Membeli Makanan Halal di China

Home » Membeli Makanan Halal di China

Menetap di luar negara bukan saja dapat mempelajari bahasa tempatan malah berpeluang merasai pengalaman-pengalaman yang berbagai-bagai dan berharga.

Makanan merupakan salah satu aspek penting untuk kita menyelami sesebuah budaya di tempat baru.

Makanan Di Tempat Orang

Orang kata, tak cukup syarat berjalan kalau sudah sampai di sesuatu tempat itu tetapi tidak merasai makanan asal tempat tersebut.

China merupakan sebuah negara besar yang mempunyai populasi penduduk seramai 1.404 bilion. Terdapat 56 kumpulan etnik di China. Antaranya ialah kaum Han, Hui, Uyghur, Mongol, Bai dan banyak lagi.

China terdiri daripada 23 wilayah seperti Beijing, Yunnan dan Shanghai. Semestinya setiap tempat di China mempunyai makanan yang melambangkan keunikan sesebuah tempat tersebut.

peta makanan china

Jika kita lihat peta di atas, setiap wilayah di China mempunyai makanan yang tersendiri. Sebagai contoh di Xinjiang terkenal dengan sate kambing, Chongqing pula terkenal dengan Sekiranya anda ke mana-mana wilayah di China, jangan lepaskan peluang untuk merasai makanan di tempat-tempat berkenaan.

Menjadi seorang Muslim tidak menjadikan kita terbatas dalam melakukan apa-apa perkara, sekiranya kita mengikut panduan yang betul, yang kena dengan cara maka kita boleh survive!

Isu mencari barangan halal juga perlulah dititikberatkan, tidak boleh bersikap acuh tak acuh. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda, terutamanya kepada pelancong Muslim tentang tips dan cara membeli makanan halal di China.

Jangan risau! Dengan berpandukan tips di bawah, InshaAllah boleh membantu anda untuk mendapatkan makanan halal di China.

Makanan Halal di China

清真 (qīngzhēn) bermaksud halal

  1. Sekiranya kita mahu membeli makanan di kedai runcit atau pasar raya, logo halal adalah seperti gambar di bawah:
makanan halal
Antara yogurt halal yang dijual di China
makanan halal
Minuman dan yogurt halal

Gambar-gambar di bawah pula merupakan antara logo halal yang diiktiraf JAKIM yang boleh dijadikan panduan kepada kita untuk membeli makanan halal.

makanan halal
Logo halal yang diiktiraf
makanan halal
Logo halal yang diiktiraf

Selain daripada logo halal di atas, terdapat juga barangan yang diimport dari luar negara yang mempunyai cop halal yang berbeza-beza. Jadi, kita juga perlu cakna logo halal yang diiktiraf dari negara-negara lain juga. Klik di sini Halal Jakim: Logo Halal Luar Negara yang boleh kita ambil tahu.

Restoran

Terdapat banyak restoran halal yang mudah didapati di China. Restoran yang mempunyai logo seperti di bawah, dimiliki oleh orang China berbangsa Hui, InshaAllah diyakini halal.

logo halal
Restoran Mahua antara restoran halal di China

Dengan berpandukan logo-logo halal di atas ini juga, anda boleh membeli street food di mana-mana seluruh China. Sekiranya anda mahukan kepastian tentang makanan yang anda ingin beli daripada penjual street food , anda boleh bertanyakan soalan kepada penjual, contohnya:

  • 这个是清真的吗?(zhè gè shì qīngzhēn de mɑ?) = Adakah ini halal?

Di bawah ini disertakan senarai kandungan bahan yang tidak halal di dalam makanan seperti roti, biskut, kek dan banyak lagi. Jadi, selepas ini kita boleh berhati-hati dalam memilih makanan.

kandungan tidak halal
Senarai kandungan bahan yang tidak halal

Ada juga kes terdapat gerai yang menampal logo 清真 tetapi setelah diselidik, ternyata penjual yang tidak bertanggungjawab itu menjual makanan yang tidak halal. Jadi, dengan tips yang diberikan di atas diharapkan kita akan lebih berhati-hati.

Kini anda sudah tahu cara dan di mana untuk mencari makanan halal. Semoga dengan tips di atas mampu membantu untuk memudahkan urusan anda ketika melancong di negara Tembok Besar China ini.

Selamat bercuti!

Scroll to Top