilayah Anhui dan ia dilihat antara masakan yang sangat ringkas dengan menggunakan herba liar dari hutan dan sungai. Rasa masakan Anhui tidak terlalu kuat.

makanan china 2

Masakan Fujian (Masakan Min)

Masakan Fujian berasal dari wilayah Fujian yang merupakan wilayah di tepi laut tetapi dengan 63% hutan. Daripada situ, ikan dan makanan laut dimakan bersama cendawan dan pucuk buluh.

Ramai orang Fujian berpindah ke Malaysia, Singapura dan Taiwan dan membawa pengaruh masakan orang Fujian ke negara-negara tersebut. Sup dan rebusan adalah masakan utama orang Fujian.

Masakan terkenal mereka adalah telur dadar tiram, Bak Kut Teh yang mana anda boleh jumpa makanan-makanan ini di Malaysia dengan mudah.

Masakan Shandong (Masakan Lu)

Shandong merupakan wilayah di utara dan sangat terkenal dengan cara masakan panggang. Makanan mereka biasanya adalah roti dan mee serta mempengaruhi gaya makan dan masakan di bahagian utara China termasuk Beijing.

Makanan terkenal mereka adalah Mu Xi Rou yang dimasak bersama cendawan telinga dan timun.

kambing panggang

Masakan Lain-Lain

Masakan Yunnan berasal dari Yunnan manakala Masakan Uyghur berasal dari Xinjiang dan terkenal dengan kambing panggang mereka.

Makanan halal boleh dijumpai di China dengan mudah dan biasanya mereka hidangkan masakan yang menggunakan daging kambing.

Jangan risau jika mahu ke Beijing, anda boleh gunakan pakej kami jika mahu ke sana dengan hati yang tenang dan makanan dijamin halal.

Scroll to Top