Hantar Artikel

hantar artikel

Hantar Artikel, Foto u0026amp; Video

Tahniah kepada anda kerana berada di page Hantar Artikel ini. Kami pasti anda berada di sini disebabkan beberapa perkara. Antaranya :

  1. Ingin menjadi penulis
  2. Berminat dengan dunia digital (web, marketing dan sebagainya)
  3. Mahu bersama LimauMandarin
  4. Saja nak baca apa tawaran yang ada

Baiklah, sebelum pergi lebih dalam mengenai artikel, web dan sebagainya, ingin kami perkenalkan Limau Mandarin ini kepada anda.

Web LimauMandarin.com dimiliki sepenuhnya oleh Limau Mandarin Venture (002686290-V) yang merupakan sebuah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menjadikan kami merupakan satu entiti bisnes yang sah di Malaysia.

LimauMandarin.com diasaskan oleh alumni dan pelajar Malaysia yang pernah / sedang belajar di Beijing dengan tujuan untuk menjadikan Limau Mandarin sebagai platform untuk memulakan karier dalam dunia digital.

Dunia digital yang dimaksudkan adalah melibatkan digital marketing, penulisan online dan pembinaan website seperti Limau Mandarin.

Fokus utama konten yang dihasilkan adalah berkaitan dengan China dan Bahasa Mandarin daripada segi :

  • Travel
  • Bisnes
  • Pendidikan

Panjang betul pengenalan ni kan? Ini adalah salah satu latihan penulisan penulis untuk memberi ruang kepada anda untuk memahami tentang Limau Mandarin.

Bagaimana Limau Mandarin Jana Pendapatan?

Melalui konten yang dihasilkan, akan ada konten yang memfokuskan pada produk yang sedia ada mengikut kategori yang disenaraikan di atas.

Ada yang masih dalam pembinaan dan ada juga yang sudah dilaksanakan. Dan kek besar yang terhidang di atas meja, ingin kami kongsikan bersama anda.

Kami masih dalam fasa mencari penulis konten yang boleh memberi komitmen jitu dalam penghasilan artikel terutamanya. Pun jika anda bukan dalam bidang penulisan, anda boleh hantar gambar / video untuk di-feature-kan di ruang media social kami mengikut syarat yang ditetapkan.

Untuk permulaan jika konten yang anda hantar memenuhi syarat yang dipenuhi, akan kami pos di website mahupun di media social kami dan memberi kredit 100% kepada anda.

Jika anda komit dengan hantar artikel atau lain-lain, maka akan kami tawarkan kepada anda untuk bersama team kami membina Limau Mandarin.

Apa Kelebihan Bersama Team Limau Mandarin?

Jika disenaraikan kelebihan, mahu saja disenaraikan sehingga tak larat baca page ini tapi mudah kata, kelebihan utama adalah ilmu dalam dunia digital.

Jika anda ada bisnes sama ada bisnes servis atau produk. Mungkin anda mahu buka sebuah pusat tusyen, anda perlukan pengetahuan yang betul untuk pasarkan pusat tusyen anda secara online dan perkongsian percuma diberikan kepada anda. Dengan syarat, komitmen yang diberikan dan juga tawaran ditawarkan oleh Limau Mandarin Venture.

Daripada segi bayaran, tiap konten akan dibayar setelah anda menandatangani surat tawaran dan memenuhi syarat-syarat untuk bersama Team Limau Mandarin.

hantark artikel 2Bila Boleh Mula?

Mula tulis sekarang dan emailkan konten anda kepada kami. Ingat, tiap konten yang dihantar, mestilah memenuhi syarat dan terma di bawah.

Syarat Hantar Konten

Terma dan syarat ini dihasilkan untuk mengawal kualiti konten yang dihantar dan memudahkan editor kami untuk menguruskan konten yang dihantar.

Syarat Hantar Artikel

#1 Artikel mestilah berkait rapat dengan :

  • China
  • Bahasa Mandarin
  • Travel
  • Bisnes
  • Pendidikan

#2 Artikel asli

  • Penulis wajib hantar artikel yang dihasilkan sendiri dan
  • Jika diterjemah daripada website dalam bahasa selain Bahasa Malaysia, pastikan anda sediakan link website tersebut
  • Sediakan link yang berkaitan dengan penulisan (Wikipedia / Wikia / dan lain-lain)

#3 Format Artikel

  • Tajuk : Maksimum 10 patah perkataan
  • Ejaan penuh dan betul
  • Perkataan : Minimum 500 patah
  • Perenggan : 1 perenggan maksimum 5 ayat sahaja
  • Ayat : Ayat santai (bukan bahasa pasar) dan mudah untuk difahami
  • Tatabahasa : Baik
  • Kata Kunci : Pilih kata kunci yang paling relevan dengan artikel
contoh format gambar
contoh format gambar

#4 Gambar

  • Sediakan 3-4 gambar yang sudah dinamakan dengan nama yang relevan
  • “IMG”, “DSC” tidak dibenarkan sama sekali
  • Jika ada gambar diperoleh daripada website lain, sila senaraikan bersama

#5 Kredit

  • Tiap artikel yang dihantar, sekiranya terpilih untuk diletakkan di limaumandarin.com maka akan diberi kredit 100% kepada anda
  • Pastikan anda sertakan link blog atau media social (Facebook, Instagram, Twitter) untuk dijadikan rujukan kepada kredit

#6 Editing

  • Editing ke atas artikel yang dihantar akan dibuat untuk memastikan tiada kesalahan ejaan atau ayat yang tidak sesuai
  • Kandungan juga mungkin akan diubah pada tahap minimum untuk menambah nilai dan kualiti

Syarat Hantar Gambar atau Video

#1 Gambar u0026amp; Video mestilah berkait rapat dengan :

  • China
  • Bahasa Mandarin
  • Travel
  • Bisnes
  • Pendidikan

#2 Gambar u0026amp; Video asli

  • Gambar u0026amp; Video yang dihantar wajib adalah hasil sendiri dan bukan plagiat

#3 Format Gambar u0026amp; Video

  • Berkualiti tinggi
  • Boleh diupload di Instagram / Facebook / Twitter dengan kualiti yang baik
  • Tiada Watermark

#4 Kredit

  • Tiap gambar u0026amp; video yang dihantar, sekiranya terpilih untuk diletakkan di limaumandarin.com mahupun di media maka akan diberi kredit 100% kepada anda
  • Pastikan anda sertakan link blog atau media social (Facebook, Instagram, Twitter) untuk dijadikan rujukan kepada kredit

#5 Editing

  • Editing ke gambar u0026amp; video yang dihantar akan dibuat untuk meningkatkan kualiti

#6 Caption

  • Jika anda ada caption pilihan sendiri, sila kepilkan bersama email yang dihantar

Cara Penghantaran Artikel, Video u0026amp; Gambar

Emailkan konten anda ke [email protected]

Pastikan email yang dihantar anda menggunakan email rasmi, dengan subjek yang betul seperti :

  • Artikel : Hantar Artikel
  • Gambar : Hantar Gambar
  • Video : Hantar Video

Bersama tiap penghantaran, sila lampirkan sekali dalam file Microsoft word maklumat berikut :

  1. Nama Penuh
  2. Nama Pena (jika ada)
  3. Nombor Telefon
  4. Email
  5. Pekerjaan
  6. Lokasi Sekarang
  7. Link blog / Facebook / Instagram / Twitter dan lain-lain

Artikel

  • Pastikan artikel anda dihantar dalam Microsoft Word dengan nama yang betul
  • Tiap gambar yang dikepilkan, rename sebelum hantar
  • Pastikan anda compress file artikel dan gambar menggunakan WinZip / WinRar sebelum hantar

Video u0026amp; Gambar

  • Compress file video u0026amp; gambar terlebih dahulu sebelum hantar
  • Nyatakan caption dalam email yang dihantar
contoh compress
contoh compress

Kenapa Konten Tidak Dipos?

Biasanya konten yang tidak dipos adalah tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh editor. Artikel yang dihantar akan disemak terlebih dahulu bagi memenuhi kriteria yang betul.

Setelah konten anda dipos, dan anda konsisten menghantar konten, akan kami memberi tawaran untuk bersama Team Editor Limau Mandarin.

Jika anda ada sebarang persoalan, sila emailkan kepada [email protected] atau Whatsapp terus dengan klik link ini.

Scroll to Top