Panama memilih hubungan diplomatik bersama China berbanding Taiwan

Panama telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan dan membina hubungan dengan China, dalam rampasan kuasa diplomatik Beijing.

Panama akhirnya mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan sejak sekian lama dan beralih arah ke China. “Hanya ada satu China, dan Taiwan adalah sebahagiannya.” Kenyataan dan tindakan Panama ini telah menyinggung perasaan Taiwan yang merasakan tindakan pemimpin negara itu seakan sedang “membuli”. Selain itu turut menuduh Panama tidak mengendahkan hubungan baik antara kedua-dua negara itu yang sudah terjalin sejak sekian lama.

Presiden Panama, Juan Carlos Varela dalam satu sidang media tempatan telah menyatakan bahawa dengan jelas; “Ini adalah tindakan yang tepat untuk negara kita”.

Kementerian Hubungan Luar China pula turut menyiarkan kenyataan bahawa Kerajaan Republik Negara China bersama rakyat tempatan menyambut baik dan mengalu-alukan tindakan Panama itu.

Diplomatik China Panama
Hubungan Diplomatik China dan Panama diperkukuhkan (Foto : abcnews)

Tindakan untuk tidak lagi bersama Taiwan bukanlah satu tindakan yang asing. Pada Disember tahun lalu, Kepulauan Afrika Sao Tame dan Principe telah membuat langkah yang sama. Kini dilaporkan hanya 20 buah negara sahaja yang masih mempunyai hubungan diplomatik bersama Taiwan.

China telah memperkukuhkan penguasaan serantau sejak beberapa tahun ini khususnya di Terusan Panama dalam memperkukuhkan lagi penguasaan ekonomi di dunia. China sedang mempergiatkan lagi usaha pembangunan pelabuhan di Panama dalam menyokong usaha “One Belt One Road”.

Terusan Panama menjadi terusan yang penting kepada China dalam menjayakan perdagangan globalnya serta bakal menjadi akses perdagangan utama ke pantai timur Amerika Selatan dan Amerika Syarikat.

Terusan Panama
Terusan Panama (Foto)

Politik Beijing dan Taipei

Dalam laporan BBC, ini merupakan satu tamparan yang besar kepada Taipei yang telah menderita sejak hubungan dengan Beijing mula merosot pada tahun lalu.

Tindakan Beijing ini lebih terdorong atas faktor-faktor politik dan bukannya ekonomi.

Hal ini kerana Beijing telah hilang sabar dengan tindakan Tsai Ing-wen, yang disyaki cuba untuk membawa Taiwan jauh dari penguasaan Tanah Besar dari segi ekonomi dan politik, dalam tujuan menuju kemerdekaan.

China telah mengambil langkah dengan memberikan tekanan kepada Taiwan seperti menyukarkan pentadbiran dan mengurangkan jumlah pelancong China melawat Taiwan. Malah turut mengasingkan Taiwan daripada kumpulan antarabangsa dan serantau.

Langkah Beijing ini boleh mendorong untuk kehilangan Taiwan, namun dapat dilihat Beijing seolah-olah telah bersedia untuk mengambil risiko ini serta ia tidak melihat Taiwan sebagai sebahagian penting dalam identiti kebangsaan negara tembok besar itu.

Sekiranya ia masih berterusan, Taiwan akan menghadapi risiko politik dan ekonomi yang membimbangkan. Ia adalah kesan daripada tidak lagi mahu mengikut telunjuk kuasa raksasa ekonomi yang sedang bangkit itu.

(Sumber daripada BBC)

Mazlan 马智澜 adalah salah seorang alumni Beijing Foreign Studies University. Pengalaman Mazlan di China sebagai pelajar, tenaga kerja professional, aktivis kemasyarakatan dan duta kecil amat berharga untuk dikongsikan bersama masyarakat Malaysia.

TINGGALKAN KOMEN

Sila Tulis Komen Anda!
Masukkan Nama Di Sini