Kuih Bulan Halal Ke? Jom Tengok Video Penerangan Ohana China

Home » Kuih Bulan Halal Ke? Jom Tengok Video Penerangan Ohana China

Kuih Bulan Halal?

Kuih bulan halal ke? Ramai dalam kalangan muslim Malaysia tertanya-tanya kuih bulan halal ke? Jika kita ke pasaraya antara bulan September – Oktober, akan ada ketika kita akan lihat banyak gerai yang menjual kuih bulan. Dan menjadi persoalan utama, kuih bulan halal ke?

Sebelum kita masuk ke dalam bahagian status kuih bulan. Ayuh kita kenal dulu kuih bulan itu sendiri. Kuih bulan merupakan salah satu makanan tradisional yang dimakan ketika festival pertengahan musim luruh (mid-autumn festival).

Sejarah Kuih Bulan

Festival tersebut adalah festival menuai bagi orang Cina yang disambut pada 15 haribulan 8 pada calendar Lunar. Dipercayai pada tarikh tersebut adalah pada bulan mengambang. Perayaan ini disambut sejak dinasti Shang.

chang'e
Chang’e

Ada daripada orang Cina percaya bahawa yang membawa hujan kepada tanaman adalah naga dan ada juga yang merayakannya dengan menyembah dewi Chang’e iaitu dewi bulan. Kisah Chang’e antara yang menjadi kisah rakyat yang sangat terkenal semasa perayaan mid-autumn.

Kuih bulan berbentuk bulat dengan diameter 10 cm dan ketebakan 3 – 4 cm. Biasanya inti di dalam kuih bulan adalah kacang merah dan di dalam inti tersebut mengandungi kuning telur itik. Menjadi tradisi orang Cina untuk makan kuih bulan ditemani the cina panas.

Hari ini, kuih bulan juga menjadi tradisi kepada ahli perniagaan dan keluarga untuk memberi kuih bulan kepada sahabat, keluarga dan lain-lain.

Kuih bulan juga menjadi hadiah yang bernilai tinggi sehingga ada kuih bulan mencecah ribuan Yuan. Antara sejarah yang berkaitan dengan kuih bulan adalah ketika revolusi Ming, kuih bulan digunakan sebagai penyampaian maklumat. Caranya adalah dengan meletakkan maklumat di dalam kuih bulan dalam bentuk puzzle.

kuih bulan halal 2

Jadi, Halal Ke?

Jadi, adakah kuih bulan halal? Kuih bulan, merupakan makanan tradisional adalah halal sekiranya kandungannya tidak mengandungi inti daging tidak halal. Kebiasaannya kuih bulan yang berintikan kacang merah adalah halal.

Sekiranya di Beijing, kuih bulan halal sangat mudah didapati di Niujie. Niujie merupakan kawasan paling ramai Muslim. Untuk mendapatkan makanan halal di sana sangat mudah dan semestinya untuk dapatkan kuih bulan halal di pasaraya Niujie sangat mudah.

Nak beli Kuih Bulan?

Manakala jika di Malaysia, cara paling mudah untuk beli kuih bulan halal adalah dengan membeli kuih bulan yang ada cop halal oleh JAKIM. Kuih bulan biasanya boleh didapati di AEON berdekatan.

Sedap ke kuih bulan? Bagi kami pelajar / alumni Malaysia Beijing, kami suka kuih bulan dengan menghargai budaya orang Cina itu sendiri dan setelah pulang ke Malaysia, memang tidak kekok untuk membeli dan makan kuih bulan halal.

Jika berkesempatan, jangan lupa ke pasaraya terdekat dan dapatkan kuih bulan halal untuk cuba dan mana tahu, tahun depan mungkin anda yang akan borong kuih bulan dan hadiahkan kepada rakan yang berbangsa Cina. Kita kan 1 Malaysia.

Nak beli kuih bulan online, klik sini untuk whatsapp Saudara Ikhwan Ng.

Ohana China

Ohana China membuat review kuih bulan dan memberi penerangan ringkas tentang kuih bulan di China (kuih bulan Ros!) dan juga sedikit sebanyak mengenai Niujie. Tonton video dengan klik play di bawah!

Tahniah Ohana China dengan video yang sangat sempoi dalam penyampaian maklumat mengenai kuih bulan dan sama-sama kita nantikan video akan datang daripada mereka. Limau Mandarin semestinya akan terus berkongsi konten yang dihasilkan oleh pelajar mahupun alumni Malaysia Beijing.

Dan jangan lupa untuk terus bersama Limau Mandarin untuk semua mengenai China dan Bahasa Mandarin!

Scroll to Top