Ketahui kata pinjaman Bahasa Mandarin yang digunakan dalam kehidupan seharian anda!

Tidak ada bahasa yang tidak dipengaruhi oleh bahasa asing, baik Bahasa Mandarin, Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.

Bahasa Melayu khususnya banyak dipengaruhi oleh Bahasa Cina. Banyak kosa kata yang dipinjamkan daripada Bahasa Mandarin digunakan dalam Bahasa Melayu.

Kata pinjaman Bahasa Mandarin

Tanah Melayu atau Malaysia pada ketika dahulu yang menjadi pusat pedagangan dunia menerima banyak pedagang luar terutamanya dari Negara China.

Selain itu, Negara Malaysia juga mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang bangsa tetapi masih hidup dengan aman dan harmoni.

Dalam hal ini, proses komunikasi antara dua masyarakat bahasa yang berbeza sering berlaku dalam kehidupan seharian. Keadaan ini menyebabkan peminjaman atau peresapan kosa kata berlaku.

Nak belajar bahasa Mandarin ikut masa anda?

Tak perlu hadir kelas dengan bimbingan secara peribadi.

Hubungan harmoni antara masyarakat Melayu dan Cina menyebabkan kosa kata dalam Bahasa Cina meresap ke dalam Bahasa Melayu dan juga sebaliknya.

Kebanyakkan kata pinjaman Bahasa Mandarin yang terdapat dalam Bahasa Melayu masih mengekalkan bunyi dan makna asal dalam Bahasa Cina. Akan tetapi ada juga yang mengalami perubahan makna.

Bahasa Cina mempunyai banyak dialek antaranya mandarin, hokkien , kantonis dan banyak lagi.

Kata Pinjaman Bahasa Mandarin

茶碗 cháwǎn (Bahasa Cina) Cawan ( Bahasa Melayu)

Perkataan cawan yang digunakan dalam Bahasa Malaysia merupakan kata pinjaman Bahasa Mandarin. 茶 chá bermaksud teh, 碗 wǎn bermaksud mangkuk. Masyarakat China kebiasaanya minum teh dalam mangkuk kecil yang di panggil 茶碗 cháwǎn.

冰 Bīng( Bahasa Cina) “beng” ais atau sejuk (Bahasa Melayu)

“Makcik, teh o beng se”. Jika di sebelah pantai timur, teh ais di panggil teh “beng”. Begitu juga dengan milo ais, teh ‘o’ ais dan lain lain lagi. 冰 bīng dalam Bahasa Mandarin bermaksud ais. Dan begitu juga “beng”. Ianya masih mengekalkan bunyi dan makna asal dalam Bahasa Mandarin.

打包 Dǎbāo ( Bahasa Cina) Tapau (Bahasa Melayu)

“Abang tapau nasi lemak satu, air milo ikat tepi.” 打包 Dǎbāo dalam Bahasa kantonis bermaksud bungkus atau pack. Masyarakat melayu juga menggunakan istilah tapau sebagai makna bungkus.

豆腐 tāu-hū ( Bahasa Cina) Tauhu (Bahasa Melayu Perkataan Tauhu di pinjam daripada Bahasa Hokkien iaitu豆腐 tāu-hū. Bahasa mandarin juga menggunakan karakter yang sama tetapi mempunyai bunyi yang berbeza iaitu dou fu. Akan tetapi ada juga masyarakat kita yang memanggilnya dengan taufu.

 ( Bahasa CinaMee (Bahasa Melayu)

Mee merupakan kata pinjaman daripada Bahasa Hokkien. Mee merupakan makanan yang tidak asing lagi di Malaysia. Pelbagai jenis mee yang ada di Malaysia antaranya Mee goreng, mee kuah, mee kari mee mamak dan banyak lagi.

Selain daripada itu, ada juga perkataan lain yang dipinjamkan dari bahasa cina.

Contohnya:

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi perkataan yang diperoleh daripada Bahasa Cina. Pinjaman ini menyebabkan banyak lagi pertambahan kosan kata dalam Bahasa Melayu yang perlu diketahui oleh kita semua sebagai rakyat Malaysia.

Dengan mempelajari Bahasa Mandarin ianya sedikit sebanyak akan membantu kita mengenali tentang asal usul Bahasa Melayu kita.

About The Author

Scroll to Top