Makanan China Berbeza Mengikut Provinsi

Travel Ke China, Makanan China Menjadi Buruan

Travel ke China, tidak sah jika anda tidak mencuba makanan tempatan mereka terutama makanan tradisional mereka.

Makanan merupakan antara bahagian yang paling penting dalam kebudayaan. Jika di Malaysia, makanan tempatan yang susah untuk dijumpa di tempat lain adalah seperti :

  1. Nasi lemak
  2. Asam Pedas
  3. Nasi Dagang
  4. Nasi Kerabu
  5. Lontong Kering
  6. Beraneka sambal
  7. Beraneka kuih muih

Dan sebagainya. Kenapa? Kerana makanan merupakan identiti kepada sesuatu budaya. Dan seperti yang kita ketahui nasi kerabu asalnya dari Kelantan, nasi dagang asalnya dari Terengganu, Asam Pedas asalnya dari Melaka dan lain-lain.

Makanan juga memberi refleksi kepada sesuatu budaya. Dan makanan juga sebenarnya diformulasikan mengikut lokasi sesuatu tempat.

Sama seperti di China, makanan berbeza-beza boleh ditemui di provinsi yang berbeza. Malah makanan ruji antara orang di utara China dan selatan China pun sudah berbeza. Di utara China, makanan ruji mereka adalah tepung (mee, roti) manakala makanan ruji bagi orang selatan China pula adalah nasi.

Dim Sum

Gaya masakan, rempah ratus, resepi masakan juga berbeza, bergantung kepada geografik sesuatu tempat. Contohnya di utara China anda akan jumpa banyak makanan yang dibuat adalah berdasarkan daging kambing dan di selatan China, banyak daripada makanan mereka adalah berdasarkan makanan laut.

Satu lagi faktor yang mempengaruhi makanan mereka adalah citarasa maharaja dulu kala. Disebabkan citarasa maharaja yang berbeza, sesetengah provinsi mengikut citarasa tersebut.

Jika dikaji kembali, masakan China dibahagikan kepada beberapa masakan. Antaranya adalah masakan Chuan, Lu, Yue, Huiayang dan sebagainya.

Warna, bau dan rasa kesemua masakan China sangat bebeza.

Antara makanan yang paling terkenal jika anda ke sana adalah :

  1. 烤肉
  2. 宫保鸡丁
  3. 饺子
  4. 豆腐
  5. 拉面

5 jenis makanan ini hanyalah makanan yang paling mudah untuk ditemui. Jika mahu senaraikan semua jenis makanan mengikut provinsi, kami akan senaraikan dalam artikel lain.

Kambing Bakar

Teh Cina Ibarat Air Suam Di Malaysia

Itu berkisar mengenai makanan. Bagaimana pula dengan minuman seperti teh cina? Atau mungkin teh o ais seperti kita di Malaysia?

Di restoran di China, mereka sangat jarang menghidangkan minuman panas atau sejuk seperti di Malaysia. Biasanya mereka hidangkan teh cina.

Teh cina pula terdapat pelbagai jenis bergantung kepada daun teh yang digunakan. Resepi untuk membuat teh cina paling asas sangat senang. Apa yang diperlukan hanyalah daun teh dan air panas.

Sama seperti makanan, jenis teh juga dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu dalam pemilihan teh. Antara yang paling memberi kesan adalah faktor kesihatan.

Ada teh sesuai untuk musim sejuk, tidak sesuai semasa musim panas dan sebaliknya. Ada teh memang hanya diminum semasa perayaan istimewa sahaja. Jika anda travel ke China, kaji teh cina apa yang boleh membantu anda untuk memanaskan badan.

Selain daripada teh, minuman beralkohol juga menjadi minuman kegemaran mereka. Minuman alkohol yang paling digemari mereka ialah 白酒 yang bermaksud arak putih.

Arak ini diperbuat daripada gandum, jagung atau beras.

Kesimpulan

Jika anda ke China, cubalah makanan China. Bagi kami, makanan yang berbeza mempunyai keunikan dan rasa yang berbeza.

Jika anda penggemar daging, anda perlu ke utara atau barat China. Jika anda penggemar makanan laut, sila ke timur atau selatan China.

Travel Ke China

Untuk akan datang, akan kami senaraikan makanan-makanan yang wajib anda rasa sekiranya anda ke China dan ia mestilah mengikut provinsi yang betul, untuk mendapatkan rasa yang asli!

Apa beza orang barat dan orang China? Klik SINI untuk baca.

Dikemaskini pada

1 thought on “Makanan China Berbeza Mengikut Provinsi”

  1. Pingback: 5 Makanan China Wajib Anda Cuba! - Limau Mandarin

Leave a Comment

Scroll to Top