Tembok Besar China : Di Sebalik Seni Bina Yang Megah

Salah satu daripada tujuh keajaiban dunia ialah Tembok Besar China.

Ia merupakan binaan terpanjang yang pernah dibuat oleh manusia.

Walaubagaimanapun, tembok ini tidak memanjang secara terus-menerus.

Ia adalah daripada gabungan kumpulan-kumpulan tembok pendek yang mengikuti pergunungan di utara China.

Tembok Besar China, binaan terpanjang yang pernah dibuat oleh manusia

Tujuan Pembinaan

Asalnya tembok ini dibina pada abad ke-9 sebelum Masihi bertujuan sebagai tembok pertahanan ketenteraan pada masa itu.

Pembinaan Tembok Besar China dipercayai memakan masa paling lama di dunia dan juga antara projek paling besar di dunia!

Pada 1987, UNESCO telah menyenaraikan Tembok Besar China sebagai salah satu warisan dunia.

Kerana kemegahannya, maka Tembok Besar China diakui sebagai salah satu tujuh keajaiban dunia.

Pada tahun 1987, UNESCO telah menyenaraikan tembok megah ini sebagai salah satu warisan dunia.

Sejarah pembinaan tembok ini bermula apabila pemerintah di kawasan tengah China pada waktu itu menyeru rakyatnya membina tembok untuk menyambungkan kubu-kubu pertahanan di garisan sempadan negeri untuk menghalang pencerobohan suku kaum dari bahagian utara China.

Ini diikuti dengan pemerintah negeri-negeri lain yang turut membina tembok besar masing-masing di kawasan pergunungan.

Akhirnya pada tahun 221 sebelum Masihi, Maharaja Qin Shi Huang dari Dinasti Qin yang telah berjaya menyatukan China telah menyambung tembok besar yang dibina di negeri-negeri lain sehingga panjang tembok itu menjadi 5,000 kilometer.

Selepas Dinasti Han mengambil alih pemerintahan China, Tembok Besar dibina sepanjang lebih 10,000 kilometer. Tahun berganti tahun, pembinaan Tembok Besar masih diteruskan walaupun pemerintah sudah pun bertukar.

Sebelum Dinasti Qin, pembangunan tembok raksasa paling awal telah dilakukan pada Zaman Musim Bunga dan Gugur (722 SM-481 SM) dan Zaman Negara Perang (453 SM- 221 SM) untuk menahan serangan musuh dan suku-suku dari utara China.

Negeri-negeri yang tercatat telah menyumbang dalam pembinaan pertama antara lain negeri Chu, Qi, Yan, Wei dan Zhao. Mengikut peredaran masa, tembok raksasa ini bertambah panjang dan diperbaiki sedikit demi sedikit.

Pada tahun 220 SM di bawah perintah Maharaja Qin Shi Huang, Jeneral Meng Tian mengumpulkan tenaga kerja sebanyak 300 ribu orang untuk menyambungkan tembok-tembok sebelumnya sebagai garis pertahanan.

Pembangunan yang memakan waktu 9 tahun ini memerlukan biaya yang mahal dan mengorbankan begitu ramai rakyat jelata.

Dinasti Ming

Semasa Dinasti Ming (1368-1644), setelah menaklukkan bangsa Mongol, tembok raksasa dari tempoh sebelumnya dibina kembali, dengan catatan panjang 5,650 km. Pada masa ini, Tembok Besar dilengkapi dengan benteng-benteng pertahanan dan pintu gerbang.

Di atasnya dibuat jalan sebagai laluan. Pintu gerbang paling timur dinamakan Shanhaiguan dan pintu gerbang paling barat dinamakan Jiayuguan.

Pintu gerbang Jiayuguan di Gansu

10 Ribu Li

Tembok China yang kita lihat hari ini kebanyakannya dibangun sekitar pada zaman Dinasti Ming yang berkuasa antara tahun 1368 sampai 1644.

Pemandangan Tembok Besar China semasa musim sejuk

Dari barat sampai ke timur, Tembok Besar China telah melalui 9 provinsi, kota dan daerah autonomi sepanjang 7 300 kilometer, dan bersamaan dengan 14 ribu li China.

Antara 9 provinsi yang direntasi Tembok Besar China ialah Liao Ning, He Bei, Tian Jin, Nei Meng Gu, Shanxi, Shaanxi, Ning Xia, dan Gansu.

Sementara itu, Tembok Besar tersebut dikenali sebagai tembok panjang “10 ribu li” di China. Li adalah unit ukuran yang digunakan di China. 10,000 li bersamaan 5,000 kilometer.

Tembok China yang berliku-liku memanjang dan menyusuri puncak pegunungan hampir mustahil untuk ditakluki oleh musuh pada zaman dahulu.

Binaan Tembok Besar China

Dengan adanya benteng tersebut, tentera sangat mudah untuk melakukan manuver serta mengangkut senjata. Pada sisi dalam tembok pula telah dilengkapi dengan pintu dan tangga untuk naik turun.

Tembok China dibangun dengan benteng atau menara api pada setiap bahagian. Pada setiap menara api itu, pemandangan alam yang begitu indah dapat disaksikan. Sementara itu, liku-liku anak tembok menjadikan Tembok Besar China mempunyai bentuk yang unik.

Pintu Gerbang di Jiayuguan, Gansu

Pada zaman dahulu, di dalam menara api tersimpan senjata peperangan. Seluruh menara api akan dinyalakan bila musuh datang, sehingga khabar tersebut langsung disampaikan ke seluruh negeri dalam waktu yang sangat singkat.

Sebahagian pelajar Malaysia yang pernah mendaki Tembok Besar China yang asal dan tidak lagi diperbaiki untuk pelancongan.

Di Beijing, terdapat lapan bahagian Tembok Besar. Antaranya ialah Ba Da Ling, Ju Yong Guan, Huang Hua Cheng, Jiankou, Mu Tian Yu, Jin Shan Ling, Gu Bei Kou, dan Si Man Tai.

Pemandangan sekitar kawasan Tembok Besar yang lama di perhujungan Bandar Beijing.

Setiap bahagian mempunyai sejarah dan keunikannya yang tersendiri.

Aktiviti di Tembok Besar China

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan jika sampai di Beijing ialah berbasikal ke Tembok Besar China.  Di samping dapat mengenali sejarah Tembok Besar China, anda juga boleh menghayati keindahan alam sekitar di sepanjang perjalanan menuju ke Tembok Besar China.

Ammar, Satriah dan Zulhazri yang sering berbasikal ke tempat-tempat menarik di Beijing.

Selain itu, anda juga boleh mencuba aktiviti camping dan hiking di kawasan sekitar Tembok Besar China. Anda boleh bermalam di kawasan yang disediakan dengan sewa tapak sebanyak 35 yuan seorang untuk satu malam.

Peralatan untuk berkhemah, membakar bbq dan unggun api boleh juga disewa atau dibeli sahaja dari kaunter pendaftaran. Tapi, semestinya akan lebih jimat jika anda membawa sendiri peralatan peralatan yang diperlukan.

Di sana, bermacam-macam aktiviti menarik boleh dilakukan bersama rakan anda.

Antaranya membakar bbq, mengelilingi unggun api pada waktu malam, merasai pengalaman tidur di dalam khemah, memanjat bukit menuju Tembok Besar China, bermain permainan air di sungai yang berhampiran kawasan itu (tetapi aktiviti ini hanya dibuka pada pertengahan bulan lima sehinggalah musim panas ini berlalu) dan sebagainya.

Summer Camping di Tembok Besar China.

Jika sudah sampai di China, jangan lepaskan peluang ini!

Di Sebalik Seni Bina Yang Megah

Pada zaman dinasti China, tembok ini digunakan sebagai benteng pertahanan militer kuno. Masa pembinaan tembok ini menghabiskan masa pembangunan yang sangat lama dengan ukuran paling besar di dunia. Di sebalik seni bina yang begitu megah, tembok China memiliki nilai sejarah yang luar biasa.

Pembinaan Tembok Besar China yang mengambil masa yang lama dan mengorbankan ramai nyawa rakyat jelata

Tembok Besar China tidak dibina oleh mesin atau teknologi terkini yang hebat, tapi ia terbina dengan jerih payah para petani dan rakyat jelata pada zaman dahulu.

Hari ini, ketika kita mengagumi keindahan pemandangan alam yang kita nikmati saat kaki kita berdiri di atas tembok raksasa ini, tidak seharusnya ingatan kita terhadap tenaga pekerja yang telah terkorban dalam proses pembinaan tembok ini dilupakan.

Antara kisah lagenda yang terkenal ialah Lagenda 孟姜女 (Mèngjiāngnǚ) yang dikatakan menangis di Tembok Besar China. 孟姜女 (Mèngjiāngnǚ)menangisi kematian suaminya sehingga dikatakan sebagian dari binaan Tembok Besar China ini runtuh akibat tangisannya.

Di sebalik seni bina yang megah ini, Tembok Besar China menyimpan jutaan lipatan kisah jerih payah orang terdahulu dalam membina raksasa ini.

Di sebalik keindahan dan kemegahan seni bina ini, kita sewajarnya merenung pengorbanan yang dilakukan demi memastikan keselamatan negara. Tanpa mereka yang rela berkorban, negara pada waktu itu sudah pasti diserang oleh musuh.

Mereka adalah sosok manusia yang membuatkan negara China ini mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri.

Peristiwa yang berlaku semalam tidak akan pernah terpisah daripada sejarah kehidupan kita.

Ia menjadi sebahagian dari liku-liku hidup yang melahirkan kita pada hari ini. Peradaban manusia berkembang apabila manusia melihat sebab dan akibat daripada peristiwa lepas dan mengambil kesimpulan terhadap peristiwa itu untuk maju ke hadapan.

Dikemaskini pada

6 thoughts on “Tembok Besar China : Di Sebalik Seni Bina Yang Megah”

  1. hai laoshi Mazlan . laoshi khairul ikhwan mengajar f5 sekolah menengah sains kepala batas . mandarin kami semua flying colours . laoshi baik . suka belanja kami . laoshi dulu baik tak ? dia suka cerita pasal kawan kawan dia yang study dengan dia kat china dulu . kami nak pi beijing jugak . laoshi suruh mintak sponsor untuk kami dan dia .

    1. Hai Anis. Tahniah mandarin Anis padu! Laoshi Khairul Ikhwan suka belanja apa? Dia jarang belanja saya.

      Dia cerita apa je pasal kawan-kawan dia? Tanya dia kenal tak Hafizan.

      Kalau Anis dapat pergi Beijing, roger-roger kami, kita pergi sama-sama dengan Limau Mandarin.

Leave a Comment

Scroll to Top