OBOR : Menghubungkan China dan Dunia

Home » OBOR : Menghubungkan China dan Dunia

China sedang bertungkus lumus membina platform ekonomi terbesar dunia melalui OBOR.

OBOR ibarat Laluan Sutera Moden

Lebih 2,000 tahun dahulu, utusan Maharaja China Zhang Qian membantu China membuka Laluan Sutera. Ia merupakan laluan perdagangan yang menghubungkan China dengan Asia Tengah dan dunia Arab.

Nama Laluan Sutera diambil daripada produk eksport paling penting China iaitu sutera. Laluan tersebut menjadi laluan utama untuk beratus tahun.

china-one-belt-one-road
Sumber : Visual Capitalist

Pada tahun 2013, Presiden China, Xi Jinping mengeluarkan kenyataan mencadangkan pembinaan platform ala Laluan Sutera moden.

Ia merupakan platform yang terdiri daripada rangkaian kereta api, jalan raya, saluran paip serta grid utiliti yang menghubungkan China, Asia Barat, Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Platform atau inisiatif ini dipanggil One Belt One Road atau singkatannya OBOR dan ia lebih daripada sambungan fizikal. Tujuan ia dibina adalah lebih kepada kerjasama ekonomi.

2 Laluan Penting OBOR

Platform ekonomi ini dibina untuk menambah baik kerjasama perdagangan dan kewangan, kerjasama sosial dan budaya serta menggubal polisi yang memberi manfaat kepada semua negara yang terlibat melalui perbincangan terbuka.

2 komponen penting OBOR merupakan :

  1. Silk Road Economic Belt
  2. 21st Century Maritime Silk Road

Laluan pertama adalah tiga laluan yang menyambung China dengan Eropah (melalui Asia Tengah), Teluk Parsi, Mediterranean (melalui Asia Barat), dan Lautan India (melalui Asia Selatan).

21st Century Maritime Silk Road pula bakal dibina bagi menyambung laluan laut dan melibatkan Asia Tenggara seterusnya Kenya terus ke Eropah juga.

obor
Sumber : Visual Capitalist

Lebih daripada 60 negara, digabungkan mempunyai GDP sebanyak $21 trillion berminat untuk bersama China dalam pelaksanaan OBOR.

Pada tahun 2017, Presiden Xi Jinping mengeluarkan kenyataan bahawa lebih 68 negara sudah menandatangani persetujuan kerjasama untuk bersama China dalam OBOR.

Usaha China ini juga digelar sebagai Globalisasi 2.0 dan kos OBOR ini dijangka mengambil kos $4 trillion dan $8 trillion.

Ia dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2049 dan dilihat bakal menutup jurang infrastruktur yang boleh memantapkan ekonomi benua terbesar dunia.

Pakar ekonomi dan politik melihat selain daripada mahu menjadi negara ekonomi nombor 1 dunia, China dilihat mahu menjadi penjaga pintu gerbang platform perdagangan antarabangsa terbesar di dunia.

xi jin ping obor

Jika projek mega ini berjalan lancar, banyak negara akan mendapat manfaat daripada segi sambungan budaya, kerjasama kewangan dan objektif yang sama boleh dicapai.

Selain daripada itu, dilihat daripada segi matawang, China dilihat boleh mengembalikan kekuatan matawang Renminbi melalui OBOR.

Risiko OBOR

Apabila jumlah wang yang digunakan sangat tinggi, maka risiko juga semakin tinggi. Walaupun banyak negara bersetuju untuk bersama China ada negara melihat risiko yang mereka lihat.

Semua pembinaan rangkaian kereta api, jalan raya, stesen jana kuasa dan sebagainya mendapat dana daripada China dan antaranya ada melalui geran, ada juga melalui pinjaman. Dan jika sesebuah negara tidak dapat membayarnya, maka akan ada akibatnya.

Contohnya Pakistan, pelabuhan di Gwadar adalah menggunakan pinjaman daripada bank-bank China sebanyak $16 billion. Kadar bunga adalah 13% dan jika Pakista tidak mampu membayarnya maka China akan mengambil segala cagaran sebagai pampasan – dari lombong arang batu hinggalah saluran paip.

sri lanka port

Sri Lanka gagal membayar pinjaman $8 billion untuk Hambantota Port. Pada tahun 2017, negara tersebut mencagarkan pelabuhan mereka kepada China bagi melunaskan hutang tersebut.

Sekarang China sudah mempunyai aset yang dipajakkan selama 99 tahun dan ia sangat berguna kerana ia berada di tengah-tengah laluan dari China ke Afrika, Timur Tengah dan Eropah.

 

Scroll to Top