5 Aplikasi Percuma Belajar Bahasa Mandarin

Home » 5 Aplikasi Percuma Belajar Bahasa Mandarin

Kami senaraikan 5 aplikasi percuma belajar Bahasa Mandarin untuk memudahkan pembelajaran anda.

Aplikasi percuma belajar Bahasa Mandarin

Aplikasi ini boleh di-install pada smartphone anda dan anda boleh menggunakannya untuk belajar bahasa Mandarin

Pleco

pleco

Pleco merupakan kamus eletronik yang boleh di dapati secara percuma di Google Play atau Apple Store. Kamus merupakan alat paling penting dalam proses pembelajaran Bahasa Mandarin.

Pleco adalah salah satu kamus paling lengkap bagi kami bagi membantu anda mempelajari Bahasa Mandarin.

Anda boleh menggunakan pinyin, tulisan tangan, karakter atau maksud dalam bahasa inggeris dalam mencari kosa kata yang diinginkan.

pleco

Hello Chinese

hello chinese

Aplikasi Hello Chinese menyediakan cara pembelajaran yang telah disusun dengan baik bagi membantu anda mempelajari Bahasa Mandarin dengan mudah.

Aplikasi ini direka bagi membantu anda belajar bahasa Mandarin dengan lebih mudah dan tersusun.

Dengan menggunakan aplikasi ini anda akan belajar menulis karakter, cara sebutan, pendengaran dan tatabahasa dengan mudah. Konsep aplikasi ini adalah berbentuk kuiz dan permainan. Ianya sangat menarik!

ChineseSkill

ChineseSkill

Konsep aplikasi ini sama dengan aplikasi Hello Chinese tetapi grafiknya lebih menarik. Ini boleh menarik minat anak anak untuk belajar bahasa Mandarin. Isi kandungan dalam aplikasi ini disusun dengan sangat baik.

Bermula dari tahap mudah hingga ke tahap sukar. Kami percaya anda hanya akan mengambil masa yang singkat dalam mempelajari bahasa mandarin menggunakan aplikasi ini.

Learn Mandarin Chinese

learn chinese

Aplikasi ini sesuai untuk anda yang ingin belajar ayat ayat mudah dalam bahasa mandarin. Ianya sangat sesuai digunakan untuk belajar bahasa mandarin kerana mempunyai suara dan cara sebutan yang tepat.

Dengan adanya aplikasi seperti ini, ianya dapat membantu anda mempelajari bahasa mandarin dengan lebih cepat dan mudah. 

Bonus : Telegram Channel One Day One Mandarin

Bagi anda yang mahu belajar Bahasa Mandarin di Aplikasi Telegram, terdapat channel yang sesuai untuk anda. Pengasas dan admin channel tersebut adalah merupakan golongan pensyarah dan guru Bahasa Mandarin kolej-kolej serta sekolah di seluruh Malaysia. Untuk mengenal dengan lebih lanjut klik di sini. Anda boleh terus Join Telegram Channel ini di SINI.

Kesimpulan

Teknologi kini telah mengubah hidup manusia menjadi lebih mudah. Gunakanlah teknologi dengan sebaiknya kerana banyak manfaat yang boleh diambil darinya. Jom manfaatkannya dengan belajar Bahasa Mandarin. Jika anda ada cadangan yang lain, jangan lupa kongsikan!

Nak belajar bahasa Mandarin ikut masa anda?

Tak perlu hadir kelas dengan bimbingan secara peribadi.

Scroll to Top