Membeli Peralatan Muzik Di Beijing

Adakah anda seorang guitarist, bassist atau drummer?

Andakah anda penggemar bermain alatan muzik tradisional China?

Xinjiekou South Street (新街口南大街 Xīn jiē kǒu nán dàjiē) merupakan tempat yang wajib anda kunjungi ketika melancong di Beijing.

Xinjiekou South Street

Xinjiekou South Street merupakan antara tempat membeli alat-alat muzik yang popular terletak di bandar Beijing.

Di sini anda boleh membeli pelbagai jenis alat muzik termasuk guitar, drum, piano atau alat-alat muzik tradisional China dan lain-lain lagi. Bagi penggemar muzik, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat ini.

PAKEJ BEIJING

Pakej Muslim Beijing RM1,699

Tour guide Muslim, fasih Bahasa Melayu & Mandarin

Makanan dijamin halal. Waktu solat dijaga

Xinjiekou South Street atau boleh juga dipanggil Xinjiekou merupakan deretan kedai yang mempunyai seni bina tradisional China.

Deretan kedai ini dipisahkan dengan satu jalan raya (街 jie). Sepanjang kiri dan kanan jalan ini terdapat banyak kedai yang menjual peralatan muzik.

sekitar xinjiekou
Deretan kedai di Xinjiekou

Selain menjual peralatan muzik Barat dan tradisional China, terdapat juga kedai-kedai video yang menjual CD dan DVD perbagai jenis muzik. Di antara peralatan muzik yang ada jual di sini adalah seperti

Guitar (吉他 Jítā), Electric guitar (电吉他 Diàn jítā), Drum (鼓 Gǔ), Bass (贝司 Bèi sī), Piano (钢琴 Gāngqín), Violin (小提琴 Xiǎotíqín), Trumpet (喇叭 Lǎbā), Saxophone (萨克管 Sà kè guǎn), Ziter China(筝 Zhēng), Erhu, alat muzik dua tali yang dimainkan dengan penggesek (二胡 Èrhú), Serunai buluh (笛子 Dízi), Pipa, sejenis instrumen petik tradisional China (琵琶 Pípá), Ruan, alat muzik petik tali (阮 Ruǎn) dan lain-lain lagi.

Setiap kedai mempunyai suasana yang sangat unik dengan hiasan dan susunan peralatan muzik.

Setiap peralatan muzik disusun dengan begitu kemas. Apabila masuk ke kedai ini, anda pasti merasakan ingin membeli sesuatu. Kebiasaannya, anda dibenarkan untuk mencuba bermain peralatan tersebut.

kedai gitar
suasana kedai gitar

Boleh dikatakan setiap kedai muzik di Xinjiekou mempunyai pemuzik-pemuzik yang pakar bermain alat muzik mengikut bidang mereka masing-masing.

Kebanyakan daripada mereka juga mempunyai band atau kumpulan muzik sendiri di mana mereka juga sering membuat persembahan di sekitar bandar Beijing.

guru gitar
pemuzik dan juga guru gitar

Jadi tidak hairanlah apabila bersiar-siar di sini, anda akan terdengar alunan muzik yang mereka mainkan. Ianya sungguh merdu, mengasyikkan dan pasti membuat anda terpegun.

bermain gitar

Bukan sahaja menjual peralatan muzik, mereka juga menawarkan sesi pembelajaran untuk kelas-kelas muzik seperti belajar bermain gitar, drum, atau alat muzik tradisional China. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Contohnya untuk kelas gitar, bayaran yang dikenakan adalah sekitar 800 yuan bagi 10 sesi dan setiap sesi pembelajaran sekitar satu jam. Harga yang ditawarkan tidak sama untuk semua kedai.

Jika pandai menawar, mungkin anda boleh mendapat harga yang murah lagi. Mereka akan mengajar anda dari asas bermain muzik tersebut sehingga anda mahir. Ia juga bergantung atas kerajinan untuk berlatih.

Mereka juga menyediakan perkhidmatan untuk membaiki peralatan muzik. Jika alat muzik anda mempunyai masalah, datanglah ke sini untuk membaikinya.

Kebanyakan daripada mereka tidak mampu bercakap Inggeris dan hanya boleh bertutur dalam bahasa mandarin.

Jadi ia mungkin memberi sedikit masalah bagi pelancong yang tidak mampu berbahasa mandarin.

Bagi pelancong beragama Islam, anda tidak perlu khuatir tentang makanan. Berdekatan dengan street ini juga terdapat beberapa kedai halal.

Jadi anda boleh menikmati makanan halal China ketika berkunjung ke sini. Di kedai tersebut ditampal tanda (清真 Qīngzhēn) yang bermaksud halal. Anda tidak perlu risau untuk makan apa sahaja di kedai tersebut.

Untuk ke sana, pengangkutan awam yang boleh anda naiki ialah subway. Ambil subway laluan 4 atau laluan 6 ke arah stesen Ping An Li (平安里 Píng’ān lǐ), keluar dan berjalan ke arah Utara jalan ini dan anda akan sampai ke destinasi anda.

Jika menaiki teksi anda hanya perlu menyebut (新街口南大街 Xīn jiē kǒu nán dàjiē).

stesen ping'an li
stesen Ping‘An Li

Peringatan : Jangan turun di stesen Xinjiekou kerana anda perlu berjalan jauh untuk sampai ke kedai pelaratan muzik tersebut.

Walaupon tempat ini bernama Xinjiekou tetapi untuk ke sana dengan menaiki subway, anda perlu turun di stesen Píng’ān lǐ.

Tip membeli barang : Pastikan anda tahu terlebih dahulu harga pasaran. Ini bagi mengelakkan diri daripada ditipu. Ia juga dapat membantu anda untuk tawar-menawar harga barangan tersebut kerana sudah tahu harga pasarannya.

Ketika bersama pemilik kedai tawar-menawar, anda boleh menyebut (老板便宜点可以吗, Lǎobǎn, piányi diǎn kěyǐ ma), yang bermaksud “boss, murah sedikit harga, boleh tak” atau (太贵了,便宜点吧 Tài guìle, piányi diǎn ba) “terlalu mahal lah, murah sikit boleh la”.

Gunakan senyuman dan perlu pandai ambil hati pemilik kedai tersebut.

deretan kedai berdekatan Xinjiekou

Lokasi Xinjiekou juga berdekatan dengan Houhai Park, Guanyuan Park dan Guanyuan Popular Science Park.

Alamat : Xinjiekou South Street, Xicheng District

Pengangkutan : subway line 4 atau 6, stesen Píng’ān lǐ.

Waktu perniagaan : 9.00am-10.00pm

Leave a Comment

Scroll to Top