Visa ke China diperlukan untuk kita rakyat Malaysia ke China. Sebelum anda pergi ke tempat untuk membuat visa ke China seeloknya anda ketahui dokumen yang diperlukan supaya anda tidak perlu datang semula kerana ada dokumen yang tidak lengkap.

Borang permohonan boleh dimuat turun di sini.

Untuk lebih memudahkan urusan anda juga boleh terlebih dahulu mengisi borang permohonan visa secara online di website dan kemudian cetak.

Ini juga dapat menjimatkan masa apabila anda tiba dipejabat visa dan boleh terus mengambil angka giliran.

Visa Ke China ; Apa yang diperlukan?

Maklumat yang diisi di web akan disimpan selama 30 hari sebelum dipadam. Jadi, sebelum borang dicetak anda boleh edit sahaja dengan mudah.

Dokumen yang diperlukan:

  1. Borang permohonan visa
  2. Passport asal dgn tempoh sah laku lebih 6 bulan
  3. Salinan passport
  4. Dua keping gambar pasport saiz biasa dan background putih
  5. Salinan tiket flight return
  6. Salinan hostel/hotel
  7. Salinan surat beranak( Bawah 18 tahun)

Dimana Tempat Permohonan Visa

pejabat visa China

Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur,

Level 5 (Application) & Level 6 (Collection).

Hamsphire Place Office,

Jalan Mayang Sari,

50450 Kuala Lumpur.

Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm)

Collection: 9am – 3pm

Tip: Pejabat Visa China ini sangat mudah dituju dengan pengangkutan awam. Anda boleh menaiki LRT Putra dan turun di stesen Ampang Park kemudian keluar dari stesen dan pusing kepala ke kiri/kanan, pastikan KLCC di sebelah kiri anda.

Apabila anda nampak Menara RHB, pergi ke situ, dongak kepala dan anda akan nampak menara Tokio Marine. Hamspire Place ini berdekatan dengan menara Tokio Marine.

Apabila anda nampak Menara RHB, pergi ke situ, dongak kepala dan anda akan nampak menara Tokio Marine. Hamspire Place ini berdekatan dengan menara Tokio Marine.

servis-visa-china

Proses Permohonan Visa

Sampai sahaja di pejabat visa, sila ambil nombor giliran dan apabila sampai giliran anda bawa semua dokumen permohonan ke kaunter. Mereka akan memeriksa semua dokumen tersebut dan jika tiada sebarang masalah mereka akan serahkan slip untuk pungutan semula visa. Pada slip itu ada tertera waktu visa anda boleh diambil. Kebiasaanya proses permohonan visa ini tidak melebihi 4 hari waktu bekerja. Pembayaran akan dibuat pada hari visa anda diambil.

collect-visa-china

Proses permohonan visa yang biasa mengambil masa 4 hari ini perlulah anda ambil kira sebelum terbang ke China. Elakkan sama sekali daripada membuat permohonan visa pada minit-minit terakhir bagi mengelakkan anda daripada tidak dapat pergi ke China kerana tiada visa.

Namun jika anda memang mahu dapatkan Visa China dengan cepat, anda perlu bayar Ekspres Visa yang hanya mempercepatkan proses selama 3 hari. Sekiranya anda terdesak, tempoh masa paling cepat anda boleh dapatkan visa adalah selama 2 hari dengan bayaran tambahan.

Tak Nak pening kepala buat Visa sendiri? Klik sini sekarang untuk hubungi kami untuk Runner Visa yang memudahkan urusan anda!

Selepas 4 hari, anda boleh datang membuat pungutan dikaunter dengan membawa bayaran dan slip pungutan. Jika ada yang tanya boleh atau tidak buatkan visa untuk orang lain, jawapannya YA! Hanya pastikan dokumen yang diperlukan lengkap berserta tandatangan mereka.

visa ke china

Klik Sini untuk dapatkan servis buat visa visa travel ke Beijing yang berpatutan, berbaloi dan memudahkan perjalanan anda!

Bayaran Permohonan Visa

Visa terbahagi kepada beberapa kategori:

  1. Single entry (boleh masuk sekali sahaja dalam tempoh 3 bulan)
  2. Double entries ( 2 kali masuk dalam masa 6 bulan)
  3. Multiple entries ( tempoh 6 bulan)
  4. Multiple entries (tempoh 12 bulan)

Contohnya jika dalam tempoh 3 bulan anda hanya merancang untuk masuk ke China sekali sahaja, anda hanya perlu memohon visa single entry. Single entry maksudnya sekali sahaja boleh pakai visa itu dan anda bebas untuk ke provinsi lain selagi mana tidak keluar dari China.Jika anda merancang masuk ke China sebanyak 2 kali pada waktu berbeza, visa yang diperlukan ialah double entry. Harga bagi kedua-dua jenis visa juga berbeza.

Harga visa boleh disemak disini (harga visa)

Semoga sedikit tips dari kami dapat membantu anda membuat visa ke China. Selamat datang ke China!

Klik Sini untuk dapatkan servis buat visa travel ke Beijing yang berpatutan, berbaloi dan memudahkan perjalanan anda!

Servis runner visa

About The Author

Scroll to Top