Anda hanya boleh membeli tiket kereta api China bermula dari 20 hari sebelum perjalanan. Bermaksud anda tidak boleh beli lebih awal sebelum 20 hari.
Khususnya semasa musim cuti. Contohnya pada Festival Spring (pada bulan Januari atau Februari), Hari Mei (Mei-1), Hari Kebangsaan (1 Okt) dan cuti musim panas (dari Julai hingga Ogos). Tiket perlu dibeli secepat yang mungkin jika tidak tiket yang ingin dibeli sudah habis dijual.
Contoh, jika bercadang untuk membuat perjalanan pada 1 Oktober, anda perlu membeli tiket pada sekitar September 11-13 (jika menunggu dengan lebih lama, anda berkemungkinan besar tidak akan dapat membelinya).
Terdapat tiga pilihan untuk membeli tiket kereta api di China iaitu melalui online, membelinya terus di stesen kereta api atau di pejabat tempahan.
Terdapat beratus-ratus laman web di mana anda boleh membeli tiket kereta api China. Berikut adalah beberapa pilihan yang terbaik:
Laman web rasmi tiket kereta api China
Kelebihan membeli tiket melalui laman web tiket kereta api yang rasmi adalah ianya tidak mempunyai apa-apa caj tambahan. Kelemahannya pula adalah bahawa laman web ini adalah dalam bahasa Cina dan anda boleh membeli tiket tersebut jika tinggal di China kerana anda memerlukan akaun perbankan internet mana-mana bank di China dan nombor telefon bimbit China.
Perlu diambil perhatian bahawa anda hanya boleh menempah tiket 20 hari lebih awal dan beberapa masalah di laman web agak kerap berlaku. Tiket hanya boleh diambil di stesen kereta api dengan menunjukkan pasport.
Melalui peraturan-peraturan baru, anda perlu mengisi nama tepat seperti yang dipaparkan dalam pasport(tanpa ruang atau simbol lain) dan hanya boleh memasukkan input maksimum 20 huruf.
Jika nama tidak muat di dalam 20 ruang yang disediakan atau membuat kesilapan ejaan nama, ada kemungkinan bahawa anda tidak akan dapat untuk mengambil tiket dan ianyat perlu ditempah semula.
Pilihan ini bersesuaian jika anda tinggal di China, mempunyai kad kredit Cina (atau debit) serta mampu bercakap Mandarin.
China Highlights
ChinaHighlights.com mungkin adalah cara yang paling mudah untuk membeli tiket kereta api secara online. Laman web ini adalah dalam bahasa Inggeris dan bayaran boleh dibuat melalui kad kredit (Master Card atau VISA) atau PayPal.
Selain itu, tiket boleh ditempah pada bila-bila masa yang anda mahu (tidak perlu menunggu sehingga 20 hari sebelum tarikh perjalanan). Anda juga boleh menempah tiket kereta api sekarang menggunakan widget pada halaman ini.
Bagaimanakah ia berfungsi? Anda membayar yuran sebanyak 5-15 USD (lebih mahal tiket, lebih banyak bayaran yang akan dikenakan, maksimum 15 USD) dan agensi akan membeli tiket untuk anda. (Rujuk rate semasa) Ini bermakna anda tidak perlu berada dalam talian tepat 20 hari sebelum menempah tiket (seperti yang saya katakan, tiket boleh habis dijual dengan segera).
Agensi itu akan menerima tempahan anda serta membelinya dengan segera dan kemudian menghantar tiket tersebut ke hotel (atau rumah, jika anda tinggal di China). Jika mahu, anda juga boleh mengambil tiket-tiket di stesen kereta api (pastikan pasport dibawa bersama-sama!).
Bagi saya mengambil tiket secara langsung di stesen kereta api agak mudah kerana apabila dalam perjalanan, saya lebih suka untuk mempunyai beberapa fleksibiliti dalam jadual perjalanan. Memilih menghantar tiket ke hotel adalah pilihan yang saya hanya gunakan pada saat-saat terakhir.
Terdapat agensi lain yang tidak memberikan pilihan selain daripada untuk menghantar tiket tersebut ke hotel. Masalah yang mungkin timbul adalah untuk menerima tiket, anda terlebih dahulu perlu tahu hotel yang anda tinggal beberapa hari sebelum hari di mana anda sepatutnya mengambil tiket.
Pendek kata, China Highlights adalah pilihan terbaik jika seseorang itu melancong semasa musim kemuncak atau jika anda mahu memastikan untuk dapat membeli tiket kereta api tersebut (kerana untuk membeli tiket kereta api bagi perjalanan jauh, tiket berkemungkinan cepat habis dijual walau pun pada waktu biasa).
cTrip
Sama seperti China Highlights, cTrip.com mempunyai laman web dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol dan bayaran boleh dilakukan melalui kad kredit. Walaupun komisennya kurang (40 Yuan, 5 Euro atau 6.50 USD, ditambah 20 Yuan untuk setiap tiket tambahan), mereka kini boleh menghantar tiket ke hotel atau anda mengambilnya sendiri di stesen kereta api.
Tiket juga boleh ditempah dua bulan awal. Kekurangannya adalah sekiranya berlaku masalah, perkhidmatan selepas jualan mereka boleh dikatakan tidak wujud. Walaupun ini mungkin kelihatan seperti satu masalah kecil, ia boleh menjadi masalah besar jika terdapat masalah dengan tempahan anda. Sebagai contoh bahawa nama pada pasport tidak tepat dengan tempahan yang telah anda lakukan.
Membeli tiket di stesen kereta api China
Ini bukanlah merupakan pilihan yang terbaik kerana stesen kereta api Cina terletak di bandar-bandar utama yang sesak. Jika ingin membeli tiket, anda perlu beratur lama dan berkemungkinan tiket yang ingin dibeli telah habis dijual.
Saya hanya mencadangkan pilihan ini untuk perjalanan jarak pendek yang mana terdapat beberapa kereta api setiap hari. Ini untuk anda boleh pergi ke stesen kereta api bagi mendapatkan tiket dan mengambil kereta api pada hari yang sama. Contohnya seperti perjalanan Beijing-Tianjin (ada kereta api setiap 20 minit) atau Shanghai-Suzhou.
Membeli tiket di pejabat tempahan
Anda tidak perlu untuk pergi ke stesen kereta api. Tiket boleh dibeli di kedai-kedai tiket kereta api (Pejabat tempahan) yang ada di mana-mana sahaja di bandar-bandar besar. Walaupun penjual jarang bertutur dalam Bahasa Inggeris, anda boleh menulis destinasi serta masa perjalanan anda (dalam bahasa Cina).
Biasanya, mereka juga akan mengarahkan anda menyemak tiket anda di skrin agar tidak berlaku kesilapan. Perlu diingatkan bahawa, kerana peraturan-peraturan baru, warga asing tidak boleh mengumpul tiket kereta api yang ditempah online di pejabat ini.