Untuk memahami sebab dan akibat sesuatu perkara berlaku kita perlu melihat kembali sejarah. Sejarah bagaimana Kaum Uighur menjadi sebahagian daripada China
Kaum Uighur jika dilihat dari sosok tubuh badan serta perwatakkanya, jelas sekali mereka tidak seperti kaum majoriti dari Kaum Han.
“Ketahui kenapa Negara China mahukan Xinjiang”
Bahasa pertuturan, perwatakan, budaya dan cara hidup mereka jelas sekali berlainan dengan Kaum Han. Kebanyakkan Kaum Han bermata sepet dan bertutur dalam bahasa Mandarin.
Bagi kaum Uighur mereka menggunakan bahasa Turki dalam pertuturan harian mereka. Kaum Uighur tinggal di Xinjiang yang terletak barat China dan Timur Turkistan.
Kedudukan Xinjiang Strategik
Kedudukan Xinjiang yang strategik dalam peta laluan sutera menyebabkan bumi mereka sentiasa dijajah.
Wilayah Xinjiang bersempadan dengan beberapa buah negara iaitu, Kazakhstan, Tajikistan, Pakistab, Rusia, India, Kyrgyzstan dan Afghanistan.
Kedudukan wilayah Xinjiang yang menjadi laluan sutera ini menyebabkan tersebarnya Agama Islam di seluruh pelosok bumi Xinjiang.
Kashgar Menjadi Pusat Penyebaran Islam
Pada abad Ke 9, Kaum Uighur telah menerima Agama Islam semasa pemerintahan Raja Karahanidin. Pusat pemerintahan ketika itu ialah Kashgar.
Kashgar juga telah menjadi pusat penyebaran Islam, kesenian dan kebudayaan Islam. Di sini juga telah lahir ratusan ulama hebat serta karya karya agung cendiakawan Islam.
Kegemilangan Khilafah Islam ini diteruskan oleh Kerajaan Seyyid atau Yarkent namun, jatuh apabila Empayar Manchu telah menawan Timur Turkistan pada 1759 dan dijajah sehingga tahun 1862.
Setelah beberapa peperangan telah berlaku, Empayar Manchu telah mengundurkan diri dan sekali lagi khilafah Islam tertegak dengan kerajaan baru. Yang diberi nama Kerajaan Yetteshehar pada tahun 1864.
Namun, ianya tidak kekal lama apabila Empayar Manchu mencerobohnya semula pada tahun 1876 dan setelah beberapa kali peperangan berdarah tercetus.
Timur Turkistan ditawan keseluruhannya dan ditukarkan namanya ke ‘’Xinjiang’’ yang bermaksud ‘’Wilayah Baru’’ pada 1884.
Kejatuhan Khalifah Islam dan Dinasti Qing
Selepas itu, peluang untuk khilafah Islam menyinar semula telah ditenggelamkan oleh Gerakkan Nasionalis China yang telah menjatuhkan Empayar Manchu pada tahun 1911.
Secara automatik Nasionalis China menguasai keseluruhan wilayah yang ditakhluk oleh Empayar Manchu yang di ketuai oleh Sun Yat Sen.
Empayar Manchu juga dikenali sebagai Dinasti Qing. Digelar sebagai Empayar Manchu kerana pemerintahan mereka berasal dari Kaum Manchu.
Pada ketika itu, kawalan China ke atas Xinjiang agak longgar dan kesempatan ini telah digunakan oleh Muslim Uighur untuk bebas dari cengkaman China.
Mereka menubuhkan Republik Timur Turkistan. Sebanyak dua kali penentangan telah berlaku pada tahun 1933 dan 1944.
China yang tidak berdiam diri, telah melancarkan pencerobohan tentera. People’s Liberation Army (PLA) telah merusuh di Timur Turkistan pada tahun 1949 hingga tertubuhnya Wilayah Autonomi Xinjiang.
Kedudukan Xinjiang yang strategik dalam peta laluan sutera menyebabkan bumi mereka sentiasa dijajah.
Kerajaan yang menakluk juga silih berganti seperti Dinasti Han, Mongol, Gaochang, Khotan, Turkic Khaganate, Dinasti Tang, Empayar Tibetan, Uyghur Khaganate, Kara-Khanid Khanate, Dinasti Yuan, Dinasti Qing, Dzungar Khanate, Chagatay, Yarkent Khanatay, Republik Turkistan Timur dan Kashgaria sebelum akhirnya di perintah China.
Sejak itu, pelbagai tragedi hitam telah berlaku di Xinjiang dengan diikuti kempen-kempen yang kejam ke atas Muslim Uighur.
Sejauh Mana Penindasan Terhadap Kaum Muslim Uighur
Kaum Uighur di sana ditindas sejak berpuluh tahun lamanya. Kami akan kongsikan beberapa usaha kerajaan China yang menindas Kaum Uighur di Xinjiang.
Kami sempat berbual dengan seorang warga China yang berbangsa Uighur. Dia menceritakan sendiri situasi yang berlaku di tempatnya.
1. Kaum Uighur tidak dibenarkan menyimpan Al-quran atau membacanya. Jika ditangkap akan dimasukkan ke dalam penjara selama 10 hingga 15 tahun.
2. Kaum Uighur tidak dibenarkan membela janggut bagi kaum lelaki, dan memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna bagi wanita.
3. Pada bulan Puasa, setiap pelajar dan guru tidak dibenarkan untuk berpuasa. Kerajaan China akan pastikan setiap orang makan ketika waktu rehat.
4. Kaum Uighur mengalami kesukaran untuk mendapatkan passport untuk keluar negara.
5. Kaum Uighur dinafikan hak untuk belajar dan menyambung pelajaran ke peringkat Universiti. Mereka mempunyai kuota di Universiti.
6. Masjid ditutup dan dibuka pada waktu tertentu, perempuan tidak dibenarkan solat di masjid
7. Kaum Uighur dilayan seperti orang luar, layanan diterima sangat buruk.
8. Nama anak mereka tidak boleh ada unsur nama islam seperti Hassan,Abdullah dll kerana nama spt itu tak dibenarkan untuk pendaftaran di sekolah
Walau bagaimanapun, semangat mereka tidak pernah padam dan sentiasa mengingatkan generasi mereka akan perjuangan mereka dalam menentang kezaliman China.
Rujukan : 5PillarsUK & Dr. Hafidzi