1 Day 1 Mandarin : Channel Telegram Limau Mandarin

Teknologi hari ini sangat membantu kita dari pelbagai aspek meliputi kehidupan, pekerjaan dan pendidikan.

Hari ini banyak daripada kita boleh belajar sesuatu baru seperti skil survival dan sebagainya.

Belajar bahasa menggunakan teknologi juga sangat efisen hari ini. Ada yang belajar daripada video Youtube, ada juga yang belajar daripada e-Learning.

platform-online-belajar-mandarin
Belajar tidak terhad kepada medium apa yang digunakan

Banyak juga mobile app belajar Bahasa Mandarin yang membantu kita untuk belajar Bahasa Mandarin.

Tidak ketinggalan juga Telegram Channel yang semakin popular dalam kalangan pengguna telefon pintar.

Semua medium online ini memudahkan sebarang pembelajaran yang kita mahukan.

Belajar Mandarin & Input Lain

Channel Telegram dilihat sebagai salah satu medium yang paling mudah dan cepat untuk berkongsi ilmu dan mendapatkan ilmu.

Dengan itu, kami di Limau Mandarin membawa inisiatif untuk mewujudkan Channel Telegram Limau Mandarin sendiri untuk menyampaikan input-input berkaitan terutamanya;

  • Belajar Bahasa Mandarin
  • Travel ke China
  • Borong dari China

Jadi sekiranya anda yang mahu belajar Bahasa Mandarin secara percuma, selain daripada web Limau Mandarin, anda juga boleh join channel Telegram kami.

Yang mana kami akan membina 1 siri yang dipanggil 1 Day 1 Mandarin.

Apa sahaja berkaitan dengan Mandarin (Limau Mandarin) akan kami kongsikan dengan anda terus dari channel Telegram!

Doktor biasa cakap “1 hari 1 epal boleh jauhkan anda daripada sakit”, untuk anda, kami sarankan “1 hari 1 Mandarin boleh bantu anda dekat dengan Cina & China”.

channel-telegram-limau-mandarin-1
Belajar secara santai boleh kurangkan stres anda

Konsep Channel

Belajar mandarin secara percuma melalui konsep satu hari belajar satu perkataan atau satu ayat bahasa cina boleh membantu anda untuk memulakan atau menambahbaik bahasa Mandarin anda.

Konsep ini dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi sosial Telegram Channel yang diselaraskan oleh tim Limau Mandarin

Boleh dikatakan setiap hari, kami akan berkongsi perkataan-perkataan & ayat-ayat ringkas berserta rakaman suara untuk sebutan yang tepat.

Selain daripada belajar Mandarin, kami juga akan selitkan artikel berkaitan dengan melancong ke China dan sebagainya

channel-telegram-limau-mandarin-2
Channel Telegram sangat membantu untuk info pantas!

Hala Tuju

Hari ini banyak channel Telegram yang mendatangkan manfaat dengan perkongsian ilmu dan pengetahuan.

Daripada topik kewangan hinggalah topik agama dan sebagainya, channel Telegram dilihat sebagai 1 platform yang sangat rapat dengan pengguna Telegram.

Dan kami, untuk channel Telegram Limau Mandarin, kami mahu anda yang join channel untuk dapat manfaat secara percuma.

Dengan 3 topik wajib, kami akan berikan informasi yang padat dan tepat khas untuk anda.

Apa yang ada di blog akan ada di channel Telegram Limau Mandarin, tapi apa yang ada di channel mungkin tiada dalam blog kerana format konten yang ringkas hanyalah sesuai di sana.

Medium Online Bantu Belajar Bahasa Mandarin

Setelah beberapa tahun mengajar, kami mendapati para pelajar menemui kesukaran untuk menghafal perkataan-perkataan dalam Bahasa Mandarin.

Dengan jumlah perkataan Bahasa Mandarin yang tidak banyak dihafal, maka kebolehan untuk bertutur bahasa Mandarin tidak boleh mencapai tahap yang bagus.

Masalah utama adalah kerana tiada persekitaran belajar yang kondusif.

Belajar Bahasa Mandarin hanya menjadi satu pelajaran yang diajarkan di dalam kelas.

Oleh itu, kami membuat inisiatif untuk mencipta ruangan persekitaran melalui konsep mobile learning.

Kita belajar bercakap dengan bercakap

Laoshi Mazlan

Menelusuri abad dan teknologi yang kian berkembang, ia merupakan satu konsep terbaru selepas E-learning. E-learning ialah pembelajaran melalui internet.

Manakala mobile learning lebih kehadapan dengan mempelajari melalui mobile device masing-masing, tidak kira di mana jua kita berada.

Di rumah, pejabat, padang, dalam perjalanan, tidak kira waktu pagi petang siang malam, semua orang boleh menyusun masa sendiri khas untuk belajar.

belajar-mandarin-guna-telefon
Mobile Learning membantu anda untuk belajar di mana-mana sahaja

Maka persekitaran mandarin akan terbina di mana-mana sahaja. Belajar mandarin memerlukan persekitaran yang kondusif untuk sentiasa mempraktikkan bahasa tersebut.

Para pelajar juga perlu sentiasa mengamalkan budaya 多听Duō tīng (banyak mendengar),多读duō dú (membaca),多看duō kàn (banyak menonton),多写duōxiè (banyak menulis),多说duō shuō (banyak bercakap).

Lebih banyak kita praktikkan, maka lebih banyak ruangan kita improve bahasa kita.

Dan dengan ini, channel Telegram Limau Mandarin ini sekaligus boleh membantu anda yang belajar Bahasa Mandarin

Sekiranya anda suka dan berminat untuk belajar Bahasa Mandarin setiap hari serta mahu dapatkan input mengenai China dan travel ke sana, klik link ini untuk join channel Telegram Limau Mandarin.

Dikemaskini pada

5 thoughts on “1 Day 1 Mandarin : Channel Telegram Limau Mandarin”

  1. Saya pun sama. Kalau saya tak bercakap Bahasa Mandarin, anak-anak saya tiada semangat nak belajar Bahasa Mandarin. Sana sini saya korek untuk mengetahui mana belajar Bahasa Mandarin melalui online. Salah satunya Limau Mandarin ini. 😋 Sama-samalah kita berusaha, usaha tangga kejayaan. Semoga berbaloi apa kita semua usahakan dan harapkan!

  2. saya berminat untuk belajar dan bertutur dalam bahasa mandrin demi mengajar anak kami yang duduk di SJKC 1, faktor kelas tuisyen rata2 kadar bayaran sangat mahal kami mengambil langkah untuk belajar sendiri cukuplah sekadar tahu untuk menyelesaikan kerja rumah anak kami.

  3. Pingback: Cara Belajar Bahasa Mandarin

  4. Pingback: 5 Aplikasi Percuma Untuk Anda Belajar Bahasa Mandarin

Leave a Comment

Scroll to Top