Wabak Coronavirus merupakan salah satu wabak yang lebih teruk berbanding SARS menurut KMM.
Artikel ini ditulis untuk anda lebih tahu mengenainya.
Tiap maklumat dalam artikel ini merujuk kepada sumber yang sahih dan dipercayai melaporkan tentang Coronavirus ini.
Kami pecahkan artikel ini kepada bahagian-bahagian yang mudah untuk difahami anda.
Jika anda mencari maklumat yang khusus, kami sediakan kotak kandungan khas untuk anda jump ke bahagian yang anda ingin baca.
Ingin kami ingatkan anda, tiada toleransi kepada mereka yang menyebarkan berita palsu termasuklah teori konspirasi yang berbentuk fiksyen.
Kami sedaya upaya membawakan artikel ini menurut sumber yang sahih dan dipercayai.
Sekiranya artikel kami mempunyai kesalahan, sila hubungi kami melalui email di: [email protected]
Di bawah adalah garis masa yang kami susun dan akan kemaskini mengikut laporan terbaru.
Coronavirus merupakan keluarga virus besar yang menyebabkan sakit biasa hingga sakit yang serius.
Terdapat 2 Coronavirus atau CoV yang sebelum ini sedang dan pernah dihadapi oleh dunia iaitu:
- Middle East Respiratory Syndrom (MERS-CoV)
- Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS-CoV)
Coronavirus yang sedang melanda dunia hari ini adalah novel Coronavirus yang mana novel itu bermaksud baru.
Iaitu ia adalah strain virus baru yang tidak pernah dikenalpasti oleh kita.
CoV bersifat zoonotic, iaitu boleh berjangkit antara binatang dan manusia.
Menurut siasatan, SARS-CoV adalah virus yang berjangkit daripada kucing civet kepada manusia manakala MERS-CoV adalah virus yang berjangkit dari unta kepada manusia.
Terdapat beberapa CoV yang merebak dalam kalangan binatang yang belum berjangkit kepada manusia.
Pada awalnya, CoV yang sedang melanda dunia dipanggil Covid-2019.
Pada 12 Februari 2020, WHO mengumumkan nama rasmi adalah Covid-2019.
Masih banyak lagi maklumat mengenai coronavirus ini tidak diketahui dan sedang dikaji.
Sama seperti penyakit pernafasan dan CoV lain, jangkitan 2019-nCoV mempunyai simptom biasa seperti hidung tersumbat, sakit tekak, batuk dan demam.
Ia boleh menjadi lebih serius yang menyebabkan pneumonia atau bahasa mudahnya kesukaran bernafas.
Dan ia boleh menyebabkan kematian.
Warga emas dan sesiapa yang pernah mempunyai penyakit seperti diabetis dan lain-lain dilihat lebih terdedah untuk sakit teruk dengan virus ini.
Untuk diagnosis Covid-2019 adalah melalui PCR.
Adakah Covid-2019 Berjangkit?
Ya dan ia boleh berjangkit daripada pesakit Covid-2019.
Sehingga hari ini, punca binatang yang menyebarkan Covid-2019 masih belum dikenalpasti.
Cuma hipotesis dibuat oleh WHO adalah kebarangkalian besar, puncanya adalah dari pasar binatang liar di China iaitu di Wuhan.
Di bawah adalah liputan mengenai pasar tersebut.
Pasar Makanan Laut Huanan
Nama Wuhan yang merupakan salah satu wilayah di China kini dikenali di serata dunia kerana menjadi tempat pertama penyebaran coronavirus.
Beberapa wartawan yang menemu ramah pakar kesihatan dari Hospital Zhong Nanshan melaporkan bahawa virus ini kemungkinan dari haiwan liar dan ia mempunyai hubungan dengan aktiviti penjualan daging haiwan liar di Huanan Seafood Market , Wuhan.
Menurut pakar, ia boleh jadi berasal dari haiwan seperti tikus, ular, kelawar atau sejenis dengannya.
Huanan Seafood Market telah beroperasi selama lebih dari 15 tahun dan pada mulanya terdapat hanya lebih kurang 400 gerai, kemudian ia semakin berkembang dari tahun ke tahun.
Kawasan pasar ini sudah mencapai 50,000 meter persegi iaitu bersamaan dengan tujuh padang bola sepak.
Bilangan kedai telah meningkat kepada lebih daripada 1000 buah kedai dan menjadikan ia sebagai pasar borong hidupan laut terbesar di tengah China.
Wuhan adalah sebuah bandar yang terletak di bahagian tengah China dan sedikit jauh dari laut, oleh sebab itu makanan laut di Wuhan sangat terhad.
Bos ataupun di China kita sebut 老板 (lǎo bǎn) bagi Huanan Seafood Market ini mendapat banyak keuntungan dengan memanfaatkan peluang daripada kesukaran masyarakat tempatan mendapatkan bekalan makanan laut di Wuhan.
Mengikut pandangan mata kasar, pasar ini kebanyakan menjual makanan laut serta daging lembu dan daging kambing.
Tetapi di satu sudut pasar ini, terdapat banyak aktiviti penjualan daging haiwan liar seperti ular, kelawar, koala, anjing dan lain-lain lagi.
Untuk pengetahuan, Huanan Seafood Market ini terletak berhampiran dengan Stesen Kereta Api Wuhan Hankou.
Hanya memakan masa beberapa minit jika berjalan kaki,dan sudah tentu sangat mudah untuk orang luar datang dan membeli.
Tetapi pada masa yang sama, ini juga menyebabkan virus ini lebih cepat tersebar.
Keadaan pasar yang kotor juga meningkatkan risiko penyebaran penyakit.
Di pasar ini, segala jenis haiwan yang tidak kita terfikir juga ada, dari 6000 yuan rusa hidup, 5 yuan seekor lipan hingga 500 yuan seekor bagi burung merak dan musang.
Kini, Huanan Seafood Market ini sudah ditutup dan jualan binatang liar diharamkan di China.
Adalah penting dalam kita dilanda wabak ini, kita lindungi diri sendiri dan keluarga kita.
Cuma elakkan daripada panik kerana panik boleh membawa bencana lain.
Jadi, apakah langkah-langkah berjaga-jaga?
Kuncinya adalah jaga kebersihan.
Makanan
- Apabila ke pasar, elakkan daripada menyentuh binatang hidup
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau tidak masak
- Pastikan hasil binatang seperti daging, susu dan organ diminum/dimakan bersih
Sentuhan
- Sentiasa basuh tangan dengan sabun atau gunakan hand sanitizer
- Jarakkan diri anda dengan orang lain sekurangnya 1-3 meter terutama mereka yang batuk, selsema atau demam
- Kurangkan sentuh mata, hidung dan mulut anda untuk mengelakkan kotoran dari tangan
- Elakkan ke tempat yang ramai orang melainkan jika perlu
- Tutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin
Travel
- Elakkan ke China sekarang
- Pastikan anda memakai topeng muka jika keluar ke tempat yang sibuk
- Berhati-hati sekiranya berada di lapangan terbang, stesen bas dan hub pengangkutan yang sibuk
Menurut WHO, ia selamat.
Sebarang parcel dari China tidak boleh menyebabkan jangkitan coronavirus.
Ini kerana virus ini tidak boleh hidup lama di atas permukaan objek.
Sejak kes di Wuhan dilaporkan Disember 2019, banyak berita-berita palsu di-viral-kan.
Ada yang viral kerana kepentingan politik.
Ada yang viral kerana tidak mengesahkannya terlebih dahulu.
Malah, ada yang viral kerana mahu jumlah share dan like yang tinggi.
Ini membawa panik kepada kita semua dan ada risiko untuk bertindak dengan tidak rasional.
KKM & PDRM bekerjasama dalam membanteras berita palsu.
Sekiranya anda disabitkan kesalahan menyebarkannya, anda boleh didakwa.
Jadi berhati-hati dalam menyampaikan maklumat.
Pastikan ia sahih dan tunggulah sumber berita sahih menyampaikannya.
Jadikan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sumber utama anda mengenai Coronavirus.
Mereka adalah pakar dalam negara yang bertungkus lumus memantau kes Covid-2019 ini.
Follow twitter KKM untuk berita pantas daripada mereka.
Seperti yang kita tahu, ekonomi China adalah ekonomi kedua terbesar dunia.
Dan China juga merupakan pengeluar produk-produk dari berhaga rendah hingga berharga tinggi.
Dengan berhentinya operasi kebanyakan kilang dan syarikat, sekaligus memberi kesan kepada ekonomi China dan dunia.
Kilang Foxxcon iaitu pengeluar iPhone dilihat masih lagi belum beroperasi.
Dijangkakan pertumbuhan ekonomi China akan menguncup sehingga 6 peratus pada tahun ini.
Lihat bagaimana pasaran saham China menjunam di bawah.
Hashtag untuk China agak sunyi.
Mereka sedang bertungkus lumus melawan virus yang sedang merebak.
Pun begitu, ramai juga yang mengutuk China dengan “padan muka”, “ini balasan tuhan dan sebagainya.
Janganlah kita menjadi hakim dunia.
Ketika negara lain dilanda musibah, sama-sama kita doakan moga dipermudah urusan dan diberi pertolongan.
Sama ketika Malaysia dilanda virus nipah.
Bayangkan negara luar mengata Malaysia dan sebagainya.
Jadilah manusia yang punya hati perut dan sensitif dengan isu.
Sama-sama kita jadikan dunia ini lebih baik untuk generasi pada masa akan datang.