Artikel ini merupakan panduan untuk melancong ke Hunan. Artikel ini mengandungi sejarah dan pengetahuan umum mengenai Hunan. Kami juga senaraikan sebab kenapa Hunan boleh dijadikan salah satu destinasi jika anda ke China.

Pengenalan Wilayah Hunan

Wilayah 湖南 (Húnán) terletak di selatan tengah China dan sehingga selatan Tasik Donting dan  daripada situ dapatnya nama Hunan. Maksud nama Hunan adalah selatan tasik dan dikelilingi dengan gunung ganang, sungai dan bersempadan dengan Sungai Yangtze.

Walaupun sekeliling Hunan adalah bukit bakau dan gunung ganang, populasi di Hunan sangat tinggi iaitu seramai 65 juta orang dan dipecahkan kepada 41 etnik yang berbeza.

Selain daripada mereka menggunakan dialek Xiang sebagai bahasa komunikasi harian, Xiang juga merupakan nama ganti unguk Hunan dan digunakan sebagai nombor plat kenderaan Hunan.

changsha
Changsha

Menurut sejarah, ekonomi Hunan adalah berdasarkan pertanian (beras, teh, buah oren dan lain-lain). Daripada segi politik pula, Hunan merupakan wilayah yang stabil sehinggalah pada tahun 1927, kebangkitan pergerakan Komunis Mao mula rancak.

Sehingga hari ini, Hunan dikatakan kubu kuat revolusi Mao. Ia juga merupakan kampung halaman Mao dan tempat kelahiran beliau. Malah jika anda ke sana, terdapat kejiranan yang masih lagi ada grafiti propaganda di dinding-dinding rumah mahupun dinding kota lama.

Kenapa Melancong ke Hunan?

Jadikan tahun ini tahun melancong ke Hunan dan China. Hunan sangat terkenal dengan makanan pedas mereka dan penduduk tempatan sangat bangga dengan Hunan kerana ia merupakan tempat kelahiran Chairman mereka dan juga pengkalan revolusi Komunis.

Hunan merupakan salah satu wilayah yang sangat cantik dengan bandar kecil bersama senibina yang sangat tradisional ditemani pemandangan gunung dan tumbuhan menghijau.

Walaupun ramai yang melancong ke Hunan untuk melihat tempat lahir Komunis China, ramai juga yang melancong ke Hunan untuk menghayati kecantika alam sekitar di sana.

mao ze dong

Kerajaan China berjaya mengambil peluang untuk menjadikan Hunan salah satu tempat yang wajib dilawati daripada segi penjagaan dan pembaikan kota lama di sana. Pengangkutan antara bandar kecil ditambah baik dan infrastruktur juga dijaga dengan baik.

Hunan juga tiada sektor pembinaan yang tinggi berbanding wilayah lain di China. Ia kerana batasan geografi (80% daripada Hunan adalah gunung, bukit, sungai dan tasik).

Hunan tidak akan mengecewakan anda jika anda seorang yang mencari bahagian China yang cantik alam persekitarannya tanpa dicemari pencemaran alam digabung pula dengan binaan lama yang dijaga.

Ia bukanlah destinasi orang luar negara, jadi jangkakan pelancong yang anda jumpa di sana adalah orang China sendiri dan pada bulan Julai, Ogos & Cuti Umum akan dibanjiri dengan mereka.

Tempat Menarik di Hunan

Hunan ada banyak lokasi pelancongam. Kami kupas tempat yang wajib anda pergi jika ke Hunan termasuklah panduan untuk ke sesuatu tempat.

Wulingyuan-Zhangjiaje

Kawasan Wulingyuan-Zhangjiaje merupakan lokasi paling wajib anda pergi jika ke Hunan. Ia merupakan Tapak Warisan Dunia sejak tahun 1992.

Jika anda pernah tonton filem Avatar yang diarah James Cameron, maka anda boleh lihat persamaan lokasi yang diisparasi ke dalam filem tersebut dengan tempat ini.

zhangjiajie avatar

Jika anda pernah ke Huangshan atau Jiuzhaigou maka anda akan lihat struktur dan susunan kawasan ini ada persamaannya. Infrastruktur dibina di atas bukit untuk anda melihat pemandangan yang sangat cantik.

Pastikan jika anda ke sana semasa waktu puncak, susun barangan anda terutama kamera dalam beg dengan baik supaya anda mudah untuk mengambilnya untuk mengambil gambar momen yang paling cantik.

Dicadangkan untuk anda supaya meluangkan masa di sana selama 2 hingga 3 hari dan setiap hari anda di sana. Bangun awal pagi untuk melawat tanpa terganggu dengan keramaian pelancong China dan mengelakkan daripada beratur panjang untuk membeli tiket dan naik ke puncak.

Pastikan anda makan sarapan sebelum ke sana dan bawa bekalan seperti air dan snek kerana makanan yang dijual di atas sangat mahal.

zhangjiajie 2

Harga tiket masuk adalah sebanyak 245 Yuan dan ia boleh digunakan selama 7 hari dan tiket bas pula sebanyak 80 Yuan. Semasa musim kurang pelancong, harga tiket masuk adalah separuh harga kecuali tiket bas.

Jika anda mahu bermalam di sana, anda boleh menginap di Jinjiang Inn.

Untuk ke sana, perjalanan anda agak mencabar. Dari Beijing anda boleh naik kapal terbang atau kereta api.

Untuk ke Zhangjiajie paling mencabar. Sangat digalakkan untuk anda bermalam di bandar Wulingyuan dan dari sana anda boleh menaiki bas atau teksi (40 minit).

Fenghuang

Fenghuang bermaksud Phoneix merupakan satu banda kecil di bahagian selatan wilayah Hunan. Ia merupakan sebuah bandar kuno yang berusia 1,300 tahun dan dijaga rapi oleh kerajaan China.

Lokasi paling terkenal di Fenghuang ini adalah Sungai Tuo. Jika anda bangun awal pagi, anda boleh lihat kabus antara binaan di tengah sungai dan melihatkan lukisan tradisional China.

Pemandangan bangunan lama dengan sungai sangat cantik dan mengujakan.

Binaan di sungai-sungai tersebut dijadikan hotel, restoran atau bar dan semua datang dengan harga yang sangat mahal.

fenghuang
Fenghuang pada waktu malam

Untuk berjalan di bandar Fenghuang, anda dikenakan bayaran sebanyak 180 Yuan dan anda perlu cari kaunter tiket.

Tiket masuk tersebut adalah termasuk akses kepada muzium dan kuil.

Jika anda ke sana, anda boleh bermalam di Rujia Hotel yang jauh sedikit daripada bandar Fenghuang dan anda boleh tidur malam dengan nyenyak kerana jauh daripada bising bandar Fenghuang.

Jika anda mahukan feel klasik, anda boleh menginap di Fenghuang West Inn dengan pemandangan sungai dan bandar Fenghuang yang cantik dan romantik.

Walaupun Fenghuang tiada lapangan terbang atau kereta api terdapat lapangan paling dekat dengan Fenghuang iaitu di Tongren sejauh 34 kilometer manakala kereta api Jishou pula sejauh 50 kilometer.

Bas dari Jishou mengambil masa sejam dengan kos bawah 20 Yuan sahaja. Jika anda dari Zhangjiaje, ada bas 80 Yuan mengubungkan 2 tempat ini (hanya 2 trip sehari). Atau jika anda dari Changsha, bas juga 2 kali sehari dengan harga 150 Yuan.

Shaoshan

Shaoshan adalah bandar kecil di bahagian selatan Changsha di mana ia merupakan tempat kelahiran Mao Ze Dong iaitu pengasas negara China dan membesar di sana.

Tempat ini dipanggil “laluan-merah” pelancongan dengan inisiatif kerajaan China sejak 2005. Tujuannya untuk menggalakkan pelancong untuk menziarahi kawasan yang mempunyai kaitan dengan sejarah Komunis di China.

Tempat tarikan di Shaoshan semua berkait dengan Komunis, antaranya :

Memorial Mao Ze Dong
Memorial Mao Ze Dong

Muzium Memorial Mao Ze Dong : Muzium ini dibina dan dibuka pada tahun 1964 dan hanyalah muzium dalam China yang menunjukkan sejarah hidup Mao Ze Dong. Masuk adalah percuma.

Patung Mao Ze Dong : Ia dibina sempena 100 tahun kelahiran Mao Ze Dong pada tahun 1993 dan dianggap sebagai tugu memperingati Mao Ze Dong di Shaoshan.

Rumah Mao Ze Dong : Mao Ze Dong lahir pada musim sejuk tahun 1893. Dia meluangkan usia kanak-kanak dan remaja di rumah ini.

Binaan tradisional ini agak besar dan dimusnahkan pada tahun 1929 oleh Kuomintang (parti yang memerintah China sebelum dikalahkan oleh Komunis). Ia dibina semula pada tahun 1950 (setahun selepas Komunis berjaya mendapatkan China).

Gua Shanshan Di Shui : Ada sekali semasa Mao Ze Dong pulang ke kampung halamannnya dan membina kompleks ini untuk pulang tinggal di sana. Ia hanya 4 kilometer sahaja dari Patung Mao Ze Dong dan bayaran masuk adalah sekitar 60 Yuan.

Jika anda ke sana, anda boleh menginap di mana-mana hotel di Changsha atau di Shaoshan.

Untuk ke sana, anda hanya perlu naik bas dari Stesen Bas Selatan di Changsha antara jam 8:00 pagi dan 5:30 petang. Naik bas dengan bayaran 30 Yuan. Masa diambil dari Changsha adalah 2 jam.

Di Hunan, anda juga boleh berkunjung ke Gunung Heng dan Dehang. Jika anda melancong ke Hunan, kongsikan bersama kami pengalaman anda.

Jika mahu melancong ke Hunan atau tempat selain Hunan, boleh hubungi kami di sini.

About The Author

Scroll to Top