Mahu Belajar Di Beijing? Di Sini Tempatnya

BLCU Universiti Pilihan Anda

Beijing Language and Culture University (BLCU) merupakan salah sebuah Universiti di China yang menawarkan pengajaran Bahasa dan Budaya China kepada Mahasiswa asing. Selain daripada Bahasa cina, universiti ini juga turut menawarkan kursus seperti Business Management, Ekonomi, Seni Budaya, Bahasa Jepun, Bahasa Arab dan banyak lagi.

Universiti yang telah mencecah setengah abad ini telah melahirkan beribu-ribu mahasiswa asing dari seluruh pelusuk dunia.

Belajar Di BLCU Sama Seperti Berjalan Mengelingi Dunia.

Anda boleh lihat pelbagai bangsa dan budaya yang ada di sini. Mereka yang datang belajar di sini antaranya dari Nigeria, Pakistan, Korea, Japan, Indonesia, Rusia dan lebih dari 160 buah negera dan wilayah.

Pengalaman Menguruskan Pelajar Malaysia

BLCU juga merupakan salah satu universiti berpengalaman menguruskan pelajar Malaysia belajar Bahasa Cina khususnya Bahasa mandarin. Terdapat kira kira 400 pelajar Malaysia yang berada di sini dan kini sedang menlanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa Mandarin.

Mereka terdiri daripada pelajar Tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia, MARA, Sime Darby dan pesendirian.

Guru Yang Berpengalaman

Universiti ini juga mempunyai guru guru yang berpengalaman mengajar warga asing. Mereka sangat bersungguh sungguh dan tekun mengajar anak didik mereka. Tidak dinafikan lagi, saya sendiri hanya mengambil masa selama sebulan untuk bertutur bersama warga tempatan.

Sekiranya anda berminat untuk mempelajari Bahasa Mandarin, BLCU merupakan pilihan yang tepat untuk anda meneruskan niat anda itu. Bukan itu sahaja, anda boleh memilih untuk mengikuti program jangka masa pendek atau jangka masa panjang mengikut kesesuaian masa yang anda ada.

Apa yang menarik apabila mengikuti program di sini ialah anda mempunyai pelbagai pilihan subjek minor yang sangat menarik seperti seni pertahankan diri, contohnya,  wushu, taici, kick boxing. Seterusnya, anda juga boleh mempelajari subjek berkaitan dengan seni dan budaya cina seperti seni penulisan kaligrafi cina, tarian kipas, tarian singa dan lain lain lagi.

Program Jangka Masa Pendek

BLCU menawarkan banyak pilihan untuk program jangka masa pendek bermula dari satu bulan sehingga satu semester. Untuk program yang melebihi 1 tahun dan ke atas, anda boleh rujuk kepada Program Jangka Masa Panjang di bawah ini.

BLCU merupakan Universiti yang paling terkenal mengajar Bahasa Mandarin kepada warga asing. Setiap tahun kira kira ribuan pelajar datang ke BLCU untuk belajar Bahasa Cina.

Kokurikulum

BLCU menawarkan Program Jangka Masa Pendek pembelajaran Bahasa Mandarin untuk tempoh 4 minggu, 5 minggu, dan 12 minggu pada setiap tahun. Selain itu, BLCU juga menawarkan program Bahasa Mandarin selama 4 minggu, 5 minggu , 6 minggu dan 8 minggu ketika musim panas.

Setiap dari program yang dipilih akan dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut tahap keupayaan anda bertutur Bahasa Mandarin. Sebagai contoh, kelas A, B, C, D, E dan F. Kelas A bagi mereka yang mempunyai asas bercakap mandarin. Kelas F pula bagi mereka yang baru mula untuk belajar Bahasa Mandarin.

Tarikh Dan Yuran Pengajian

Regular course

20 jam kredit setiap mingguNota: Kursus yang bertanda * memerlukan sekurang-kurangnya 16 pelajar. Jika kurang, pelajar akan diletakkan bersama kelas lain. Bagi kursus yang bertanda ** hanya dibuka kepada permohonan berkumpulan

Intensive Course

30 Jam kredit setiap minggu

Program Jangka Masa Panjang

BLCU juga menawarkan beberapa program jangka masa panjang untuk anda mengikuti kursus Bahasa Mandarin. Ianya telah menarik perhatian banyak pelajar dari merata tempat.

Guru dalam Bahasa Mandarin ialah 老师 lâoshī. Mereka mempunyai pengalaman yang banyak dalam mengajar bahasa ibunda mereka. Selain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka sungguh menyeronokkan.

Beijing language and culture university 4

Para Graduan Bahasa Mandarin Tahun 2016

Setiap tahun, BLCU melahirkan 1200 graduan dari lebih 100 negara yang datang ke sini untuk mengikuti program jangka masa panjang.

Objektif Pembelajaran 

BLCU berdedikasi untuk meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar-pelajar dalam Bahasa Mandarin. Selain itu,mereka juga mendedahkan pelajar dengan pengetahuan yang lebih baik dalam sejarah Cina, budaya dan masyarakat.

Hal ini memberikan pelajar-pelajar mempunyai keupayaan bahasa yang kuat, mempelajari budaya  dan boleh berfikir dengan kreatif dan kritis.

Selain daripada itu, BLCU memberi penekanan lebih kepada prestasi pelajar di dalam kelas. Guru memberikan inspirasi kepada pelajar pelajar untuk mengambil bahagian dalam setiap aktiviti di dalam kelas.

Ini memberi peluang kepada pelajar dan membiarkan mereka belajar Bahasa Mandarin dan pengetahuan budaya memalui penglibatan aktif mereka sendiri.

Tarikh Dan Yuran Pengajian

*Untuk mengetahui kadar mata wang semasa anda boleh rujuk di sini

Untuk anda yang mempunyai keinginan belajar di Beijing, pastikan anda membuat keputusan yang tepat. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari portal rasmi BLCU di sini.

Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di [email protected]

何赞 (hézàn) berasal dari Pulau Pinang dan menetap di negeri Kedah. Merupakan graduan dari Beijing Language and Culture University BLCU 2011/2016. Kini melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma pendidikan lepasan ijazah di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, kedah.

TINGGALKAN KOMEN

Sila Tulis Komen Anda!
Masukkan Nama Di Sini