Merah Putih, Warna Signifikan Dalam Budaya Cina

Home » Merah Putih, Warna Signifikan Dalam Budaya Cina

Warna merah putih dalam budaya Cina sangat penting untuk dibezakan kerana 2 warna ini mempunyai 2 maksud yang sangat besar dan berbeza.

Budaya Cina Kaya dengan Keunikan

Apakah perkara pertama yang muncul dalam fikiran anda ketika pertama kali ditanya tentang ciri-ciri masyarakat Cina? Ada sahaja yang pantas menjawab tanglung, chopsticks, bot naga, cheongsam, dim sum, angpau dan banyak lagi jawapan lain yang diberikan.

Benarlah, kepelbagaian budaya yang kaya dalam masyarakat Cina amat menarik untuk kita ketahui. Selain itu, warna juga merupakan antara salah satu ciri yang mencerminkan budaya unik oleh masyarakat Cina.

Nak belajar bahasa Mandarin ikut masa anda?

Tak perlu hadir kelas dengan bimbingan secara peribadi.

Artikel ini akan menerangkan seringkasnya mengenai warna merah putih dalam budaya Cina.

Warna Merah

Karakter 红 (hóng) bermaksud merah. Kita sendiri pasti sudah tahu bahawa masyarakat Cina sudah sinonim dengan warna merah dalam kehidupan mereka.

Mengapakah masyarakat Cina sangat suka akan warna merah? Mengikut tradisi masyarakat Cina, warna merah merupakan warna matahari.

Mereka percaya bahawa mereka berasal daripada penciptaan alam semulajadi. Justeru, warna merah melambangkan tuah, cinta, maruah, kebahagiaan, kejayaan serta kehidupan yang sukses.

perkahwinan masyarakat cina

Selain itu, ketika berlangsungnya perkahwinan masyarakat Cina, kita pasti akan terpegun melihatkan rumah mereka didekorasi meriah dengan perhiasan berwarna merah.

Perkahwinan mereka juga turut dipanggil sebagai “红事儿” (hóngshìr) yang bermaksud happy event.

Pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan memakai pakaian pengantin yang serba merah.

Ketika mereka sampai di rumah pengantin, mereka akan terlebih dahulu duduk di kerusi sedan yang berwarna merah.

Bunga yang berwarna merah juga akan dipakai oleh pengantin perempuan pada bahagian hadapan baju pengantin. Dinding-dinding di rumah mereka juga turut ditampal karakter “喜” (xǐ)yang bermaksud tuah. 

tahun baru china

Seterusnya, warna merah ini memainkan peranan yang besar dalam kepelbagaian perayaan masyarakat Cina terutamanya ketika perayaan Tahun Baru Cina. Mereka akan menggantung tanglung yang berwarna merah di sekitar rumah, melekatkan dua kuplet tahun baru bersebelahan pintu rumah serta memberi 红包 (hóng bāo) yang bermaksud sampul merah yang berisi duit kepada saudara-mara.

bendera china

Anda pasti mengenali bendera negara China, bukan? Warna merah pada bendera China ini melambangkan revolusi komunis negara China selain daripada melambangkan warna tradisional rakyatnya.

Selain itu, dalam budaya masyarakat Cina sendiri, “红人”(hóng rén) dianggap sebagai orang yang berpengaruh atau popular.

“走红” (zǒu hóng) pula bermaksud menjadi popular atau mempunyai tuah. Lihat, begitu banyak karakter 红 (hong) yang digunakan dalam kegunaan seharian masyarakat Cina, bukan? Begitu besar makna perkataan“merah” ini dalam kehidupan mereka.

Warna Putih

Karakter 白 (bái) bermaksud putih. Warna putih pula merupakan warna yang tidak digemari oleh masyarakat Cina.

Mengapa pula begitu?

Hal ini kerana, menurut tradisi mereka warna putih melambangkan kematian, kesedihan dan penyakit. “白事” (bái shìr) atau dalam bahasa Melayu bermaksud pengebumian.

Ketika berlaku pengebumian, kesemua ahli keluarga, sanak saudara serta rakan yang hadir akan memakai pakaian yang berwarna putih.

pengebumian masyarakat cina

Warna putih juga turut mempunyai maksud kegagalan. Contohnya, perkataan 白痴 (báichī) bermaksud bodoh. “白费” (bái) pula bermaksud membazir.

Terdapat banyak lagi perkataan lain yang menggunakan karakter 白 (báifèi) ini digunakan banyak dalam kehidupan masyarakat Cina. Kebanyakan frasa karakter ini mempunyai makna yang tidak baik.

Kini, kita telah pun mengetahui makna tersirat di sebalik dua warna iaitu warna merah putih dalam budaya Cina.

Bukan biasa-biasa saja makna warna-warna ini. Tradisi ini masih kekal sehingga zaman moden kini, mereka juga masih mengharapkan agar tradisi ini kekal tidak tenggelam dek zaman.

Scroll to Top