Kota Larangan (Forbidden City) adalah salah satu tempat destinasi yang wajib pergi kepada sesiapa yang ingin melancong ke Bandar Beijing (9 tempat menarik di Beijing).
Kota Larangan Destinasi Wajib Pergi
Sebelum anda ke melancong ke sana kami ingin kongsikan fakta ringkas dan mudah mengenai Kota Larangan ini. Terdapat 5 fakta menarik mengenai Forbidden City ini.
Bilik
Cerita rakyat mengatakan jumlah bilik di Forbidden City adalah sebanyak 9999 buah. Kenapa tidak 10 000? Ini kerana orang dahulu mempercayai angka “10 000” buah bilik hanya layak kepada “Dewa Syurga” sahaja.
Namun jumlah bilik sebenar yang dikira oleh pakar adalah hanya mempunyai 8707 buah bilik. Bilangan ini termasuk dewan, bilik kecil dan besar, menara dan lain-lain lagi. Jumlah bilik 9999 adalah cerita lagenda semata-mata.
Pelawat
Setiap tahun Forbidden City ini mempunyai lebih dari 14 juta pelancong yang datang dari seluruh pelusuk dunia.
Malah, pada tahun 1987 UNESCO juga telah mewartakan Kota Larangan sebagai “World Herritage Site” dan mempunyai koleksi terbesar struktur kayu purba yang dipelihara di dunia.
Jangan lupa untuk melawat ke Forbidden City ini kalau anda ke Beijing!
Kuning
Hampir setiap bangunan di Kota Larangan mempunyai bumbung berwarna kuning.
Hal ini kerana, pada waktu dulu, kuning adalah warna rasmi untuk Maharaja.
Patung
Setiap penjuru bumbung bilik atau dewan akan dihiasi dengan patung.
Makin banyak patung di sesuatu bilik, makin tinggi taraf bilik tersebut. Paling tinggi jumlah patung adalah di “Hall of Supreme Harmony” yang mempunyai 10 patung.
“Rumah Maharaja”
Forbidden City menjadi rumah kepada 24 maharaja selama 491 tahun, dari 1420 hinggalah tahun 1911. Selepas “penyingkiran” maharaja terakhir (Puyi) pada tahun 1911, Puyi dan keluarganya tinggal di ‘Fasting Palace’ di dalam kompleks ini sehingga tahun 1924. Kemudian mereka terpaksa meninggalkan Forbidden City ini dan dibuka kepada orang ramai.
Sumbangan artikel daripada Sheikh Faisol, Alumni Pelajar Program Bahasa Mandarin ke Beijing Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.