7 Tips Kurangkan Rasa Jetlag Ketika Travel Ke Luar Negara

Jetlag tidak asing lagi bagi anda kaki travel. Pasti anda pernah mengalami ‘jetlag’ bukan? Jetlag terjadi apabila anda melakukan penerbangan jarak jauh yang melintasi zon waktu yang berbeza. Tubuh badan kita mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan waktu yang baru.

Jetlag atau Desynchronosis adalah salah satu keadaan apabila anda mengalami rasa penat, insomnia, kehilangan nafsu makan, hati gelisah dan berasa pening. Bagi wanita pula, jetlag juga akan menganggu kitaran haid wanita.

Kira-kira 90% dari mereka yang travel ke luar dari zon masa mengalami masalah ini.

Artikel ini sangat berguna apabila anda ingin melancong ke luar Negara. Tambahan pula, kita semua akan menunaikan Haji dan Umrah satu ketika nanti. Jika anda mengalami jetlag pastinya segala rancangan anda apabila sampai ke destinasi terganggu.

Kami Senaraikan 7 Tips Untuk Kurangkan Rasa Jetlag Ketika Travel

jetlag
kredit: Google

#1 Rehat Secukupnya Sebelum Berangkat

Cuba rehatkan badan dengan secukupnya agar tidak terkena jetlag ketika sampai nanti. Rehatkan badan sekurang-kurangnya seminggu sebelum berangkat. Kurangkan melakukan aktiviti berat dan tenangkan fikiran.

#2 Pilih Penerbangan Malam

kredit: Google

Perjalanan jauh menaiki kapal terbang adalah sangat baik jika waktu malam. Anda akan cepat merasa bosan dan akan terus tidur selama perjalanan. Badan anda juga akan mendapat rehat yang sangat cukup di atas kapal terbang.

#3 Kurangkan Pengambilan Kopi / kafein

Minuman yang mengandungi kafein akan merosakkan jam tidur anda. Anda akan terus berjaga dan mengalami kesulitan ketika waktu harus tidur. Minum kopi setelah sampai ke destinasi adalah lebih baik untuk tenangkan fikiran.

#4 Banyak Minum Air Kosong

jetlag minum air
kredit : Google

Ketika melakukan perjalanan jauh, badan kita mungkin mengalami masalah dehidrasi. Ini disebabkan suhu penghawa dingin dalam kapal terbang sangat tinggi. Seseorang yang mengalami dehidrasi akan mudah mengalami tekana atau stress dan akan mudah terkena jetlag.

Jangan takut untuk minum lebih air kerana tandas dalam kapal terbang sangat selesa dan bersih. Bila lagi nak guna tandas kapal terbang? Kita bayar untuk tandas sekali tau.

#5 Banyak Lakukan Aktiviti Luar

Setelah sampai di tempat yang dituju, anda di nasihatkan agar terus melakukan aktiviti dan jangan baring untuk berehat ‘sekejap’. Berjalan dan ambil angin di luar. Pastikan badan anda terkena cahaya matahari. Ini dapat membantu otak dan badan anda mendapat signal untuk menyesuaikan diri dengan tempat yang baru. Sekaligus mengurangkan rasa jetlag.

#6 Lakukan Regangan Dalam Pesawat

jetlag, regangan badan
kredit : Google

Jika anda menaiki pesawat lebih dari 4 jam, cubalah berjalan ke tandas dan melakukan sedikit regangan otot. Ini membantu anda mengurangkan masalah jetlag ketika sampai ke destinasi.

Lakukan regangan bermula dari kepala hingga kaki.

#7 Makan Dengan Baik

jetlag kena makanBila tiba waktu makan pastikan anda makan dengan selera. Jangan layan perasan rindu rumah, rindu cucu dan sebagainya. Cuba nikmati makanan yang sedap di atas kapal terbang. Bukan selalu kita dapat makan di atas kapal terbang tengan ketinggian beribu-ribu meter.

Sebaiknya, kurangkan makanan pedas untuk mengelakkan masalah keluar masuk tandas.

Kesimpulan

Diharapkan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda ketika travel nanti. Jika anda ada sebarang tips dan cadangan boleh maklumkan di page facebook limaumandarin.com.

Comments

comments

何赞 (hézàn) berasal dari Pulau Pinang dan menetap di negeri Kedah. Merupakan graduan dari Beijing Language and Culture University BLCU 2011/2016. Kini melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma pendidikan lepasan ijazah di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, kedah.