Imam 马益平, Dakwah Islam Melalui Seni Kaligrafi

Imam Yahya, Imam Dari Xi’an, China

Penulis seni kaligrafi yang disegani, Imam Yahya atau nama cinanya 马益平 (Mǎ yì píng) berasal dari Xian’ China lahir pada tahun 1963, berusia 54 tahun pada tahun ini.

Imam Yahya berasal daripada keluarga yang sangat mementingkan ajaran agama Islam. Ketika Imam Yahya masih kecil, kerajaan China tidak membenarkan sebarang aktiviti keagamaan dijalankan.

Namun ayah dan ibu Imam Yahya sentiasa memastikan anak-anak dan jiran kawasan untuk mendapat ajaran islam yang betul walaupun dihalang dan disekat.

Mereka mengajar secara rahsia.

Imam Yahya bersama Alumni Pelajar Malaysia

Cinta Pada Ilmu

Imam Yahya pada umur 4 tahun sudah mula belajar mengaji Al-Quran dan pada umur 10 tahun sudah mula belaja bahasa Arab. Beliau jatuh cinta pada seni kaligrafi dan mempelajari skil dan menguasai teknik penulisan kaligrafi yang sangat baik.

Kerana cintanya pada ilmu dan kaligrafi, Imam Yahya melanjutkan pelajarannya di Madinah Saudi Arabia Islamic University. Pada tahun 1996 mendapat latihan daripada seorang sifu kaligrafi yang sangat terkenal, diberi nama Abbas ketika belajar di Universiti Al-Azhar.

"<yoastmark

Beliau masih lagi menetap di Xi’an dan penglibatan Imam Yahya dalam dunia kaligrafi sangat luas. Imam Yahya sudah 2 3 kali ke Malaysia dan beliau juga pernah ke Taiwan dan Singapura.

Tidak kurang juga negara-negara Islam yang menjemputnya khas untuk membuat demo seni penulisan kaligrafi.

Seni Kaligrafi Datang ke Malaysia

Kunjungan pertama beliau ke Malaysia adalah berdasarkan persahabatan dengan kerabat diraja Selangor. Kunjungan selanjutnya adalah dengan tujuan membawa pendedahan kepada rakyat Malaysia untuk mengenal lebih lanjut mengenai Islam di China melalui seni Kaligrafi.

Imam Yahya bersama Sultan Selangor
Imam Yahya bersama Sultan Sharafuddin Idris Shah (Sultan Selangor)

Ketika saudara Mazlan Za’ba menuntut di China, Imam Yahya sudah terkenal dalam media sosial dalam kalangan Muslim di China namun perkenalan lebih rapat antara Mazlan dan Imam adalah melalui Program Korban Tembok Besar.

Korban Tembok Besar merupakan antara inisiatif saudara Mazlan dalam mengeratkan hubungan Muslim di China dengan pelajar Malaysia. Ia merupakan program yang dijalankan pada hari raya Aidiladha.

Pada 2015, di mana tempat ketiga Program Korban adalah di Xi’an menemukan mereka. Ini sekaligus membuka peluang kepada kedua pihak, iaitu muslim di China dan duta kecil Malaysia-China (pelajar Malaysia) untuk memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia tentang Muslim di China. Mazlan menggunakan strategi program korban, manakala Imam Yahya menggunakan seni kaligrafinya.

Perwatakan Imam Yahya yang mesra dan sentiasa bergurau dengan anak muda menghilangkan rasa kekok antara beliau dan pelajar Malaysia.

Ini sekaligus memudahkan komunikasi antara kedua-dua pihak. Kerjasama ini memudahkan lagi untuk mengadakan program untuk memberi pendedahan Muslim di China dan sebaliknya.

Beliau pernah ke masjid-masjid di Malaysia termasuk Masjid Shah Alam, Masjid Cina Ipoh. Program yang diturut serta adalah Putrajaya International Islamic Art and Culture (PIIACUF), Ipoh Islamic Fest dan MAHA 2016.

Imam Yahya bersama Professor Awang Sariyan
Imam Yahya bersama Professor Awang Sariyan

Perwatakan Imam Yahya

Keikhlasan dan kecekalan Imam Yahya dalam menuntut ilmu memberi 1001 pengajaran kepada kami untuk cintakan apa yang kami buat dan jadikannya sebagai pelaburan dunia dan akhirat. Benar, pelaburan ilmu sangat berganda pulangannya.

Imam Yahya juga merupakan seorang bapa penyayang. Sebahagian besar daripada hasil jualan kaligrafi beliau disalurkan kepada semua anaknya yang menuntut di luar negara. Salah seorang daripada mereka sedang menuntut di Univerisiti Islam Antarabang Bangsa.

Imam Yahya mempunyai peribadi yang sangat baik menjadikan beliau disegani oleh ramai orang ternama dari Malaysia termasuklah kerabat diraja seperti Sultan Idris, Sultan Selangor, Sultan Pahang, menteri-menteri serta orang ternama dari sektor awam dan swasta.

Imam Yahya merupakan salah seorang daripada 10 imam besar di Masjid Besar Xi’an dan mempunyai kedai cenderahati yang dijaga oleh isteri beliau untuk menampung keluarga mereka.

Masjid Tertua Di Xi'an
Masjid Tertua Di Xi’an

Bukan semua imam besar di sana mempunyai skil kaligrafi. Hasil kerja Imam Yahya mempunyai skil kaligrafi yang sangat hebat, dan diiktiraf antarabangsa. Beliau boleh menghasilkan kaligrafi dalam masa yang singkat dan cantik.

Nilai kaligrafi Imam Yahya sangat tinggi namun Imam Yahya menjualnya dengan harga yang rendah. Bagi beliau, ilmu seni kaligrafi adalah rezeki daripada Allah dan bagi beliau kecantikan kaligrafi yang ditulis adalah nikmat yang dikongsikan.

Anggaran kaligrafi Imam Yahya adalah RM20 – RM300.

Imam Yahya baru sahaja pulang ke Xi’an dari Malaysia isnin lalu selepas membuka booth seni kaligrafi di Program Reviving Islamic Spirit di Putrajaya.

Untuk masa akan datang, akan kami war-warkan kedatangan Imam untuk pembaca berjumpa dengan beliau.

Imam Yahya bersama Tengku Adnan Mansor
Imam Yahya bersama Tengku Adnan Mansor

TINGGALKAN KOMEN

Sila Tulis Komen Anda!
Masukkan Nama Di Sini