Adakah anda pernah melancong ke Hong Kong?

Apakah tempat menarik di Hong Kong yang wajib anda pergi?Atau anda sedang mencari pakej Trip ke Hong Kong?

Sebelum tu jom tengok 8 tempat yang kami senaraikan terlebih dahulu.

Melancong Ke Hong Kong Sangat Best!

Hong Kong merupakan wilayah pentadbiran khas China yang terletak di bahagian Tenggara China.

Dengan keluasan seluas 426 batu persegi (1104 km persegi) bandar ini merupakan salah satu pusat kewangan, perbankan dan perdagangan utama dunia.

Bendera Hong Kong
Bendera Hong Kong

Hong Kong (香港) merupakan salah satu daripada wilayah Republik Rakyat China. Hong Kong bermula sebagai sebuah pelabuhan perdagangan.

Pada tahun 1842, Hong Kong pernah menjadi tanah jajahan United Kingdom. Ianya diklasifikasikan semula sebagai sebuah wilayah yang bergantung kepada British pada 1983 sehingga penyerahan kedaulatan kepada Republik Rakyat China pada 1997.

Peta Hong Kong
Peta Hong Kong

Kebanyakan rakyat di Hong Kong bertutur dalam bahasa Kantonis dan fasih berbahasa Inggeris.  Hong Kong menggunakan mata wangnya sendiri iaitu Hong Kong Dolar (HKD) (Rujuk rate semasa). Waktunya pula adalah hampir sama dengan waktu tempatan di Malaysia.

Selain berperanan sebagai pusat kewangan, perbankan dan perdagangan utama dunia, Hong Kong juga berperanan sebagai pusat pelancongan yang terkenal di China.

Terdapat banyak tempat menarik di Hong Kong yang boleh anda lawati .

tempat menarik di hong kong
Banyak tempat menarik di Hong Kong yang wajib anda lawati

Menikmati Persembahan “A Symphony of Lights” di Avenue of Stars

Persembahan “A Symphony of Lights” mencipta rekodnya tersendiri apabila disenaraikan di dalam Guinness Book of World Records sebagai persembahan lampu terbesar di dunia. Terdapat sebanyak 45 banggunan pencakar langit sepanjang Skyline Hong Kong dan setiap banggunan akan menembak lampu laser ke arah Victoria Harbor sambil diiringi dengan muzik.

Pertunjukan ini diadakan setiap hari pada pukul 8 malam (selagi tiada amaran taufan) dan berlangsung selama 14 minit. Anda disarankan untuk datang lebih awal supaya dapat memilih sudut yang baik untuk mengambil gambar dan melihat pertunjukkan tersebut.

A Symphony of Lights
A Symphony of Lights

Persembahan lampu diiringi dengan muzik ini amat memukau hati setiap pengunjung. Saya cadangkan para pelancong yang ke Hong Kong jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati sendiri persembahan ini.

Ia pasti membuatkan anda teruja melihat keindahan cahaya-cahaya lampu pada setiap banggunan yang terpancar sambil diiringi dengan alunan muzik.

Pengangkutan :

Anda perlu ke Kowloon. Jika menaiki MRT, ambil susur keluar di pintu J dari stesen MRT Tsim Sha Tsui East dan anda akan tiba di Tsim Sha Tsui Promenade. Di situ akan ada papan tanda. Ikut arah Avenue of Stars sehingga ke Hong Kong Culture Centre.

Victoris Peak dan MadameTussauds

Tempat menarik di Hong Kong yang seterusnya ialah Victoria Peak & Madame Tussauds. Victoria Peak merupakan tempat terbaik untuk pelancong menikmati pemandangan bandar Hong Kong secara menyeluruh dari atas. Dengan ketinggian 554 meter di atas paras laut, Victoria Peak merupakan puncak tertinggi di Hong Kong.

Pemandangan yang sangat indah ini menjadikan Victoria Peak sebagai tempat tumpuan pelancong. Pada waktu siang, anda akan terpukau melihat deretan bangunan pencakar langit, bukit-bukau serta Victoria Harbour. Pada waktu malam keindahan pemandangannya diserikan lagi dengan cahaya lampu pada setiap banggunan tersebut.

Hong Kong
Hong Kong

Peak Tram

Untuk sampai ke Victoria Peak, anda boleh merasai pengalaman menaiki Peak Tram. Sepanjang perjalanan pasti membuatkan anda terpukau melihat pemandangan di sekelilingnya. Tram tersebut telah beroperasi lebih dari seratus tahun.

tram
tram

Perjalanan menaiki trem mengambil masa kira-kira lapan minit untuk sampai ke Peak Tower. Selain daripada dapat melihat pemandangan Hong Kong di Peak Tower, Madame thousand juga menjadi tarikan utama pengunjung ke sini.

Madame Tussauds

Madame Tussauds adalah sebuah muzium yang mempamerkan patung lilin orang-orang terkenal di dunia ini. Pengasas Madame thousand (1761-1850) adalah seorang artist terkenal di Perancis dan seluruh dunia.

Madame Tussauds
Madame Tussauds

Madame thousand Hong Kong dibuka sejak tahun 2000 dan menjadi Madame thousand pertama di Asia. Sebanyak kira-kira 100 patung lilin selebriti dipamerkan di situ.

Pengangkutan

Naik MTR hingga ke Central Station, kemudian berjalan kaki ke Peak Tram Lower Terminus di Garden Road. Seterusnya naik trem hingga ke Peak Tower.

Disneyland

Disneyland merupakan tempat yang wajib anda kunjungi ketika melancong di Hong Kong. Apabila berada di sana, anda seolah-oleh berada di dunia khayalan apabila ditemani dengan Mickey Mouse dan rakan-rakan Disney yang lain.

Hong Kong Disneyland
Hong Kong Disneyland

Lokasi : Hong Kong Disneyland, Lantau Island, Outlying Islands

Pengangkutan : Naik Mrt hingga ke Sunny Bay Station dan anda perlu tukar train ke arah Resort Station (MRT Disneyland Resort Station) hingga tiba di Disneyland.

Laman web : Hong Kong Disneyland

Hong Kong Disneyland
Hong Kong Disneyland

Tip

  • Menaiki Mrt ke sini merupakan pilihan yang bijak dan boleh menjimatkan kos perbelanjaan anda.
  • Habiskan masa selama satu hari dari pagi hingga malam di Disneyland.
  • Bawa bekalan makanan sendiri untuk menjimatkan kos perbelanjaan anda.
  • Elakkan berkunjung di sini pada waktu cuti umum kerana anda berisiko berhadapan dengan ramai pengunjung.
  • Jangan membuang masa untuk mengambil gambar di bahagian depan pintu masuk kerana di bahagian dalam terdapat lebih banyak lagi tempat yang menarik bagi mengambil gambar.

Menaiki The Star Ferry

The Star Ferry merupakan feri yang menghubungkan pulau Hong Kong dengan semenanjung Kowloon yang terletak di tanah besar China. Walau pun pulau dan tanah besar itu kini telah dihubungkan dengan terowong bawah tanah, namun perkhidmatan feri tersebut masih lagi berjalan seperti biasa.

Apabila melancong di Hong Kong, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman menaiki feri tersebut. Anda boleh menikmati pemandangan Hong Kong yang begitu indah.

Star Ferry
Star Ferry

Pengangkutan

1) Central Star Ferry : MTR Hong Kong Station, Exit A2

MRT Central Station, Exit A

2) Tsim Sha Tsui Star Ferry : MTR Tsim Sha Tsui, Exit L6

Wan Chai Star Ferry : MRT Wan Chai Station, Exit A1

The Avenue of Star

The Avenue of Star terletak di bahagian timur Tsim Sha Tsui, Kowloon. Ianya dibina untuk mempamerkan industri filem tempatan dari aspek sejarah, artis dan orang yang bekerja di sebalik tabir dalam pembikinan filem.

The Avenue of Star terletak di persisiran pantai, siap dibina pada April 2004. Seni binanya telah direka selepas Avenue of Star di Hollywood, USA.

The Avenue of Star
The Avenue of Star

Pengangkutan : Ambil MTR hingga ke Tsim Sha Tsui East Station, keluar di pintu E.

Ocean Park

Hong Kong Ocean Park merupakan taman tema yang popular di Hong Kong. Anda boleh menghabiskan masa seharian di sini sambil mengambil pengalaman melihat binatang seperti penguin, ikan lumba-lumba, singa laut serta pelbagai lagi hidupan mamalia.

Ocean Park terletak di bahagian selatan pulau Hong Kong. Dengan keluasan 170 ekar, ia merupakan salah satu daripada taman laut terbesar di dunia. Terdapat pelbagai pertunjukan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Ocean Park
Ocean Park

Pengangkutan : Naik MRT di South Island Line, turun di Ocean Park Station, Exit B. Anda akan nampak pintu masuk Utara taman tema berkenaan.

Waktu operasi : 10:00 – 18:30

Tsim Sha Tsui

Tsim Sha Tsui terkenal sebagai pusat membeli belah yang terletak di selatan semenanjung Kowloon. Ia juga tempat menarik di Hong Kong yang paling banyak dilawati. Terdapat banyak kedai, pusat membeli-belah, restoran serta bangunan pejabat di situ. Anda boleh bersiar-siar di sepanjang jalan dan merasai sendiri suasana bandar Hong Kong.

Tsim Sha Tsui
Tsim Sha Tsui

Nathan Road merupakan jalan utama di kawasan Tsim Sha Sui. Dari Nathan Road anda boleh berjalan-jalan sambil melihat pelbagai barangan berjenama yang dijual di situ. Terdapat sebuah masjid berdekatan dengan Nathan Road.

Masjid yang terletak di Nathan Road
Masjid yang terletak di Nathan Road

Selain itu, Victoria Harbour, Avenue of Stars, Hong Kong Museum of Art, Hong Kong Space Museum dan The Cultural Centre juga terletak berhampiran dengan Tsim Sha Sui.

Tip : Saya cadangkan anda memilih hotel yang terletak di Tsim Sha Sui kerana ianya berdekatan dengan banyak tempat menarik dan pengangkutan untuk ke tempat lain juga mudah.

Pengangkutan : Naik MTR turun di Tsim Sha Sui East Station

Ladies Market dan Temple Street Night Market

Tempat ini merupakan pusat membeli-belah yang menjual barang-barang seperti cenderahati, pakaian, aksesori dan lain-lain lagi. Semasa melancong ke Hong Kong, anda boleh ke sini untuk melihat suasana pasar di Hong Kong serta melihat sendiri kemeriahan dan suasana mereka berniaga. Di sini juga anda boleh mengasah kemahiran tawar-menawar ketika mahu membeli barang. Berhati-hati ketika berurus niaga agar tidak ditipu oleh mereka.

night market
night market

Pengangkutan

Ladies Market : Ambil MTR turun di Mong Kok Station, Exit E2. Kemudian jalan kaki sepanjang Nelson Street hingga ke Ladies Street.

Temple Street Night Market : Ambil MTR hingga ke Yau Ma Tei Station, Exit C1, atau ambil MTR hingga ke Jordan Station, Exit A.

Trip Ke Hong Kong

Banyak kan tempat menarik di Hong Kong yang buat anda teruja untuk ke sana. Jika anda ke sana jangan lupa hayati pemandangan malam di sana. Serta ambillah gambar cantik-cantik kerana bagi kami, Hong Kong adalah tempat yang sangat instagrammable.

trip ke hong kong

Kesimpulan

Melancong ke Hong Kong, melihat campuran antara moden dan klasik membuatkan anda mahu melancong ke Hong Kong berkali-kali lagi untuk merasai gaya hidup orang lokal. Tempat menarik di Hong Kong lebih daripada senarai ini dan akan ditambah dari masa ke semasa.

Makanan yang sedap, pemandangan yang indah, siapa tak mahu melancong ke Hong Kong kan? Selamat berkunjung ke Hong Kong!

melancong ke hong kong

About The Author

Scroll to Top