Travel Ke Tianjin, Bandar Yang Dilupakan

Home » Travel Ke Tianjin, Bandar Yang Dilupakan

Kalau sebelum ini ramai yang sempat untuk travel ke Tianjin kerana sebelum AirAsia mendarat di Beijing, semua penerbangan AirAsia dari KLIA turun di Tianjin.

Dan dari Tianjin, pengunjung dari Malaysia akan ke Beijing dengan menaiki kereta api laju selama 30 minit.

Travel ke Tianjin merupakan salah satu trip ke bandar yang tidak sesak dengan orang dan boleh menghayati suasana harian orang China.

Di Tianjin juga terdapat tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati sekiranya anda travel ke Tianjin.

Pemandangan Tianjin
Pemandangan Tianjin

Travel Ke Tianjin, Bandar Yang Dilupakan

Tianjin merupakan bandar dengan hanya 40 juta orang dan merupakan bandar keempat terbesar di China.

Sebenarnya Tianjin merupakan salah satu pusat ekonomi negara China dan di sini letaknya pelabuhan paling dekat dengan Beijing.

Sungai Hai
Sungai Hai

Melawat Tianjin

Jika anda dari Beijing, anda boleh naik kereta api laju dari stesen kereta api Beijing Nan Zhan.

Sebelum anda tiba di bandar Tianjin anda boleh lihat sawah padi di antara Beijing dan Tianjin. Petani sedang mengangkat kotak, tidur di tepi sawah padi dan kanak-kanak yang berkerjaran adalah pemandangan sebelum anda tiba di Tianjin.

Setibanya anda di Beijing, anda akan melihat sebuah bandar yang jauh beza binaan bangunannya dengan Beijing. Di dataran Tianjin, adanya jam besar dan jambatan moden di sungai Hai.

Bersiar-siar di tepi sungai

Berjalan di tepi sungai anda boleh melihat bangunan-bangunan ala Eropah dan Tianjin merupakan bandar yang lebih tenang berbanding Beijing.

Dari sini anda boleh ke Bandar Lama Tianjian.

Bandar Lama Tianjin

Di bandar lama, kebanyakan bangunan berbentuk binaan lama orang China dan ditukar menjadi kedai kepada para pengunjung.

Di sini anda boleh beli cenderahati dan makanan ringan. Selain daripada itu anda boleh terus ke 南市食品街 (Nán shì shípǐn jiē) untuk menikmati makanan tradisional Tianjin.

Nán shì shípǐn jiē
Nán shì shípǐn jiē

Jangan risau dengan makanan, Tianjin juga sangat terkenal dengan restoran makanan laut sahaja kerana Tianjin terletak di tepi laut dan makanan laut mereka sangat segar.

Jika anda ke sana, jangan risau jika tidak makan makanan laut, ada juga kedai makanan halal yang mudah untuk dicari malah di 南市食品街 (Nán shì shípǐn jiē) juga ada restoran halal.

Bandar Itali

Terdapat satu kawasan yang dibina ala Eropah dan di sini anda boleh menikmati kopi dan pizza kerana tempat ini diambil inspirasi Itali.

Tempat ini dipanggil Marco Polo Square.

Perpustakaan Tianjian

Anda boleh berkunjung ke Perpustakaan Tianjin yang baru siap dibina dengan seni bina yang sangat unik.

perpustakaan Tianjin
Perpustakaan Tianjin

Waktu Malam

Pada waktu malam anda boleh menaiki bot di sungai Hai untuk menikmati pemandangan malam Tianjian.

Atau anda boleh ke Tianjin Eye dan naik Ferris Wheel denga ketinggian 120 meter.

Semasa penulis di Tianjin, saya berjalan di tepi sungai sambil bermain permainan di tepi sungai yang dicaj sebanyak 5 Yuan.

tianjin eye
Tianjin eye

Jika anda travel ke Tianjin, kami sangat sarankan anda bermalam di sana sekurangnya semalaman dan tidak lebih 2 malam kerana semua tarikan boleh dihabiskan dalam masa 2 hari sahaja.

Jika anda lama di Beijing, pastikan anda ambil masa untuk travel ke Tianjin. Bagi kami, Tianjin merupakan salah satu tempat untuk escape daripada kesibukan Beijing.

Scroll to Top