Kali pertama pelajar Malaysia ke China, biasanya mereka akan ke pasaraya yang menjual produk fake.

Di Beijing, pasaraya yang dimaksudkan biasanya adalah 秀水街 (xiùshuǐ jiē) atau 红桥市场 (hóng qiáo shìchǎng).

Rule-Rule Ini Sangat Berguna Jika Ke Pasaraya Produk Fake

2 lokasi ini sangat terkenal dengan produk fake. Setiap tingkat bangunan 2 tempat ini disusun dengan produk tertentu. Bermula daripada kasut ke pakaian, barang eletronik ke barang permainan, peralatan rumah dan sebagainya.

pearl-market-hongqiao

Jika anda mahu tengok beg LV dilambak, iphone disusun bertimbun maka anda perlu ke tempat-tempat ini.

Apabila berada di dalam pasaraya produk fake, pastikan anda tahu bagaimana untuk hadapai penjual yang sangat-sangat pandai memujuk hingga anda terbeli barang dengan harga yang mencekik darah!

Belum lagi kena hadapi penjual-penjual yang bertindak ganas, memarahi anda jika anda tidak membeli barangan mereka.

Dalam pasaraya-pasaraya ini, ada beberapa langkah atau secara mudahnya adalah ‘rules’ untuk anda ikut bagi mengelakkan anda daripada dipancung oleh mereka daripada segi harganya (jika anda nak beli) dan mengelakkan anda daripada bergaduh dalam pasaraya ini di hadapan khalayak ramai.

Rule Nombor 1 : Seni Tawar Menawar

Tawar menawar merupakan salah satu seni yang wajib anda pelajari jika anda travel. Jika ke China, pastikan seni tawar menawar anda lebih hebat.

Mungkin anda terfikir, macam mana nak tawar menawar kalau tak tahu bahasa Mandarin? Jangan risau, apabila masuk saja pasaraya-pasaraya fake, ada daripada penjual boleh berbahasa Inggeris. Malah ada juga yang boleh berbahasa Melayu.

Jadi jangan terkejut apabila ada daripada mereka yang fasih Bahasa Melayu dan boleh tawar menawar dengan baik dengan kita.

Kembali kepada seni tawar menawar, langkah-langkahnya bermula dengan :

Peringatan : Tawar menawar hanya boleh dilakukan jika anda NAK beli barang. Jika anda hanya main-main, padahnya adalah penjual akan bergaduh dengan anda dan paling teruk, anda boleh dipukul, ditarik-tarik dan ini boleh memalukan anda.

1. Senyum, tenang dan jangan rasa bersalah apabila mahu tawar menawar harga. Jika anda tidak tawar menawar, anda dianggap bodoh oleh mereka kerana tiap barangan biasanya sudah dinaikkan harga sehingga 5 kali ganda daripada harga asal.

2. Sebelum ke sana, pastikan anda semak harga di website Taobao supaya anda tahu harga paling rendah boleh dapat adalah berapa.

3. Seperti diberitahu, harga yang dinaikkan daripada harga asal adalah 5 hingga 10 kali ganda, maka apabila harga pertama diberitahu, anda terus kurangkan 5-10 kali gandar daripada harga tersebut. Contohnya apabila diberitahu harga 100 yuan, anda tawarkan terus 10 yuan. Kemudian mereka akan cuba buat-buat yang harga anda tawarkan sangat tidak logik dan akan kurangkan 10 yuan demi 10 yuan. Yang PENTING, anda mesti bertegas dengan harga anda. Jika mahu naikkan, naikkan dengan jumlah 1 yuan demi 1 yuan.

Jangan terkejut, memang itulah yang akan membantu anda untuk dapatkan harga yang berpatutan.

4. Semasa tawar menawar, jika harga yang anda mahu tidak diperkenan oleh mereka, maka anda buat-buat tak jadi beli barang mereka. Jika mereka masih lagi tawarkan harga, maka mereka boleh bagi anda harga yang rendah.

Tips : Apabila mereka tahu anda orang Malaysia, mereka terus akan turunkan harga. Kenapa? Kerana mereka tahu yang ramai pelajar Malaysia di sana yang suka tawar menawar dengan harga sangat rendah dan ada daripada mereka memang selalu berurusan dengan pelajar Malaysia.

produk fake

Rule Nombor 2 : Pilih Kualiti

Semasa melihat barangan, pastikan anda beri tumpuan penuh kepada kualiti produk. Semasa bayar, pastikan anda semak dulu adakah barang, adakah itu kualiti yang anda semak tadi atau sudah ditukar kepada kualiti yang lebih rendah.

Rule Nombor 3 : Guna Tunai Yuan Sahaja

Elakkan daripada menggunakan kad kredit atau kad debit kerana sudah berlaku kes di mana kad-kad diklon oleh penjual.

Elakkan juga daripada menggunakan matawang lain selain daripada Yuan.

Rule Nombor 4 : Berhati-hati

Elakkan daripada ikut penjual ke tempat yang terpencil. Mereka akan gunakan cara seperti “Warna ini tak ada di sini, mari ikut saya ambil di tempat lain”.

Pernah berlaku, ada pelanggan dibawa ke tempat terpencil dan anda dipaksa untuk keluarkan duit (dirompak).

Lokasi Pasaraya Produk Fake

Jika anda ke Beijing, 秀水街 terletak di 8 Xiushui East Street di kawasan Chaoyang.  1 lagi adalah 红桥市场 yang terletak di 46 Tiantan East Street.

Ingat, pastikan anda berhati-hati jika ke sana. Elakkan daripada rambang mata dan pastikan bajet anda cukup dengan apa yang nak dibeli.

Elakkan daripada main-main dengan penjual. Jika tidak mahu beli barang, jangan tawar menawar.

HongQiao

KLIK SINI untuk senarai makanan jalanan di China yang sedap!

About The Author

Scroll to Top