Tempat menarik di Guilin yang banyak dapat menarik anda untuk datang ke sini.
Guilin, yang terletak di Wilayah Guangxi, adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di China.
Hal ini kerana ianya mempunyai tarikan alam semula jadi yang tersendiri.
Guilin, Syurga Dunia Yang Nyata
Jika bercakap tentang Guilin pastinya akan terlintas 3 perkara iaitu bukit, gua dan sungai yang mengalir.
Bagaimana untuk sampai ke Tempat Menarik Di Guilin?
Cara yang paling mudah untuk sampai ke Guilin adalah dengan kapal terbang.
Ini kerana terdapat penerbangan dari bandar-bandar utama China. Selain itu, terdapat juga penerbangan antarabangsa iaitu dari Hong Kong, Kuala Lumpur, Bangkok, Osaka dan Seoul terus ke Bandar Guilin.
Jarak Lapangan Terbang ke pusat bandar agak jauh sedikit.
Ianya memerlukan anda membayar kira kira 100 yuan untuk menaiki teksi. Selain teksi, anda juga boleh menaiki bas ulang alik dengan bayaran 20 yuan.
Selain kapal terbang, anda juga boleh sampai ke Guilin dengan menaiki keretapi. Jika anda berada di Tanah Besar China, saya cadangkan anda menaiki keretapi.
Anda boleh melihat pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan itu. Bagaimana untuk membeli tiket keretapi?
Rujuk di sini.
Guilin merupakan sebuah Bandar yang pesat membangun, anda perlu ke Yangshuo untuk menikmati permandangan yang indah seperti gambar di bawah ini.
Jarak perjalanan kira kira 80 KM dan mengambil masa selama satu jam.
Perkara yang perlu anda lakukan di Yangshuo, Guilin
Li River Cruise
Menyusuri Sungai Li adalah aktiviti wajib yang perlu anda lakukan setibanya anda di sana. Ianya merupakan aktiviti pelancongan yang paling popular sekali. Stesen TV Amerika CNN menyenaraikan Sungai Li merupakan sungai ke -14 dari 15 batang sungai yang tercantik di dunia. Cantik bukan?
Sungai Li sangat besar dan airnya sangat jernih. Pemandangan gunung gunung batu kapur yang berada di sekitar sungai ini menjadikan ia landskap semula jadi yang indah sekali. Pemandangan yang cantik ini telah diabadikan pada wang kertas 20 yuan.
Bergambar Bersama Burung Cormorant
Burung Cormorant merupakan sejenis burung yang telah dilatih untuk menangkap ikan secara tradisonal. Sejak ribuan tahun yang lalu, penduduk di Guilin menggunakan kaedah ini untuk mencari ikan. Pasti anda tertanya Tanya bagaimana?
Leher burung cormorant ini telah diikat dengan gelang supaya mereka tidak dapat menelan ikan yang telah ditangkap. Seperti beruk di Malaysia yang telah dilatih untuk mengambil kelapa, begitu juga burung cormorant ini. Burung burung ini sangat mendengar arahan tuannya.
Burung cormorant sangat aktif pada waktu malam. Ini kerana penghilatan burung ini sangat tajam pada waktu malam sama seperti burung hantu. Ini adalah salah satu tempat menarik di Guilin.
Berbasikal Di Yangshuo
Pemandangan di Yangshuo sangat indah dan permai. Jadi jangan lepaskan peluang berbasikal di sana sambil menghirup udara segar. Berbasikal di kawasan ini adalah pilihan yang paling tepat kerana anda boleh menikmati keindahan kawasan luar Bandar China dengan lebih dekat lagi.
Kadar sewa basikal di sini juga sangat berbaloi, hanya 20 yuan untuk sehari. Sehari? ya, untuk sehari.
Anda diminta untuk meninggalkan passport anda sebagai cagaran di sana untuk menggunakan perkhidmatan sewa basikal ini. Anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak penyewa penyewa basikal di sepanjang jalan.
Melawat Kawasan Padi Teres
Longji Terraced Fields yang terletak di kawasan Longshan merupakan kawasan padi teres paling indah untuk anda lawati. Terletak kira kira 75 KM dari Bandar Guilin. Titik tertinggi adalah 1180m dari paras laut dan titik paling rendah adalah 382m.
Permandangan di sana berbeza beza mengikut musim. Bagi saya pemandangan yang paling cantik adalah pada bulan Mei hingga Oktober. Jika anda ingin ke sana, saya syorkan anda mengambil pakej. Ini kerana ianya boleh menjimatkan masa dan tenaga anda berbanding menaiki perkhidmatan awam.
Anda dikenakan tiket masuk berharga 80 yuan.
Alamat : Longji Terraced Field Scenic Area, Longshan Country
Mandi Lumpur Di Water Cave
Water cave yang terletak di Longmen berhampiran Moon Hill bukanlah antara gua yang cantik untuk di lawati jika dibandingkan dengan gua-gua yang lain.
Akan tetapi yang menjadi daya tarikan pelancong ke sini adalah kerana anda boleh mandi lumpur di dalam water cave ini. Bagi kanak kanak, ini adalah pengalaman bermakna buat mereka.
Mandi lumpur memberi 1001 khasiat kepada kulit kita. Kebiasaananya lumpur ini benar benar sejuk ketika musim panas.
Ini menjadikan badan kita lebih segar pada musim panas. Anda mesti cuba!
Kesimpulan
Guilin adalah destinasi seterusnya yang anda perlu lawati. Sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik dan destinasi terbaik untuk disajikan kepada anda. Pastikan anda ikut kami di Facebook, instagram dan twitter untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi
P/s: Sedikit cadangan untuk anda, jika anda sampai di Guilin, pastikan anda bermalam di Guilin sehari. Kemudian bawak bersama beg anda ke Yangshuo ketika menaiki Cruise dan bermalam di sana. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan.