Wilayah Dan Ibu Kota China Yang Perlu Anda Tahu

Wilayah, kawasan & ibu kota China sangat banyak dengan keluasan negara ini. Dalam masa sama, untuk mengenalinya dengan mudah adalah dengan pecahannya yang baik.

Wilayah di China pertama kali ditubuhkan pada zaman Dinasti Yuan. Pada mulanya hanya terdapat 10 wilayah utama. Pada zaman Dinasti Qing pula Negara Tembok Besar ini dibahagikan pula kepada 18 wilayah atau daerah.

Wilayah, Kawasan Autonomi dan Ibu Kota China

Selepas tertubuhnya People Republic of China (PRC) pada tahun 1949, 18 wilayah ini kemudian dibahagikan menjadi 23 wilayah dan setiap satunya diketuai oleh seorang Gabenor.

Peta Wilayah China
Wilayah Ibu Kota 
安徽Ānhuī合肥Hefei
福建Fújiàn福州Fuzhou
甘肃Gānsù兰州Lanzhou
广东Guǎngdōng广州Guangzhou
贵州Guìzhōu贵阳Guiyang
海南Hǎinán海口Haikou
河北Héběi石家庄Shijiazhuang
黑龙江Hēilóngjiāng哈尔滨Harbin
河南Hénán郑州Zhengzhou
湖北Húběi武汉Wuhan
湖南Húnán长沙Changsha
江苏Jiāngsū南京Nanjing
江西Jiāngxī南昌Nanchang
吉林Jílín长春Changchun
辽宁Liáoníng沈阳Shenyang
青海Qīnghǎi西宁Xining
陕西Shǎnxī西安Xi’an
山东Shāndōng济南Jinan
山西Shānxī太原Taiyuan
四川Sìchuān成都Chengdu
云南Yúnnán昆明Kunming
浙江Zhèjiāng杭州Hangzhou
台湾Táiwān台 táiTaipei

Chengdu mempunyai kepadatan penduduk ketiga terbesar selepas Beijing dan Shanghai. Hal ini kerana Chengdu menjadi tempat persinggahan para pelancong untuk meneruskan perjalanan ke tempat tempat menarik yang terdapat di sekitar Provinsi Sichuan.

Wilayah Autonomi Di China

Wilayah autonomi bermaksud satu tempat yang mempunyai kerajaan tempatan sendiri dan badan perundangan yang mempunyai lebih banyak hak ke atas kawasan tersebut. Di mana pemerintahanya tidak tertakhluk sepenuhnya dengan kerajaan pusat. Daerah autonomi di ketuai oleh Timbalan Ketua Daerah Autonami.

PAKEJ BEIJING

Pakej Muslim Beijing RM1,699

Tour guide Muslim, fasih Bahasa Melayu & Mandarin

Makanan dijamin halal. Waktu solat dijaga

Terdapat 5 Daerah Autonomi di China iaitu Nei Menggu, Xinjiang, Guangxi, Ningxia dan Xizang. Nei Menggu adalah daerah autonomi pertama yang ditubuhkan.

Wilayah AutonomiIbu Kota
广西庄Guǎngxī zhuāng南宁Nanning
内蒙古 (Inner mongggolia)nèiménggǔ呼和浩特Hohhot
宁夏níngxià银川Yinchuan
新疆xīnjiāng乌鲁木齐Urumqi
西藏xīzàng拉萨Lhasa

Urumqi Padang Rumput Yang Indah

“Urumqi” dalam Bahasa Xinjiang bermaksud padang rumput yang indah. Bandar Urumqi menjadi pilihan penulis kerana telah jatuh cinta dengan keindahan muka bumi di sana. Provinsi Xinjiang terletak di kawasan sebelah barat China. Majoriti penduduk di kawasan Xinjiang adalah Islam. Mereka menggunakan Bahasa dari etnik Uighur. Raut wajah dan fizikal masyarakat Xinjiang lebih kepada Asia Tengah berbanding Asia Timur. Bagi penulis, ibu kota Urumqi mempunyai keunikannya yang tersendiri berbanding ibu kota yang lain.

topi kaum Uygur
etnik Uygur di Xinjiang

Makanan popular di Xinjiang adalah Sate Kambing. Jika anda sampai di sana jangan lepaskan peluang untuk menjamah makanan di sana kerana kebanyakkan makanan di sana Halal dan sedap. Baca artikel tentang Xinjiang di sini.

Namun, kini keadaan politik di Provinsi Xinjiang tidak begitu stabil dan agak menyukarkan bagi kita sebgai orang luar untuk melancong ke sana. Jika anda berhasrat untuk kesana, pastikan anda mempunyai perancangan dan persediaan yang lengkap untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Wilayah dan ibu kota China mana yang anda nak pergi? Kongsikan di ruangan komen.

1 thought on “Wilayah Dan Ibu Kota China Yang Perlu Anda Tahu”

  1. Pingback: Ini Punca Kenapa Kaum Uighur Ditindas - Limau Mandarin

Leave a Comment

Scroll to Top